Perkara Perlu Dilihat Sebelum Buat Aduan TM 100 Mengenai Speed Streamyx

Perkara Perlu Dilihat Sebelum Aduan TM 100 Mengenai Streamyx

Ada masalah dengan kelajuan (speed) internet anda tak? Baru-baru ini, saya telah ekspresikan ketidak-puashatian saya mengenai kelajuan internet Streamyx pakej 4Mbps yang saya langgan sejak bertahun lalu menerusi blog ini. Geram. Sebab saya langgan pakej 4Mbps tetapi saya terima cuma 1Mbps.... kalau anda, apa yang akan anda buat?

Ok. Saya tidak mahu buat anda menambah marah. Tetapi, saya tulis post berikut adalah untuk tunjuk cara dan berikan panduan untuk anda tanggani masalah kelajuan internet anda yang semput secara tiba-tiba, walhal anda dah bayar nilai yang sepatutnya.

Apa yang akan saya tulis ini adalah khusus untuk pengguna dan pelanggan TM Streamyx. Ia adalah bersandarkan kepada seminggu pengalaman saya berurusan dengan pihak Customer Service TM untuk masalah kelajuan (speed) internet Streamyx saya yang sebelum ini berkelajuan 4Mbps tetapi jatuh menjadi 1Mbps. Akibatnya beberapa tugasan kerja secara online yang perlu disiapkan tertangguh, dan saya terpaksa tanggung kerugian.

Apa Perlu Anda Buat Sebelum Dail 100 Untuk Selesaikan Masalah Speed Streamyx

Orait, ramai orang beritahu saya, apabila berlaku masalah dengan TM Streamyx, apa yang perlu saya lakukan ialah dengan mendail 100. Tetapi, dalam kes saya .. saya tak gunakan kaedah itu, malah sebelum saya membuat aduan kepada pihak TM, saya terlebih dahulu buat troubleshooting sendiri .. supaya dapat menyelesaikannya dengan kadar segera tanpa menunggu bantuan dari pihak TM.

Mengapa? Sebab kadangkala masalah itu sangat simple dan boleh ditanggani sendiri. Agak membazir masa dan tenaga, andai kita buat aduan dan laporan, walhal masalah yang berlaku adalah berpunca dari kesilapan sendiri. Kita mesti berdikari, dan jadikan diri ini lebih berilmu dan berpengetahuan ... kerana silap haribulan, anda boleh menjadi mangsa kepada penipuan ... huhu...

Berikut adalah beberapa langkah yang perlu anda ambil sebelum anda buat aduan mengenai masalah kelajuan internet Streamyx anda.

Pemeriksaan Fizikal

  1. Reset modem router anda dengan tekan butang on/off di belakang modem atau padam suis power modem. Lihat pada lampu pada modem anda, adakah semuanya berfungsi dengan baik, dan seperti sepatutnya?
  2. Sambungkan telefon pada adapter wayar telefon. Dengar samada ada bunyi bising. Jika perlu dail apa-apa nombor dan mula bercakap. Jika ada kedengaran bunyi bising di kedua-dua pihak, ini bermakna ada masalah pada talian anda. 
  3. Periksa kabel pada modem router anda, termasuk kabel di PC anda jika anda membuat sambungan terus dari PC ke modem router. Cabut dan sambungkan semula.
  4. Periksa sambungan talian telefon anda. Jika perlu, anda buat sambungan terus kabel dari adapter telefon terus ke modem.
  5. Periksa kad network di belakang PC anda, adakah sambungannya berkelip? Jika ya, maknanya ok. Jika tidak, ada masalah pada perkakasan.
  6. Periksa wayar kabel yang disambungkan ke kediaman anda. Adakah ia terputus? Adakah kotak hitam yang disambungkan berada di dalam keadaan baik?

Jika anda dah periksa, dan semuanya nampak ok, sila buat pemeriksaan kelajuan internet anda. Anda boleh buat pemeriksaan kelajuan dengan pergi ke laman web berikut - TM Speed Test

Atau baca artikel yang telah saya tuliskan untuk panduan ini - 4Cara Mudah Untuk Uji Kelajuan Internet

Pemeriksaan Software

Kadang kita lihat speed internet kita ok, tetapi setiap kali kita nak buka laman web tertentu, ia agak lambat dan ambil masa lama. Jadi, anda mungkin perlu untuk update pelayar internet anda.
Untuk pengguna Windows yang menggunakan perisian Internet Explorer atau yang terbaru Microsoft Edge, anda boleh pergi ke bahagian Setting dan buat update dari situ, cara paling mudah ialah dengan klik butang berbentuk kanta, dan taip 'Windows Update'. Anda boleh lihat seperti dipaparkan di atas.

Jika anda ada menggunakan perisian seperti Crome atau Firefox, pergi ke bahagian help, dan klik About - Ia amnya terletak di bahagian atas bucu. Klik dan cari Help/Info/About. Ia akan semak dan update sendiri, seperti tertera pada gambar di atas. Jika tak berapa nak faham, boleh baca ni - Cara Update Firefox Versi Terkini

Anda juga boleh semak samada ada perisian lain yang sedang beroperasi dengan capaian internet yang tidak anda sedar dengan tekan Ctrl-Alt-Delete dan lihat samada adan perisian yang pelik-pelik yang tidak pernah anda install sedang beroperasi contoh perisian yang tertulis dalam bahasa Cina, atau bahasa German atau India atau Russia.

Semua tatacara di atas, anda boleh cuba dahulu sebelum anda membuat aduan ke talian TM 100 yang anda boleh dail terus daripada talian di rumah. Jika anda telefon guna telefon bimbit, anda mungkin dikenakan caj yang boleh buatkan anda marah di akhir nanti. Jadi, gunakan telefon yang telah disediakan.

Jika tak ada telefon, anda boleh buat aduan menerusi TM Centre atau gunakan MyTM dan bersembang dengan bahagian teknikal TM untuk masalah Streamyx.
[Baca] Luahan Speed Streamyx Mengecewakan Walau Bayar Rm150 Sebulan
Sebutkan apa yang telah anda buat, dan nyatakan masalah anda.

In Sha Allah, nanti saya akan ceritakan pengalaman saya bagaimana masalah speed Streamyx saya diselesaikan tidak sampai 24 jam selepas aduan di Twitter, malah saya terima bonus, kelajuan Streamyx jadi luar biasa dari sepatutnya.


COMMENTS

BLOGGER: 1
Loading...
Nama

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,42,Advertorial,112,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,7,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,3,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,360,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,7,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,24,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,279,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,18,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,46,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,49,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,64,Holiday Tips,2,Homestay,1,Hotel,10,House Husband,631,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,579,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,29,Kekeluargaan,64,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,76,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,242,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,13,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,308,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,12,Pendapat,34,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,47,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,23,petua kehidupan,7,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,49,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,475,Semesti,2,SENI,3,Shopping,101,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,11,Tempat Menarik,167,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,87,Tips Blogging,308,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,50,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,33,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,101,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE: Perkara Perlu Dilihat Sebelum Buat Aduan TM 100 Mengenai Speed Streamyx
Perkara Perlu Dilihat Sebelum Buat Aduan TM 100 Mengenai Speed Streamyx
Perkara Perlu Dilihat Sebelum Aduan TM 100 Mengenai Streamyx
https://3.bp.blogspot.com/-ltUqINE1Y_0/V-Sk0bKAqUI/AAAAAAAAT2A/kGzAeQVTMp4FvVn5797RIxoidAgx5_-XgCLcB/s1600/aduan-masalah-speed-streamyx-live-chat-TM.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-ltUqINE1Y_0/V-Sk0bKAqUI/AAAAAAAAT2A/kGzAeQVTMp4FvVn5797RIxoidAgx5_-XgCLcB/s72-c/aduan-masalah-speed-streamyx-live-chat-TM.jpg
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE
http://www.hasrulhassan.com/2016/09/perkara-perlu-dilihat-sebelum-aduan-tm.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2016/09/perkara-perlu-dilihat-sebelum-aduan-tm.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy