Saya dah lama menantikan servis Unifi di tempat saya. Kali terakhir saya memohon adalah 2 tahun lepas; dan masih lagi perkhidmatan jalur lebar terpantas di Malaysia ini masih belum sampai di kawasan saya. Saya harap apa yang telah dibentangkan dalam Bajet 2016 baru-baru ini direalisasikan segera untuk membolehkan saya dan ramai kawan-kawan saya mengecapi nikmat dunia memiliki capaian internet Unifi yang laju.

Masih banyak tempat di Malaysia yang mempunyai masalah capaian internet pantas. Tak kiralah siapa penyedianya, kewajaran untuk mempunyai akses kepada internet yang pantas memang perlu di zaman serba maju dan bergerak laju. Kita mungkin akan ketinggalan dari segi ilmu dan pengetahuan seandainya masalah capaian internet tidak diselesaikan. Apatah lagi, negara sedang menuju ke arah sebuah negara maju dan berdaya saing tinggi.

Semak Coverage Unifi Tempat Anda

Semak Coverage Unifi Tempat Anda
Setiap kali ada promosi dari Unifi, saya pasti akan menyemak coverage Unifi di tempat saya. Manalah tahu kot-kot pihak TM akan menyediakan kemudahan ini di kawasan ceruk seperti di tempat saya. Buat masa ini, capaian internet yang paling pantas boleh saya gunakan ialah 4Mbps. Jauh beza dengan Unifi yang sudah menjangkau kelajuan 30Mbps.

Cara Semak Coverage Unifi

Semakan coverage Unifi boleh dilakukan menerusi pautan di bawah ...

Unifi Coverage in Malaysia - Check Unifi Coverage

Cara-cara nak semak adalah dengan memasukkan alamat rumah atau paling mudah poskod kawasan kediaman anda. Boleh juga semak secara random dengan memilih kawasan seperti nama daerah, atau bandar.

Jika anda berhasrat untuk langan perkhidmatan dari Unifi ini, pastikan anda semak terlebih dahulu samada perkhidmatan TM ini ada di kawasan anda.

Anda juga boleh semak kelajuan streamyx terpantas di tempat anda dengan pergi ke mana-mana pusat khidmat pelanggan TM. Jika anda ingin mengetahui kelajuan internet yang sedang anda gunakan, boleh gunakan Speedometer oleh TM.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement