Langkau ke kandungan utama

10 Jenis Pemandu Uber Patut Anda Tahu

Saya suka nak berkongsi mengenai benda ni... sebab benda ni fakta dan realiti. Kalau anda selalu dapatkan servis dari Uber, anda tentu akan mengiyakan kebanyakkan daripada fakta yang akan saya dedahkan, iaitu mengenai 10 jenis pemandu Uber yang patut ramai tahu.

Saya bukanlah seorang pelanggan tegar servis Uber, memandangkan saya tinggal di kawasan yang tidak menyediakan perkhidmatan ini secara menyeluruh. Walaupun Penang merupakan salah satu kawasan yang dimasukkan dalam servis Uber selain Kuala Lumur, Johor Bharu, Ipoh dan Kota Kinabalu; namun disebabkan saya tinggal di kawasan yang boleh dikategorikan luar bandar. maka Uber tidak berapa aktif di sini. Tetapi, saya masih ada peluang jana income dengan Uber ... nak tahu? Boleh baca Rahsia Uber

Pemandu Uber juga manusia biasa. Walaupun pihak Uber ada buat screening test, tetapi ia tidak termasuk dalam menyiasat latar belakang pemandu secara terlalu terperinci. Namun, Uber boleh batalkan 'lesen' seorang pemandu Uber seandainya pelanggan membuat rating atau komen yang kurang memuaskan terhadap pemandu Uber. Kalau anda pernah gunakan servis Uber, anda tentu perasan perkara ini.

10 Jenis Pemandu Uber Patut Anda Tahu

Bila bercakap soal manusia, maka akan adalah macam-macam perangai dan karenah. Sekiranya anda jenis yang meneliti dan peka, anda mungkin boleh senaraikan sendiri 10 jenis pemandu Uber ini ... hoho.

1. Pemandu Yang Mudah Tersinggung (The Offended Driver)

Ada je yang tak kena pada pandangan pemandu Uber ni terhadap pelanggan. Kadang pelanggan bertanyakan soalan pun buat mereka tersinggung, contohnya ... "berapa banyak trip hari ini?". Dan disebabkan pemandu Uber bukanlah diibaratkan sebagai pemandu teksi, mereka mengharapkan 'layanan' terhadap mereka bukanlah seperti seorang pemandu yang dibayar upah, tetapi lebih kepada seorang kenalan yang memberikan anda tumpang keretanya ... huhuhu.

Lagipun, status pemandu Uber ni tinggi sikit .. manakan tidak, ada pemandu Uber yang sebenarnya seorang yang ternama, malah ada pemandu Uber yang merupakan boss besar tempat anda makan gaji yang tidak pernah anda jumpa sebelum ini  ... huhu. Kereta pun ... ehem boleh tahan ... ada rakan yang pernah naik kereta Uber BMW 5 Series weihhh ...

2. Orang Baru (The New Driver)

Ramai je pemandu baru dalam Uber ni. Malah, ada yang jadi pemandu disebabkan oleh rasa teruja nak jana income lumayan secara seronok-seronok, walhal banyak perkara lain harus belajar untuk menjadi seorang pemandu Uber yang baik. Kadang, pelanggan pula yang lebih advanced pengetahuannya dari seorang pemandu Uber ni dan lebih cekap .. haha.

Tapi, jangan risau ... buat pemandu Uber, anda akan diberikan kursus oleh Uber dan dibantu oleh mereka yang telah berjaya jana income puluhan ribu menerusi servis ini. Yang penting, jangan segan-segan nak hadir kursus yang mereka anjurkan.

3. Pemandu 5 Bintang (The 5-Star Driver)

Yang ni memang terbaik, tetapi kadangkala terover sikit sehingga merimaskan pelanggan. Banyak masa dihabiskan untuk layan pelanggan tetapi motif sebenar pelanggan ambil servis Uber adalah untuk cepat sampai ke destinasi dengan kadar berpatutan, bukannya dilayan seperti anak raja... hoho.
Nak layan pelanggan dengan terbaik boleh je, cuma janganlah terlebih sangat sebab pelanggan pun ada banyak jenis juga. Ye tak?

4. Pemandu Gatal (The Flirty Driver)

Ada juga jenis ni. Kebanyakkan pemandu Uber adalah lelaki, dan ada di antara mereka adalah jenis lelaki yang pantang lihat pelanggan wanita yang cun melecun, lawa dan seksi. Bukan main puji dari hujung rambut sampai hujung kaki, malah layana mereka kalah dengan jenis pemandu Uber taraf 5 bintang .. haha...

Tapi itulah, pemandu gatal lain jenis ok lagi, dan boleh dikatakan normal serta mudah nak elak. Tapi bagaimana kalau pemandu gatal tu gatalnya lain macam sedikit, lebih kepada yang sesama jenis .. hoho .. tak ke seram dibuatnya.

Harapnya pemandu Uber yang budiman, janganlah jadi pemandu Uber seperti ini ye .. elok-elok je dapat income ribu-ribu seminggu, lansung kena pangkah terus oleh pelanggan dan Uber.

5. Pemandu 'Bisu' (The Silent Driver)

Adeh. Memang ramai yang macam ni, tapi dalam kursus sebagai pemandu Uber, adalah digalakkan untuk pemandu menjadi seorang pemandu Uber yang peramah. Senyap-senyap ni .. uhhh akan datangkan suasana yang .. krik .. krikkk krikk ... sampai radio pun tak dipasang. Senyappp je dari awal masuk kereta sampai ke destinasi .. macam bergaduh laki bini dah rupanya .. hahaha.

6. Kaki Temuramah (The Interviewer)

Yang ni boleh dikategorikan juga sebagai terlebih peramah. Banyak betul ditanyanya macam nak temuduga kerja. Kadang ada soalan-soalan yang ditanya buatkan pelanggan tak berapa selesa nak jawab... yelah, ada pemandu Uber sifat ingin tahunya terlebih-lebih sehingga soalan yang terlalu peribadi pun terpacul.

Ada soalan yang boleh ditanya dan tidak boleh ditanya. Ramai pelanggan yang sukakan suasana mesra tetapi kalau terlebih mesra ... susah juga. Nak bertanya, nak bersembang ... pemandu Uber kena berpada.

7. Kaki Nyanyi (The Singer)

Tak pasti samada jenis pemandu Uber sebegini ada di Malaysia. Tetapi, kalau anda ada baca kisah dari luar negara, memang ada jenis pemandu Uber yang kaki nyanyi, tetapi lebih untuk menghiburkan pelanggannya .. yelah, dah dia memang penyanyi ... dan dia jadkan Uber sebagai sumber income suka-suka ketika bersiar-siar .. tak salahlah kot .. kua kua kua....

Tapi, kalau nak suka-suka nyanyi tanpa ada sebarang request memang janganlah ye. Mungkin telinga kita macam sedap je, telinga orang lain mungkin tidak. Pelanggan makcik pakcik .. hangpa dok nyanyi lagu Hip Hop ... memang boleh telinga makcik pakcik panas tak keruan la jawabnya .... ekekeke.

8. Pemandu Yang Selalu Sesat (The Lost Driver)

Kebanyakkan pemandu Uber akan gunakan aplikasi yang dapat bantu mereka ketahui laluan dengan lebih cepat dan lancar. Dengan aplikasi itu juga mereka boleh tahu di mana lokasi untuk mendapatkan pelanggan. Namun, bukan semua pemandu Uber ini arif dengan lokasi yang disebut dan dinyatakan oleh pelanggan hatta menggunakan aplikasi seperti Google Map, mahupun Waze.

Saya sendiri pun kadang guna Waze pun boleh sesat larat .. apatah lagi pemandu Uber yang ada di antara mereka baru nak kenal aplikasi Waze ini .. huhu. Lagi-lagi pemandu Uber yang sangka pengetahuan mereka lebih tepat daripada sesuatu aplikasi tu... keh keh keh.

9. Pemandu Terlebih Mesra (The Overly Friendly Driver)

Uhh .. masuk-masuk je kereta pemandu Uber ni, anda akan dapat tahu kisah hidupnya dari A sampai Z. Semua cerita dari zaman kanak-kanak sampai dah kahwin, anak berapa, iseri berapa .. sekolah mana semuanya diceritakan kepada pelanggan. Pelanggan tanya 1 soalan, dia jawab dalam kadar masa satu jam setengah .. kalau masuk peperiksaan UPSR ni .. mau tak cukup masa nak jawab semua soalan .. hahaha. Pelanggan nak tanya soalan lain pun, dah mula fikir-fikir ...

Tapi, ada pemandu Uber yang cekap. Selain beritahu pasal diri dia, dia akan cerita pasal bisnes juga .. andai kena cara boleh buat duit dengan Uber guna teknik Rahsia Uber... hoho .. lagi masyuk. Tak payah dah bawak kereta Uber, guna aplikasi kat telefon pintar pun dah boleh jana ribuan ringgit sebulan.

10. Pemandu Vapers atau Pemandu Merokok (The Vaper)

Saya tak pernah ketemu lagi pemandu yang macam ni. Kat Malaysia mungkin tak ada jenis pemandu Uber seperti ini sebab budaya kita ni agak beradab sedikit tak kira bangsa dan agama. Walaupun ada pemandu Uber yang tegar rokok, dan tegar vaper .. tetapi mereka masih tahu nak hormat orang lain (kebanyakkannya). Dan mereka tahu kereta mereka adalah punca rezeki .. jadi kena pastikan bahawa kereta Uber mereka dinaiki pelanggan dalam keadaan serba selesa dari semua segi. Bukan sahaja mereka akan terima pujian, kemungkinan akan dapat bonus tambahan daripada pihak Uber disebabkan rating dan komen yang bagus daripada pelanggan.

Jadi? Macamana...  apa yang dinyatakan di atas adalah antara ciri-ciri pemandu Uber yang dikenal-pasti wujud di serata dunia. Di Malaysia mungkin ada, mungkin tak ada .. namun, seperti saya katakan .. manusia ni ada pelbagai ragam. Ia mungkin tak ternampak di depan mata sebab ianya boleh dikawal dan dididik.

Macam juga pemandu teksi, pemandu kereta sewa dan juga seperti pemandu Grabcar. Ada yang bagus, ada yang tidak berapa bagus. Sebagai pelanggan, kita mengharapkan seorang pemandu yang berhemah, beradab, tuturkata mesra, segak, kemas, tidak memandu secara melulu dan merbahaya serta menghormati orang lain.

Orait, apa yang saya tulis di atas adalah berdasarkan kepada video di bawah, disediakan oleh Joseph Germany. Kalau rasa nak tambah pada 10 jenis pemandu Uber yang patut anda tahu, boleh komen di bawah nanti. Enjoy the video .. huhu...

Video - 10 Types of Uber Drivers



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Satu perkongsian yang berguna. Nak try juga guna khidmat Uber ni nanti. Lebih baik dari teksi rasaya.

    BalasPadam
  2. Wowwww info yang sangat berguna... Tq abg hasrul.
    Happy Birthday tu you. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

    BalasPadam
  3. Semoga Uber bakal dibuka di Terengganu....huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai yang mahu UBer diperluaskan. Yelah, ini peluang untuk dapatkan income tambahan.

      Padam
  4. Ooo baru tahu rupanya ada 10 jenis pemandu Uber.

    BalasPadam
  5. Tak pernah cuba lagi gunakan khidmat Uber..Nanti boleh cubalah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kalau ke KL memang akan memilih samada nak gunakan Uber atau Grabcar.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …