Pengalaman Pertama Kali Naik Grabcar

Kisah pengalaman pertama kali naik Grabcar semasa bercuti di Kuala Lumpur

Pengalaman Pertama Kali Naik Grabcar. Grabcar, Uber. Dua aplikasi ini semakin popular terutama mereka yang tinggal dan 'travel' dalam ibukota. Ia merupakan alternatif kepada pengangkutan awam sedia ada. Di Malaysia, servis ini boleh dikatakan agak baru .. namun cepat berkembang dan memberikan peluang untuk segolongan warga kota mencari pendapatan sampingan.

Isteri saya antara pengguna kedua-dua perkhidmatan ini, memandangkan isteri saya ketika entri ini ditulis masih menjadi seorang pelajar di UM. Servis Uber dan Grabcar memudahkannya untuk transit dari UM ke KL Sentral sebelum bertolak balik ke Parit Buntar menaiki KTM ETS. Menarik apabila isteri saya berkongsi pengalaman dan pengetahuannya mengenai kedua-dua servis ini.

Pertama Kali Naik Grabcar di Kuala Lumpur

Pengalaman Pertama Kali Naik Grabcar
Disebabkan itu, saya telah ambil kesempatan baru-baru ini ke KL bersama isteri dan anak-anak untuk mencuba salah satu servis pengangkutan alternatif ini. Pilihan kami ialah Grabcar. Ini merupakan pengalaman pertama saya naik Grabcar.

Sebaik sahaja kami sekeluarga tiba di stesen KL Sentral dari Parit Buntar, dengan menggunakan aplikasi Grabcar MyTeksi, isteri saya telah membuat tempahan secara online untuk perjalanan dari KL Sentral ke UM. Kenapa UM? Sebab nak berbuka puasa kat situ sebelum bertolak ke Putrajaya, rumah adik ipar saya.

Harga Tambang Ditunjukkan Sebelum Sah Tempah

Dari aplikasi, Grabcar akan tunjukkan harga tambang yang perlu dibayar. Kalau tidak silap saya, RM14 Harga tersebut adalah harga standard mengikut kategori dan jenis kereta. Dalam hal ini, isteri saya telah tempah Grabcar kategori bajet. Jika nak naik kereta yang lebih besar, lebih kelihatan mewah .. boleh booking Grabcar kategori ekonomi atau premium, tak pun kalau rasa kurang selesa nak naik kenderaan milik persendirian orang lain, ambil sahaja Teksi1Malaysia.

Jika setuju, pemilik kenderaan yang berdaftar dengan Grabcar berdekatan akan respon dengan permintaan atau booking anda. Mereka akan terus hubungi anda. Sebaik sahaja anda terima, anda akan diberitahu mengenai butiran pemandu dan kenderaannya, termasuk nombor plet kenderaan.
Pengalaman Pertama Kali Naik Grabcar
Tatacara guna Grabcar secara ringkas adalah seperti berikut .... 
  1. Muat turun aplikasi Grabcar MyTeksi
  2. Nyatakan lokasi anda, dan destinasi
  3. Pilih kategori kereta - bajet, ekonomi, premium atau Teksi1Malaysia
  4. Pemandu Grabcar akan hubungi anda.
  5. Anda naik Grabcar di lokasi yang telah dinyatakan.
  6. Tiba destinasi, bayar tunai.
Cara Tempah Grabcar MyTeksi Malaysia
Cara Booking Grabcar MyTeksi
Cara booking online Grabcar MyTeksi
Perjalanan dengan Grabcar lancar, malah pemandu menggunakan perkkhimatan Google Map dan juga Waze untuk memastikan kami sampai ke destinasi dengan segera. Kenderaan yang kami naik adalah sebuah Proton Saga BLM dipandu oleh seorang lelaki India akhir 20an. Keretanya bersih ... dan dalam keadaan agak baik. Memang sesuai untuk bawa penumpang.

Perbualan Mengenai Income Sebagai Pemandu Grabcar

Sempat juga berbual santai mengenai servis Grabcar.

"Dah lama u bawak Grabcar?" tanya isteri
"Lama dah ... " jawabnya
"Part time ke?" tanya saya ..
"Full time bang .. " uhh terkejut saya.
"Full time? ok ke bawa Grabcar ni?" tanya saya lagi.
"Ok .. dalam seminggu bolehlah dapat RM1,500 ... dulu .. boleh dapat sampai RM3,000 seminggu" kata dia lagi.

Perghhh .. banyak tu. Patutlah dia jadikan pemandu Grabcar sebagai pencarian pendapatan utama. Kira dah lepas semua ... dalam kehidupan di kota Kuala Lumpur, seminggu boleh dapat RM1,500 .. kalau sebulan .. boleh cecah sampai RM5,000 ...memang oklah sangat, ye tak?

Sampai je destinasi, isteri saya bayar tambang mengikut apa yang telah dipaparkan menerusi aplikasi Grabcar MyTeksi, iaitu RM14 dari KL Sentral ke Universiti Malaya. Elok je sampai, waktu berbuka puasa telah masuk, jadi kami anak beranak berbuka puasa dengan bekalan yang dibawa dari rumah, iaitu buah kurma dan air masak. Cukup untuk batalkan puasa.

[Baca] Cara Buat Duit Dengan Aplikasi UBER tanpa Bawa Kereta

Ketika itu, saya lihat pemandu Grabcar tu sedang menunggu penumpang yang lain dengan melihat aplikasi Grabcar di telefonnya... hmm padanlah income pemandu Grabcar ni masyukkk... tiba satu destinasi, terus dapatkan penumpang lain untuk ke destinasi seterusnya.

Begitulah adanya kisah pengalaman pertama kali naik Grabcar.

Kesimpulannya, Grabcar adalah alternatif kerja sampingan yang lumayan di ibukota seperti Kuala Lumpur di mana permintaan untuk pengangkutan 'awam' sangat tinggi. Ia satu pekerjaan mudah, dan sangat bagus untuk mereka yang suka memandu, dan suka berinteraksi dengan orang ramai.


COMMENTS

BLOGGER: 9
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,117,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,365,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,290,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,45,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,50,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,623,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,578,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,32,Kekeluargaan,81,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,81,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,275,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,335,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,54,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,486,Semesti,2,SENI,3,Shopping,109,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,173,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,93,Tips Blogging,311,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,51,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,34,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,105,Work From Home,13,
ltr
item
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™: Pengalaman Pertama Kali Naik Grabcar
Pengalaman Pertama Kali Naik Grabcar
Kisah pengalaman pertama kali naik Grabcar semasa bercuti di Kuala Lumpur
https://1.bp.blogspot.com/-0hWyUZYmVf8/V2acuXBoqgI/AAAAAAAAOX8/jXQZ-beIv5QPTu4AhLIpO3MMi0Vhfb09gCLcB/s1600/Pengalaman-tempah-grabcar.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-0hWyUZYmVf8/V2acuXBoqgI/AAAAAAAAOX8/jXQZ-beIv5QPTu4AhLIpO3MMi0Vhfb09gCLcB/s72-c/Pengalaman-tempah-grabcar.jpg
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2016/06/pengalaman-pertama-kali-naik-grabcar.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2016/06/pengalaman-pertama-kali-naik-grabcar.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy