Fakta Perlu Tahu Tentang Pinjaman (Sewa-Beli) Kereta. Ramai rakyat Malaysia mengimpikan untuk memiliki sebuah kereta sendiri. Tak kiralah kereta itu kereta baru, mahupun kereta terpakai. Saya sendiri selepas 3 bulan diterima sebagai staff USM, saya terus berimpikan untuk membeli kereta sendiri, namun hanya selepas 3 tahun bekerja makan gaji baru saya mampu untuk memiliki sebuah kereta baru, itupun kereta Perodua Kelisa yang harganya adalah mampu milik buat saya ketika itu.

Bila cakap soal mahu membeli kereta, perkara tidak boleh elak ialah melakukan pinjaman sewa beli kereta. Hanya segelintir golongan sahaja yang mampu dan boleh membeli kereta secara tunai keseluruhannya.

5 Info dan Fakta Perlu Tahu Mengenai Pinjaman Sewa Beli Kereta

Fakta Perlu Tahu Mengenai Pinjaman Sewa Beli Kereta
Ok, sebelum anda bercadang untuk membeli kereta baru, pastikan anda tahu beberapa info dan juga fakta berkaitan pinjaman sewa beli kenderaan di Malaysia. Kena faham supaya anda tidak kena tipu oleh agen penjual kereta, dan juga bagi membolehkan anda mendapat lebih nilai ketika membuat pinjaman kereta baru.

Informasi Asas Pinjaman Kereta

Pinjaman kereta adalah pinjaman yang diambil khusus untuk tujuan membeli sebuah kereta. Peminjam diwajibkan membayar balik jumlah pinjaman tersebut, termasuk faedah kepada bank atau institusi yang meminjamkan wang. Bayaran balik adalah secara ansuran sepanjang tempoh pinjaman tersebut. Sekiranya peminjam gagal membayar ansuran bulanan, kereta tersebut boleh dirampas oleh pihak bank.

Jangkamasa atau tempoh pinjaman adalah bergantung dengan harga kereta atau nilai pinjaman. Jika mahu bayaran bulanan rendah, maka anda boleh bayar pinjaman dalam tempoh yang panjang contohnya 9 tahun, tetapi dari segi kalkulatifnya, anda membayar harga jauh lebih tinggi kepada bank, walhal untuk kereta ... semakin usia kereta meningkat, semakin kurang nilainya dalam pasaran (utk dijual semula).
[Baca] Proton Persona - Harga, Spesifikasi dan Gambar

Sewa Beli vs Pinjaman Kereta

Pinjaman kereta juga dikenali sebagai sewa beli kereta. Ini adalah kerana dalam persetujuan pinjaman kereta, kereta tersebut secara teknikalnya adalah hak milik bank. Peminjam dianggap menyewa kereta daripada bank sehingga jumlah pinjaman telah dilangsaikan. Selepas membayar balik jumlah pinjaman, hak milik kenderaan akan dipindah kepada pihak pembeli kereta.
[Baca] Tips Beli Kereta Baru Untuk Dapatkan Diskaun 50%
Maka, anda tidak boleh bermegah sangat kalau anda membeli kereta menerusi pinjaman kereta .. walau semahal mana sekalipun harga kereta baru anda... hehe. Mungkin orang lain tidak tahu bahawa anda ambil masa sehingga 9 tahun untuk membolehkan kereta itu dimiliki sepenuhnya oleh anda.

Bagaimanakah Pinjaman Kereta Berfungsi Di Malaysia?

Di Malaysia, kebanyakan pinjaman kereta baru memberikan margin pinjaman sehingga 90%. Anda perlu meletakkan deposit sekurang-kurangnya 10% daripada harga kereta tersebut. Jika mampu, anda dinasihatkan meletakkan deposit yang lebih untuk mengurangkan jumlah pinjaman dan faedah yang perlu dibayar. Sesetengah bank menawarkan margin piunjaman 100% untuk kereta, tetapi syarat kelayakannya biasanya lebih ketat.

Tempoh maksima pinjaman kereta di Malaysia adalah 9 tahun. Tempoh yang lebih lama bermakna setiap ansuran adalah lebih rendah, tetapi jumlah faedah yang dibayar sepanjang tempoh pinjaman juga akan naik. Secara logiknya, anda membayar sehingga lebih 2-3 kali ganda harga sebenar kereta seperti dipaparkan pada iklan.

Pinjaman Kereta Berkadar Tetap vs Berkadar Berubah

Faedah pinjaman kereta biasanya berkadar tetap, walaupun terdapat sesetengah bank yang menawarkan pinjaman kadar berubah. Dengan kadar tetap, kadarnya dan jumlah ansuran bulanan ditetapkan sepanjang tempoh pinjaman. Dengan pinjaman berkadar berubah, kadar faedah, jumlah ansuran bulanan boleh berubah bergantung kepada perubahan BLR.

Pembeli kereta yang ingin membuat bayaran balik ekstra untuk mengurangkan jumlah faedah ataupun tempoh pinjaman patut mempertimbangkan pinjaman kadar berubah.
[Panduan] Jana Income Sampingan Dari Rumah Dengan Uber Tanpa Miliki Kereta
Kadar faedah pinjaman kereta di Malaysia berbeza bergantung kepada jenis, jenama dan model kereta, umur kereta, skor kredit peminjam, jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman. Untuk mendapatkan pakej yang paling sesuai, adalah dinasihatkan untuk membuat perbandingan semua pinjaman kereta di Malaysia dengan menggunakan kalkulator pinjaman yang secara amnya ada disediakan di laman web jualan kereta tersebut contohnya Proton Edar.

Istilah-Istilah Biasa Pinjaman Kereta

Margin pembiayaan

Ia adalah nisbah jumlah pinjaman kepada harga kereta, dinyatakan sebagai peratus. Misalnya, sekiranya bank menawarkan margin pembiayaan 90% atas kereta yang bernilai RM100,000, jumlah pinjaman adalah 90% atas nilai kereta, iaitu RM90,000.

Penjamin

Penjamin bersetuju untuk memayar balik pinjaman kereta sekiranya peminjam asal gagal melaksanakan tugasnya sebagain peminjam/pembeli kereta. Penjamin pinjaman akan diperlukan oleh bank sekiranya peminjam tidak mempunyai pendapatan yang stabil.

Pemilikan Semula

Pemilikan semula berlaku apabila bank merampas balik kereta daripada pembeli kereta kerana dia gagal membayar ansuran bulanan selama 2 bulan atau sebagainya. Di Malaysia, kereta tidak boleh dimiliki semula sekiranya lebih daripada 75% atas jumlah pinjaman telah dilangsaikan.

Ok, sekarang anda sudah faham dan mendapat ilmu berkaitan pinjaman sewa beli kereta. Ada orang hanya tahu nak beli kereta tanpa tahu fakta-fakta dan info di atas. Kalau tidak faham, anda mungkin senang-senang diputar-belitkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Dan sebagai salah seorang pengguna, anda perlu setidaknya faham apa yang anda bayar untuk beli sebuah kereta menerusi pinjaman kereta.

In Sha Allah, saya akan kongsikan beberapa tips lagi tentang pembelian kereta kepada semua pengunjung dan pembaca blog saya. Jangan lupa untuk langgan dengan mengisi email di bawah, anda akan diberitahu andai ada artikel baru yang diterbitkan.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement