Amir Husna .. salah seorang sahabat saya yang berasal dari Kelantan, sekarang menetap di Shah Alam kalau tak silap. Dah berzaman saya tak jumpa, tapi alhamdulillah .. Facebook membolehkan saya dapat menghubungi beliau.
Cara Syukuri Nikmat Kesihatan - Tidak Ambil MC Dua Tahun Berturut-Turut!
Antara sahabat dan rakan yang saya adore ... seorang yang baik hati, dan antara sahabat paling senang untuk dirapati. Selain itu, saya kenal beliau sebagai seorang lelaki yang memang bertanggungjawab, kalau tidak masakan boleh jadi kapten Rugbi ... dan jadi ketua dorm.Tidak Pernah Cuti Sakit
Bila saya dapat tahu beliau dapat penghargaan selama 2 tahun berturut-turut kerana tidak pernah cuti sakit (MC) .. saya tidak terkejut, kerana saya tahu bahawa Amir Husna adalah seorang yang tahu mensyukuri nikmat kesihatan yang telah Allah S.W.T berikan.Amir Husna merupakan seorang kakitangan awam yang bekerja sebagai Ahli Kimia Forensik. Kalau korang tak berapa nak faham mengenai kerjaya sahabat saya ini, anda boleh andaikan kerjaya beliau adalah lebih kurang seperti penyiasat forensik dalam drama bersiri popular CSI (Crime Scene Investigator).
- Ahli Kimia Forensik (2003-2010) di bahagian forensik kimia Petaling Jaya
- Ahli Kimia Forensik (2010-2014) di Makmal Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.
- Ahli Kimia Forenseik (2015-sekarang) di bahagian Forensik Kimia Petaling Jaya.
Contoh Kakitangan Awam Berintegriti, Bertanggungjawab dan Komited
Saya kongsikan cerita serba sedikit mengenai beliau adalah kerana ia adalah satu contoh yang sangat baik buat mereka yang anggap bahawa kebanyakkan kakitangan awam di Malaysia ini banyaknya 'curi tulang'. Walhal, ramai je yang sangat komited dengan kerja dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam dengan baik.Saya ada tanya beliau, tentang kerjayanya dan tentang bagaimana boleh dapat sijil pengiktirafan begitu ...
"Tugas aku Kat makmal, kadang2 pergi crime scene n Mahkamah.... Tak cuti sbb mmg jarang sakit/demam... N kalau sakit sikit2 aku dtg jer kerja... Tapi aku selalu kalau injured kalau main bola/ragbi sampai jalan hencot2 n sembahyang pun atas kerusi aku dtg gak kerja" - Amir HusnaSaya bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh Amir Husna ini. Sahabat saya ni ... tahu gunakan nikmat sihat dengan cara yang sepatutnya. Tak ramai antara kita seperti beliau, saya juga tidak terkecuali ... huhuhu.
Amir Husna sudah bekeluarga, Seorang pemain rugbi (bukan sepenuh masa) ... seorang yang mahir dengan teknik fotografi untuk tujuan forensik. Beliau adalah seorang bekas graduan USM Pulau Pinang, dan juga bekas pelajar (Alumi) Sekolah Alam Shah, Selangor.
Amir Husna tidak pernah cuti sakit dua tahun berturut-turut. Amir Husna sahabat saya. Amir Husna kakitangan awam bertanggungjawab dan berintegriti. Amir Husna bijak. Jadilah seperti Amir Husna.
[Baca] Bagaimana Nak Dapatkan dan Tambahkan Rezeki Melimpah Ruah ...Semoga sedikit perkongsian ini membuka minda anda semua bahawa ada ramai kakitangan awam yang setia, komited, bertanggungjawab menjalankan tugas mereka. Jangan sebab anda melihat seorang dua kakitangan awam kaki lepak di warung dari jam 9:30 pagi hingga 11:00 pagi; anda mahu labelkan semua kakitangan awam berperangai seperti itu.
Agar kita semua tahu menghargai dan syukuri nikmat kesihatan yang Allah berikan. Tak sakit jangan dibuat sakit .. nanti Allah S.W.T duga dengan sakit yang memeritkan, orang akan hilang percaya ... dan anda akan bersendirian.
:) singgah ptg
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.