Tips Optimasi Google Adsense

Tips Optimasi Google Adsense. Ramai rakan blogger yang telah menempatkan iklan Google Adsense di dalam blog. Jika dulu ada kekangan dari segi bahasa, tetapi sekarang Adsense telah tersedia untuk blog versi Bahasa Melayu. Adsense dalam blog bahasa Melayu tiada banyak beza dari adsense yang berada di dalam blog bahasa Inggeris. Cuma mungkin, nilai untuk sesuatu iklan itu tidak terlalu tinggi kerana saingan yang kurang dari segi bahasa.

Walaupun begitu, Adsense sentiasa ingin membantu agar ahli-ahli atau blog yang berdaftar dengan Adsense agar mengoptimasi iklan Adsense untuk income sehabis boleh. Jika blog tetiba kurang mendapat income yang baik, pasti akan tiba satu email dari Adsense yang menerangkan dan memberikan beberapa tips supaya optimasi Google Adsense dapat dilakukan di dalam blog.

Tips Optimasi Google Adsense Dalam Blog

Tips Optimasi Google Adsense
Saya antara beberapa orang blogger Malaysia yang sering menerima email daripada Google Adsense. Banyak juga tips buat duit Adsense yang saya kongsikan di blog ini hasil daripada tips yang diberikan oleh pihak Adsense sendiri.

4 Faktor Penting Jana Income Blog Dengan Google Adsense

Secara amnya, untuk optimasi income menerusi Google Adsense, 4 perkara ini perlu dilihat:
  1. Kata kunci atau keyword entri / blog
  2. Teknik SEO untuk mendapatkan trafik dari enjin carian
  3. Kedudukan iklan Adsense dalam blog
  4. Trafik blog yang berkualiti 
Dalam banyak-banyak faktor disebutkan di atas, kedudukan iklan adalah antara yang mudah untuk rakan blogger lakukan. Dan perkara ini sering dijadikan asas oleh pihak Google Adsense untuk membolehkan anda mengoptimasi income dari iklan Adsense.

Tips Optimasi Google Adsense
Di atas adalah contoh email dan juga pemberitahuan di dalam akaun Google Adsense yang pernah saya terima.

Pertama dan kedua ia menyebut mengenai rekabentuk iklan Adsense di dalam blog. Ia meminta saya untuk ubah setting pada jenis font yang digunakan untuk banner iklan Adsense agar serasi dengan rekabentuk blog, selain membolehkan ia menyerlah bagi mendapat perhatian pengunjung dan pembaca. Pihak Adsense juga meminta saya ubahsuai iklan Adsense supaya mempunyai warna latar belakang serta border yang sama dengan penyampaian entri di dalam blog.
[Baca] Tips Mendapatkan Akaun Penuh Google Adsense (Full Account)
Ketiga ialah tatacara atau lokasi iklan Adsense itu diletakkan. Paling penting, iklan tersebut mesti mudah kelihatan dan secara rationya mesti sering nampak walaupun pengguna scroll blog ke bahagian bawah. Dalam kata lain, ia mencadangkan agar blog meletakkan iklan yang memanjang ke bawah, daripada meletakkan iklan jenis mendatar (leaderboard).

Apapun, setiap cadangan optimasi oleh pihak Google Adsense bergantung dengan rekabentuk blog anda. Penting untuk anda ketahui platform mana blog anda sering dikunjungi - samada dari desktop ataupun dari peranti mudah alih. Jika banyak trafik blog datangnya dari platfrom desktop, maka kemungkinan besar Adsense akan mencadangkan anda meletakkan banner jenis leaderboard yang besar - 970x250 di bahagian atas atau tengah blog.
[Baca] Bukan Semua Template Blogspot Sesuai Letak Iklan Adsense
Selalu login ke akaun atau dashboard Adsense anda untuk ketahui banyak tips yang tersedia khas untuk anda dan blog anda. Tips dari saya, elok anda asingkan jenis-jenis iklan Adsense dengan nama tertentu berdasarkan lokasi ia diletakkan di dalam blog-blog anda. Kalau boleh biar jenisnya juga dibezakan dengan blog berbeza, dengan itu anda tahu dengan lebih jelas bentuk iklan Adsense yang mana satu perlu dioptimasikan.


1 comment... add one now

Matdin Matdin August 28, 2016
apa syarat nak kena ada dulu sebelum apply adsense ni ya: dulu pernah apply tapi gagal je.. hehe..

jom jenguk sini pulak.. heheheee...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.