Bukan Semua Template Blogspot Boleh Letak Adsense

Bukan semua template blogspot boleh digunapakai untuk meletakkan iklan Adsense. Ada template yang dimuat-turun percuma, dan digunapakai dalam blog tidak boleh menjadikan Google Adsense sebagai medium pengiklanan. Perkara ini baru saya ketahui apabila ada rakan blogger yang bertanyakan mengapa Adsense menolak permohonannya.

Ya, Adsense memang agak cerewet dan strict dalam membenarkan sesebuah blog menyiarkan iklan-iklan mereka. Blog saya sendiri telah hadapi beberapa kekangan awal ketika mula mendapatkan semula Adsense. Munkin ada pembaca yang tidak mengetahui bahawa blog ini telah beberapa kali dibanned oleh Adsense kerana beberapa sebab teknikal yang melanggar terma, syarat dan polisi pengiklanan.
Bukan Semua Template Blogspot Boleh Letak Adsense

Bukan Semua Template Blogspot Boleh Letak Adsense

Saya telahpun menulis beberapa entri atau artikel berkenaan isu ini sebelum ini. Ada blogspot yang akan hadapi masalah untuk apply akaun Adsense penuh jika template yang digunakan tidak menepati syarat yang ditetapkan.

Antara perkara utama yang perlu anda tititk-beratkan dalam memilih template blogspot yang sesuai dengan syarat Adsense ialah:
  • Template yang kemas susun atur.
  • Template blog yang mesra SEO dan responsif - satu advantage dan Adsense sangat suka.
  • Template yang memudahkan anda untuk mempunyai ruangan contact, disclaimer (penafian) dan juga polisi blog. 
  • Kedudukan menu di dalam blog. Ia mestilah di bahagian atas dan mudah untuk diakses.
  • Penggunaan jenis font yang mudah dibaca.
  • Kawasan ruang iklan yang sesuai untuk diletakkan kod Adsense. Mestilah di bahagian atas sidebar, atau di bawah header blog, atau di atas/bawah post entri. Anda juga boleh letakkan kod adsense di dalam entri.
  • Isikan ruangan sidebar dengan widget-widget yang kayakan konten blog seperti widget entri terkini, widget entri ikut label, popular post, dan juga kategori entri (label). 

Perkara-perkara di atas jika tidak tersedia di dalam template yang anda gunakan, anda perlu cari inisiatif dengan mengubah beberapa struktur template blogspot anda terutama mengenai susun atur, kedudukan menu, dan penggunaan widget yang sesuai. In Sha Allah, blog anda akan diterima untuk memperoleh akaun Adsense penuh.

Baca juga 4 Perkara Penting Sebelum Memohon Google Adsense

Adsense mementingkan sebuah blog yang kaya dengan kandungan dan artikel. Anda kena pastikan ratio teks dengan gambar adalah lebih 50 peratus.

Di bawah ini adalah merupakan salah satu contoh blog atau template blogspot yang ditolak oleh Adsense. Cuba lihat komen yang diberikan oleh Adsense mengenai blog di bawah ini. Blog ini dipunyai oleh rakan blogger - http://ekjozbuluh.blogspot.com/
Bukan Semua Template Blogspot Boleh Letak Adsense

Bukan Semua Template Blogspot Boleh Letak Adsense
Saya juga sarankan anda untuk baca tips adsense berikut - 7 Sebab Adsense Tolak Permohonan Blog Bahasa Melayu

Rajin-rajinkan diri anda untuk langgan newsletter dari Google Adsense, dan sesekali jenguk forum Google Adsense, ada banyak tips diberikan di situ selain perbincangan dengan mereka yang memang dah berjaya jana income blog dengan Adsense ini. Kadangkala, masalah-masalah berkaitan Adsense juga ada dibincangkan, dan diberikan jalan penyelesaian.

Saya harap entri ini sedikit sebanyak membantu mana-mana blogger yang masih lagi bergelut dengan masalah untuk mendapatkan akaun Google Adsense bagi tujuan menjana income dari blog.



{ 8 comments.. read them below or add one }

aynora nur aynora nur May 20, 2015
Thanks again sifu HH untuk artikel yang amat informatif. Saya memang dah lama dapat slot iklan adsense ni, cuma tak maksimumkan kegunaannya. Cuma lately, saya pasang balik iklan Adsense dan block iklan dari advertisers tertentu. Faham2 ajelah...saya tak nak certain iklan muncul dalam blog...hihi
Afidah Azmi Afidah Azmi May 20, 2015
memang..Fida pun dah berpa kali try..asyik kena tendang ja..terus fedup...huh
kucen master kucen master May 20, 2015
ikutkan, dah fedup nak apply adsense

http://kucenmaster.blogspot.com/2015/05/air-selusuh-untuk-memudahkan-bersalin.html
NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR May 20, 2015
good share..bgus google adsense ni utk naikan view dan SEO
JAWATAN KOSONG TERBARU DI SINI JAWATAN KOSONG TERBARU DI SINI May 21, 2015
Ye ada juga template blog yang penah dibanned diguna pakai oleh org lain..sebab tu antara faktor utama tak lulus Google Adsense..semoga kita berhati2 kerana setiap karya perlu disemai dengan budinye serba sedikit pun jadilah...
Muhammad Syakir Muhammad Syakir May 21, 2015
Alhamdulillah lepas 3 kali kena reject dengan google adsense akhirnya lepas, dah sebulan iklan dari google menari-nari dalam blog :D
ekjoz buluh ekjoz buluh May 21, 2015
Terima kasih kerana menjawab persoalan saya. Saya aku cuba perbetulkan dahulu menurut saranan bro HH. Jika ditolak lagi atas sebab yang sama, nampaknya kenalah saya tukar template yang mesra adsense pula.
Matdin Matdin August 28, 2016
saya punya templete rasa-rasanya lepas tak? hehe..

jom jenguk sini pulak.. heheheee...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.