Langkau ke kandungan utama

10 Idea Hari Keluarga Jadi Meriah

Idea hari keluarga pasti meriah jika anda baca entri ini.... hoho. Hujung-hujung tahun ni, ramai yang suka buat Hari Keluarga. Masa inilah, anda nak rapatkan silaturrahim sesama anggota keluarga jauh dan dekat. Apatah lagi di musim cuti sekolah, bila anak-anak ada masa untuk kenal sanak sedara yang lain.

Ada yang kata, boleh jumpa semasa hari raya ataupun kenduri kendara, tapi bagi saya, jika anda mahu benar-benar eratkan ikatan sesama ahli keluarga, kena buat satu percutian khusus untuk keluarga anda sahaja. Serius, ia sangat berbaloi. Rancanglah satu percutian, paling minima 3 hari 2 malam untuk Hari Keluarga ini.

Saya dan isteri selalu sahaja jadi perancang untuk Hari Keluarga, selalunya kami akan buat di tempat-tempat peranginan seperti di Cameron Highlands, Bukit Fraser ataupun di Port Dickson. Pulau Langkawi pun ok, tapi risiko sikit sebab ia tempat shopping .. hehehe.
10 Idea Hari Keluarga Jadi Meriah
Bila planning nak buat Hari Keluarga, isteri saya akan dapatkan tempahan di Rumah Peranginan Persekutuan, dan kemudian buat perancangan soal bajet lain termasuklah makan minum, aktiviti keluarga, aktiviti lawatan (jika ada) atau buat game semasa Hari Keluarga.
Tips percutian bersama seluruh keluarga
Saya nak kongsikan kepada sesiapa yang berminat nak buat Hari Keluarga, idea-idea menarik untuk menjadikan Hari Keluarga meriah tak hingat. Simple dan saya fikir semua boleh buat, janji setiap ahli keluarga kenalah sporting dalam menjayakannya.

10 Idea Hari Keluarga Jadi Meriah

Buat Cabutan Bertuah. 

Cabutan bertuah hadiah mestilah best, barulah akan meriah. Buat satu cabutan bertuah untuk semua ahli keluarga. Modal itu pula dapatkan dari setiap satu keluarga, katakan RM50 atau RM30, jika ada 3 keluarga bermakna boleh dapat RM150. Beli satu hadiah best, dan tambahkan dengan hadiah-hadiah sampingan.

Buat Tukar-Tukar Hadiah

Satu alternatif untuk cabutan bertuah tadi, yang ini setiap ahli keluarga (ketua keluarga) sediakan satu hadiah untuk ditukar. Jika tak mahu keluar modal, boleh tukar hadiah dari benda-benda yang anda tidak pakai lagi dirumah, tetapi masih boleh guna. Tapi selalunya saya dan isteri akan beli barang baru. Kami hadkan hadiah tersebut mesti lebih nilai RM30 ke atas. Kemudian, buat cabutan nama keluarga ... pemberi hadiah adalah pemilik hadiah tersebut ... faham kan?

BBQ

BBQ ni ibarat macam kenduri kecil-kecilan di mana semua orang boleh terlibat. Satu aktiviti keluarga yang santai dan boleh dilakukan secara outdoor. Nak lagi best, setiap dari satu keluarga sediakan hanya satu menu BBQ, tak kisah walaupun sama, tetapi rasa mungkin berbeza. Boleh juga bahagikan tugas semasa nak sediakan BBQ ni. BBQ mudah sebab ia senang nak buat. Tapi kena pastikan tempat penginapan anda ada kemudahan ini.

Menonton Filem Seram atau Lawak

Tonton filem seram atau lawak bersama semua ahli keluarga. Takut ramai-ramai. Seronok ketawa pun ramai-ramai. Best bila suasana akan tetiba jadi senyap, dan suasana jadi riuh rendah. Pilih cerita yang tidak terlalu berat, asalkan ia boleh ditonton semua orang. Saya suka bawa laptop dan sambungkan pada TV tempat penginapan menggunakan kabel HDMI.

Indoor Game

Ada macam-macam indoor game boleh buat. Cara paling mudah, beli je set permainan 12 dalam 1 atau 6 dalam 1 yang dijual di pasaraya. Boleh main ramai orang. Tak pun beli game board yang sedikit mencabar, macam Monopoli, Sahibba atau lain-lain. Boleh je buat tournament ringkas dan ada hadiah disediakan.
Idea hari keluarga lebih meriah
Sukan outdoor sesama ahli keluarga

Outdoor Game

Sama je macam indoor game tadi. Anda boleh cedok idea sukaneka kanak-kanak tadika yang mudah-mudah. Buat 2-3 game cukup, tak perlu banyak-banyak. Serius memang best jika semua ahli terlibat termasuk anak-anak yang bawah umur ... anda pasti tercuit tengok gelagat anak-anak ini main outdoor game. Ada beberapa outdoor game cadangan saya:
  • Tiup belon sampai pecah.
  • Pass belon berisi air ke dalam baldi.
  • Isi air dalam botol guna span atau guna tangan.
  • Pass gelung getah guna straw.
  • Bawa gabus dalam sudu.
  • Cari duit syilling dalam tepung.
  • Cari gula-gula dalam rumput.

Idea untuk jadikan hari keluarga meriah
Sembang keluarga ingat kisah-kisah lama yang mencuit hati

Sembang Keluarga

Masa ni boleh kumpul ramai-ramai. Samada nak buat macam kumpulan atau buat terus the whole family. Kalau buat kumpulan, macam anak-anak kumpul dengan anak-anak, wanita dengan wanita, lelaki dengan lelaki atau buat je selonggok ramai-ramai kongsi cerita best-best yang berlaku sepanjang tahun. Mesti ada benda yang boleh diceritakan dan jadi bahan jenaka. Cerita seram pun boleh...hoo.
Idea untuk jadikan hari keluarga meriah
Buat sambutan hari lahir anak-anak yang lahir dalam bulan tersebut

Hari Anugerah Keluarga

Kadangkala ada antara ahli keluarga yang dapat pencapaian yang boleh dibanggakan dalam keluarga. Contohnya dapat UPSR 8A, jadi tokoh pelajar dan sebagainya. Bagi galakan dengan berikan hadiah tertentu. Buat secara santai-santai je. Boleh adun dengan acara atau aktiviti lain, macam BBQ ke, semasa buat cabutan bertuah ke, tukar-tukar hadiah ke. Anak-anak ini akan seronok bila semua sanak sedara hargai pencapaian dia buat. Dan akan jadikan percutian hari keluarga anak-anak jadi semakin best buat mereka.
Idea untuk jadikan hari keluarga meriah

Lawatan Tempat Menarik Percuma

Cari tempat-tempat lawatan yang boleh dilawati secara percuma. Jangan cari yang berbayar sebab nanti ada ahli keluarga yang acuh tak acuh nak masuk atau bayar. Tips saya, bawa ke muzium, atau taman-taman permainan.
Idea untuk jadikan hari keluarga meriah

Sessi Bergambar dan Video

Ada orang fikir benda ni benda biasa, tapi percayalah ia merupakan aktiviti yang paling mudah, dan paling akan diingati di masa akan datang. Apabila kita ambil gambar, kita akan mudah ingat sesuatu peristiwa atau aktiviti itu. Ambil gambar apa juga yang keluarga anda buat. Nak lagi bagus, adakan juga sessi video. Serius, impak kegembiraan ini akan kekal lama dan menjadi memori yang terindah.

Cubalah, sebab saya sendiri dah buat dan memang best. Sampaikan terus merancang untuk buat lagi dan lagi di lokasi lain pula.

Antara sedar atau tidak, percutian berbentuk hari keluarga ini sebenarnya boleh menjimatkan jika semua ahli keluarga bekerjasama dan masing-masing ambil bahagian untuk jayakannya. Dah la bajet, pastu seronok .. dan eratkan hubungan antara sesama ahli keluarga... tak adalah gi cuti sorang-sorang, seronok lak sorang-sorang, pastu nanti cerita gi sana sini, keluarga yang tidak pergi telan air liur sampai bibir jadi kering dan mulut ternganga.

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. GOOD idea ! memg dalam perancangan.. hehehehe.. berangan nak jadi mastermind dalam family..chewahhh

    BalasPadam
  2. Idea menarik...tapi bukan tahun ni...insya Allah tahun depan...kena plan betul2

    BalasPadam
  3. Anak semakin dewasa lebih kerap aktiviti bersama keluarga perlu diatur.

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Terima kasih, mungkin boleh buat kot ..

      Padam
  5. wow! sebenar hari keluarga kami sah bermula sejak 2005 lagi. ada 1001 aktiviti sama ada yg melalaikan atau yang meningkatkan keimanan boleh digoogle. tiap tahun aktiviti kami adalah berlainan termasuk treasure hunting dan snorkeling dan mandi dgn ikan kelah. you all boleh le cuba.

    BalasPadam
  6. Tanpa NamaMac 06, 2017

    idea menarik! terima kasih

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…