Abang Buffet Steamboat dan Grill Cameron Highlands

Bila bercuti di tempat sejuk seperti Cameron Highlands, kalau nak menjamu selera ... makanan mestilah nak yang panas-panas. Antara menu yang tengah popular di Cameron Highlands ketika saya sekeluarga bercuti di sana (Julai 2016) adalah steamboat, grill dan juga ikan bakar. Ada beberapa tempat makan yang menyediakan menu ini, salah satunya ialah Abang Buffet Steamboat and Grill yang terletak bersebelahan Cool Point Hotel, Tanah Rata, Cameron Highlands.

Abang Buffet Steamboat and Grill, Tanah Rata, Cameron Highlands. Saya diberitahu oleh isteri bahawa tempat makan ni sedang viral di media sosial disebabkan oleh suasana tempat makan seolah berada di dalam taman. Jadi, kami ambil keputusan untuk mencuba, dan merasai pengalaman unik tersebut, apatah lagi memang dari awal dah plan nak makan malam steamboat di Cameron Highlands.

Abang Buffet Steamboat dan Grill di Cameron Highlands

Sebenarnya, kami dah ada pilihan untuk makan malam steamboat di Brinchang, disebabkan malam pertama kami menginap di Hotel Snooze, sebuah hotel bajet yang letaknya di Brincang. Hotel ini mendapat pujian ramai di Agoda, jadi saya dan isteri ambil keputusan untuk cuba .. apatah lagi ia mendapat rekomendasi dari rakan kami, pengusaha bekam di Parit Buntar.

Anda boleh lihat hotel bajet ini di Agoda .. manalah tahu kot-kot kena dengan citarasa dan bajet anda. Boleh klik pautan ini yang akan bawa anda terus ke Hotel Snooze. Hotel Snooze ni bersebelahan dengan KFC Brinchang .. agak-agak malas nak makan jauh-jauh, turun hotel .. jalan kaki sikit, boleh masuk KFC jamu selera .. hoho...

Ok, berbalik pada kisah Abang Buffet Steamboat and Grill.

Terpaksa Memandu Dari Brinchang ke Tanah Rata, Lokasi Abang Buffet Steamboat dan Grill

Agak jauh juga sebenarnya kami nak pergi makan malam. Jarak dari Brinchang ke Tanah Rata adalah lebih kurang 5-7 km... dekat kalau ikut ukuran, tapi nak memandu dari Brinchang ke Tanah Rata memalam ni ... uhh ... rasa macam jauhhh je.

Lokasi tempat makan tak susah pun nak cari. Hanya masuk ke simpang sebelum stesen bas, atau simpang besar ke hospital ... dan belok ke kanan simpang pertama anda nampak ..... anda akan nampak Hotel Cool Point, Tanah Rata .. dan di hujung parking hotel ini terletaknya tempat makan yang saya maksudkan.

Parking banyak, jadi tiada masalah. Malah, anda boleh parking sebelah kompleks stesen bas/parking bertingkat dan kemudian melalui satu jambatan menyeberang ke Abang Buffet Steamboat and Grill... atau Cool Point Hotel.
Review Abang Buffet Steamboat dan Grill Cameron Highlands
Masuk je, anda akan disapa oleh pekerja restoran yang mesra. Kalau timing baikkk punya .. dapatlah disambut oleh awek cun... hoho .. tak pun seorang lelaki yang berbadan sado. Yang pasti, pelayan akan tanya anda .. "Nak bersila atau nak duduk" ... dan mereka akan bawa anda ke tempat yang telah disediakan.

Tempat duduk/makan memang banyak. Seperti disapa, dan ditanya .. ada dua jenis tempat duduk disediakan .. iaitu untuk bersila, dan untuk yang lebih senang duduk di kerusi. Kerusi pun ada beberapa jenis .. ada kerusi biasa tak bersandar, dan ada kerusi panjang yang boleh bersandar. Anda pilih mana yang sesuai dan selesa.
Makan malam di Abang Buffet Steamboat dan Grill Cameron Highlands
Tempat makan Abang Buffet Steamboat dan Grill Cameron Highlands
Fuh. Memang betullah seperti apa digembar-gemburkan dalam FB bahawa tempat makan ni seolah di dalam taman. Anda akan nampak pokok strawberri tergantung di atas anda, selain beberapa hiasan pokok renek yang cantik dan juga prop seperti payung. Bila masuk je .. suasana dah lain .. sebab berbeza sangat dengan di luar .. yelah .. malam kan .. masuk je dalam restoran pastilah terang-benderang .. hoho.

Siap ada rama-rama berterbangan lagi ... uhh tak tido rupanya...  
Suasana di Abang Buffet Steamboat dan Grill Cameron Highlands
Pilihan makanan memang banyak. Segar tu tidaklah sangat sebab nama pun steamboat, pastinya banyak dari jenis frozen... huhu... tapi, in Sha Allah .. tang sayur ... memang saya nampak ia segar dari ladang. Ada kobis, cendawan, tomato ceri, sawi, dan beberapa lagi. Untuk grill, anda boleh pilih daging yang diperap, sotong, ayam yang diperap, udang dan beberapa lagi bahan lain.
Abang Buffet Steamboat dan Grill Cameron Highlands
Abang Buffet Steamboat dan Grill Cameron Highlands
Anda bukan sahaja ada pilihan pelbagai untuk steamboat dan untuk grill/panggang, tetapi juga disediakan hidangan lain seperti Nasi Lemak, Mee Goreng, Bihun Goreng sebagai menu tambahan. Manakala air, diberikan 4 jenis iaitu air buah-buahan (2), air panas samada teh, nescafe atau kopi; dan tentulah air suam.

Semuanya disediakan secara buffet, jadi anda boleh ambil dan tambah sesuka hati .. asalkan jangan membazir.

Dua Jenis Kuah, Tapi ...

Untuk kuah steamboat, anda hanya boleh pilih salah satu samada sup atau tomyam. Saya dan keluarga lebih prefer tomyam tetapi kami fikir baik cuba dua-dua .. jadi, round pertama kami ambil sup ... setelah habis sup, kami minta untuk diberikan kuah tomyam pula.
Abang Buffet Steamboat dan Grill Cameron Highlands
Dah rasa dua-dua, maka kami syorkan anda untuk ambil tomyam .. huhuhu.. dan ditambah sedikit sos pedas ke dalam kuah untuk rasa yang lebih jitu .. hoho.

Harga?

Apa yang disediakan oleh Abang Buffet Steamboat and Grill Cameron Highlands, adalah lebih kurang sama dengan tempat makan steamboat yang pernah kami pergi iaitu di Lumut. Cuma beza adalah dari segi harga sahaja, dan kepelbagaian menu yang ada.
[Baca] Layan Steamboat Lumut, Puas Hati Harga RM22.50 Sekepala
Untuk jamu selera di Abang Buffet Steamboat and Grill, anda perlu bayar RM25 untuk satu kepala. Dan separuh harga untuk kanak-kanak. Tetapi, jangan terkejut .. apabila tiba nak bayar .. anda bayar harga yang berlainan dengan apa yang tercatat di bil awal yang ada diberikan. Sebab apa? Saya pun tak tahu ... huhuhu..

Orait .. itu sahaja saya nak cerita mengenai tempat makan ni. Secara amnya, saya boleh kata .. okaylah .. lagipun mana nak dapat tempat makan steamboat dan panggang yang diusahakan oleh orang Melayu ye tak .. lagi-lagi ada awek cun dan abang sado yang melayan anda .. hoho ...

Di Brinchang .. fuh penuh restoran steamboat ini .. ada yang guna arang la .. ada yang makanan laut segarlah .. dan macam-macam style... dan sambutannya ... wahh hebat bangat.

Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak berikan info untuk anda cari makan di Cameron Highlands. Ada banyak tempat makan best di Cameron Highlands ni tapi tak ter explore lagi.


4 comments.. read them below or add one

Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah August 08, 2016
Boleh tahan juga harga dia. Dah macam makan tempat steamboat 'berjenama'..
Usry Norie Usry Norie August 08, 2016
Murah.. Shabu-Shabu Di Ipoh pun RM30++ satu kepala. Kena try ni.
Cik Ash Cik Ash August 08, 2016
sedap nampak stamboat ni... harga pun sangat murah...
Rafzan Tomomi Rafzan Tomomi August 11, 2016
bestnya ada steamboat. kalau pergi Cameron Highlands jarang explore sana. kena singgah juga nanti :D

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.