Langkau ke kandungan utama

Layan Steamboat Sehingga Puas Harga RM22.90 Satu Kepala

Salah satu tempat makan Steamboat yang best di Lumut. Setiap kali saya bercuti weekend getaway ke Lumut, dan bermalam; restoran Steamboat ini pasti akan ada dalam perancangan makan malam. Mana taknya, restoran ini benarkan anda makan menu steamboat dan menu lain sepuas hati dengan sekali bayar iaitu sebanyak RM22.90 satu kepala (dewasa).

Baru-baru ini, saya dan famili berkesempatan untuk makan steamboat sekali lagi di restoran yang sentiasa ramai pengunjung ini. Restoran ini terletak di simpang masuk bandar Lumut ini. Dan di sebelah restoran ini ada sebuah restoran lain iaitu Restoran Ikan Bakar Lumut yang juga terkenal. Tidak jauh pun dari tempat penginapan kami iaitu di Rockbund Fishing Chalet, hanya 10-15 minit perjalanan sahaja.

Layan Steamboat Sehingga Puas Harga RM22.90 Satu Kepala

Memang puas makan dengan bayaran RM22.90, untuk kanak-kanak pula dikenakan separuh harga .. dan kalau anak anda masih kecil dan makan sedikit, anda boleh minta bayaran dikecualikan .. in Sha Allah .. tuan punya restoran akan pertimbangkan.

Harga Termasuk Menu Sampingan

Ada banyak menu untuk steamboat .. penuh satu bahagian 'perahu' yang dijadikan tempat untuk hidang makanan. Malah, ada menu sampingan lain seperti bihun goreng, mee goreng, kuew teow, nasi goreng yang disediakan termasuklah juga buah-buahan beraneka jenis. Jangan risau, anda tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan. Saya dan anak-anak siap berulang-alik pilih dan merasai setiap menu yang ada tanpa segan silu .. hahaha
Semua dihidangkan secara buffet dan terbuka. Anda boleh pilih sebanyak mana yang anda mahu ikut kemampuan perut anda. Tapi, jika anda sengaja ambil dan membazir ... maka ... ehemmm .... terimalah teguran dan nasihat .. hahaha..

Alhamdulillah, setakat ini, setiap kali kami makan di restoran ini ... makanan yang kami ambil akan dihabiskan sebaiknya.

Oh ya, kuah untuk steamboat ada dua samada sup biasa atau sup tomyam. Kemudian, 'dapur' steamboat yang disediakan pula membolehkan kami anak beranak bermini BBQ ... fuh memang banyak pilihanlah nak makan ... berbaloi tuh dengan bayaran RM22.90.
Air minuman juga termasuk dalam pakej ini. Restoran ini menyediakan 2 - 3 jenis minuman sejuk, dan 2 minuman panas. Selalunya Jus Tembikai dan Teh Tarik antara air yang selalu dihidangkan.

Kalau anda ke Lumut, bolehlah ke restoran ini.

Sedikit tips .. pastikan anda berlapar sejak dari awal petang supaya anda akan lebih menikmati hidangan menu steamboat yang ada... hoho.



Lagi Komen Pembaca ...

  1. SA jenis perut kecik...tp suka je makan kat steambot ni

    BalasPadam
  2. RM 22 tu dah memang murah sangat, KL punya steambot dah over Rm30 dah. Nanti kalau pergi lumut nak cari la. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup .. sbb murahlah kami selalu ke sini kalau berada berdekatan Lumut

      Padam
  3. rate yang agak murah.. boleh makan dengan puas

    BalasPadam
  4. Em sedapnye...tetiba rasa lapar ni...kena gi lumut le pulak..

    BalasPadam
  5. not bad... perghhh... memang kekenyangan ler...

    BalasPadam
  6. seronok ni kalau bawa family kan bro HH..makan ramai ramai..mesti lagi meriah..terima kasih perkongsian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sangat sesuai untuk famili ... banyak yang datang makan sini bawa famili beso2 ... meriah gitu .. kalau ada game bola siarang langsung kat tv .. uhh lagilah

      Padam
  7. pernah makan kat situ, rugi je...

    rugi sbb perut tak mampu nak mkn byk! Heheee..

    BalasPadam
  8. murah.. kaki steamboat mcm saya mmg kena kosongkan perut dari tengahari

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Lupa pulak nama dia ... tak terambik gambar sbb kekenyangan .. hahaha.. tapi betul sebelah je dengan satu restoran ikan bakar

      Padam
    2. steambot lumut, dari simpang nk masuk ke lumut, kedai di belah kanan lebih kurang dalam 300 meter dari simpang ke lumut

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.