Tudung Kanak-Kanak Baju Raya Pasar Kemboja

Pasar Kemboja Parit Buntar, setiap kali tiba akhir minggu Ramadhan ... pasar ini akan menjadi perhatian. Pengunjung bukan sekadar datang dari kawasan berdekatan, malah dari seluruh Malaysia. Mereka datang dengan bas, dengan van dengan kenderaan masing-masing. Sekarang, boleh datang dengan menaiki ETS sahaja.

Di Pasar Kemboja Parit Buntar, macam-macam aneka pakaian boleh anda jumpa. Ada tudung trend terkini, tudung kanak-kanak, telekung, baju kurung, kebarung, kebaya, dress ... baju dewasa, baju kanak-kanak .. lelaki dan perempuan. Kalau anda seorang kaki shopping, memang rambang mata kalau ke sini. Semuanya memikat hati, semuanya cantik-cantik dengan harga yang sangat berbaloi, malah tidak boleh dapat harga yang ditawarkan di tempat lain.

Tudung Kanak-Kanak Baju Raya Pasar Kemboja

Baru-baru ini, saya dan isteri adalah bershopping beli baju raya untuk anak-anak. Memang susah nak mencari yang sedondon, apatah lagi kalau beli baju siap ni. Kalau tempah memang tak ada masalah la untuk berbaju sedondon di hari raya. Tapi, nak fikir pasal tempah menempah di akhir Ramadhan? uhh lupakan je la. Lagipun, memang tak bercadang dari awal nak tempah baju... hoho.

Ok. Dah beli baju raya untuk anak-anak, terutama sekali untuk anak dara saya. Warna biru raya kami kali ini. Baju beli di pasaraya besar Mydin Parit Buntar.

Ada Dua Versi Pasar Kemboja Parit Buntar

Nak dijadikan cerita, isteri saya pergilah ke Pasar Kemboja. Bukan kompleks Pasar Kemboja ehh (lagi satu lokasi lain), ni Original Pasar Kemboja Parit Buntar yang terletak di Jalan Sempadan, berdekatan dengan Sekolah Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, Penang.
Tudung Kanak-Kanak Baju Raya Pasar Kemboja
Tudung Kanak-Kanak Baju Raya Pasar Kemboja
Uhhh ... nyesal kau... haha, banyak baju raya cantik-cantik, pilihan menarik .. dan paling best, harga berganda lagi murah dengan apa yang telah dibeli. Siap dapat beli tudung Apple lagi untuk anak dara saya... huhuhu.
[Baca] Ketahui Cara Nak Bisnes Baju Kurung dan Untung Lumayan dari Rumah
Mungkin ini rezeki saya. Alhamdulillah.

Kalau nak cari tudung, telekung, baju cecantik .. leh la datang sini. Naik ETS je dari KL... in Sha Allah sampailah.


{ 7 comments.. read them below or add one }

Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof July 01, 2016
kat sini pun kalau nak murah cari kat paasr kemboja ulu tiram...harga memang berbaloi
Sally Samsaiman Sally Samsaiman July 01, 2016
Pasar kemboja mmg murah...kadang tu trend belum sempat artis MY keluarkan dia dah ada dulu....pantas gila!
PeRdU cINta PeRdU cINta July 01, 2016
Alahai..comel awak ya menggayakan shawl apple..hihihi..cute pulak tengok..
Afif Rayyan Afif Rayyan July 01, 2016
Wahhh.. cantiknya baju tu..
Hasrul Hassan Hasrul Hassan July 01, 2016
Sekarang dah banyak tempat ada Pasar Kemboja ni, kdgkala peniaga nya sama je.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan July 01, 2016
Yang tu tak leh tahan tu ... sampai ada jenama nak main saman-saman .. ekekeke
Hasrul Hassan Hasrul Hassan July 01, 2016
Hehehe... susah tu nak suruh berposing .. ekekeke

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.