Harga tiket ETS Ekspress KL Sentral ke Padang Besar. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak KTMB telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar untuk mengumumkan mengenai harga tiket ETS Ekspress dari KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya. Kenyataan itu juga memaklumkan mengenai jadual perjalanan tren ETS Ekspress dari KL Sentral - Padang Besar dan sebaliknya.

Ramai yang teruja untuk mencuba buat pertama kalinya perkhidmatan tren terbaru ETS KTM setelah rasmi akan memulakan operasi mulai 10 Julai 2015. Jadi, saya seperti juga ramai yang lain turut teruja dengan servis terbaru ini, apatah lagi ia melibatkan sebuah tren baru keretapi elektrik yang maklum lebih laju daripada keretapi biasa. Saya sendiri pernah merasai kelajuan 142km/jam menaiki tren EST ini dari KL Sentral ke Ipoh.

Harga Tiket Tren ETS Ekspress KL Sentral-Padang Besar

Berikut adalah harga tiket serta jadual waktu perjalanan tren ETS Ekspress dari KL Sentral ke Padang Besar, dan sebaliknya.
Jadual lengkap harga tiket ETS Ekspres KL Sentral - Padang Besar

Jadual Perjalanan Tren ETS Ekspress KL Sentral - Padang Besar

Jadual Perjalanan Tren ETS Ekspress KL Sentral - Padang Besar ini melibatkan 15 perhentian sahaja. Hentian-hentian tersebut ialah -
  1. KL Sentral
  2. Tanjung Malim
  3. Tapah Road
  4. Kampar
  5. Ipoh
  6. Kuala Kangsar
  7. Taiping
  8. Parit Buntar
  9. Bukit Mertajam
  10. Butterworth
  11. Bukit Mertajam
  12. Sungai Petani
  13. Alor Star
  14. Arau
  15. Padang Besar
Dan berikut ialah jadual perjalanan ETS Ekspress bagi kedua-dua arah bermula 11 Julai 2015.
Jadual perjalanan ETS Ekspres KL Sentral - Padang Besar
    Alhamdulillah, nampaknya tren ETS Ekspres ini berhenti di Parit Buntar. Jadi, dapatlah nanti merasa untuk naik jika mahu ke KL. Maka bolehlah rebut peluang ini untuk mendapatkan perkhidmatan terbaru dari KTM. In Sha Allah, lebih selamat, lebih selesa dan tidak perlu fikir soal duit minyak, duit tol malah perjalanan ke satu-satu destinasi lebih lancar dan tidak terganggu dengan trafik.

    Ads [+] Peluang menjana income secara part time membuat kerja-kerja secara online. Kelulusan minima. Hanya dari rumah. Daftar dan dapatkan panduan khas mencari kerja online dibayar USD, info di pautan ini - Kerja Di Rumah Sambilan/Sepenuh Masa

    Untuk tren ETS yang berhenti-henti atau transit di 24 stesen keretapi, anda boleh rujuk entri ini - Harga Tiket dan Jadual Perjalanan Tren ETS Transit

    [Baca] Update terkini - Jadual Terkini Tren Intercity - ETS KTM Oktober 2015 

    Untuk info lanjut, boleh rujuk laman web KTM - http://www.ktmb.com.my atau telefon 1-300-88-5862.
     
    Terbaru Lebih lama

    Advertisement

    Bisnes Shopee

    Advertisement

    BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

    Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


    Advertisement