Cara Blogger Mendapat Respect Masyarakat

Cara blogger mendapat respect dari masyarakat. Penulisan blogger adalah sebuah penulisan yang sangat berpengaruh dewasa ini. Ramai yang telah beralih kepada media online untuk mencari maklumat, berita, informasi mahupun fakta. Adakala, penulisan sebuah blog itu menjadi sangat berpengaruh sehingga ia menjadi satu penulisan yang diberikan autoriti oleh pembaca-pembacanya.

Ia dijadikan sumber fakta walaupun hakikatnya blog itu sendiri bersandarkan kepada sumber lain. Jadi, disinilah titik penting untuk seorang blogger itu mendapat respect dari masyarakat, terutama dari mereka yang mencari dan mendapatkan info menerusi internet.
Cara Blogger Mendapat Respect Masyarakat

Cara Blogger Mendapat Respect Masyarakat

Saya nampak keluarbiasaan ini, malah blog saya sendiri mendapat tempias daripada artikel-artikel yang menyentuh emosi dan pemikiran masyarakat. Antara entri-entri saya yang mendapat autoriti sebegini adalah:
  • Entri-entri berkaitan dengan info GST - beberapa entri berkaitan GST yang telah menyentuh emosi dan perasaan sebahagian lebih 10 juta pengguna Internet di Malaysia. Sehinggakan ramai yang share entri-entri tersebut di laman sosial milik mereka - lebih 5.8K Likes/Shares di Facebook.
  • Entri mengenai masalah kredit dengan Courts - dua entri berkaitan masalah kredit dengan Courts. Ramai yang tinggalkan komen serta memberikan jalan penyelesaian kepada masalah berkaitan pengutip hutang Courts. Alhamdulillah, entri tersebut menjadi rujukan ramai orang dan lansung ia merupakan antara entri berautoriti berkaitan masalah kredit dengan Courts.

Itu adalah antara contoh-contoh entri yang jika ditulis dengan penuh hemah akan menjadi sebuah entri yang sangat berpengaruh. Ada banyak lagi entri-entri saya berkaitan masalah dan emosi masyarakat yang telah mendapat tempat yang baik, samada di enjin carian mahupun dari persepsi masyarakat.

Saya ingat lagi rakan-rakan blogger saya ada memberitahu:

"Bro, tadi jiran gua beritahu suruh baca blog lu tentang halal haram biskut terkenal kat Langkawi tu ..." - blogger A.

"Tuan Hasrul, tadi dalam group WhatsApp saya ada orang berikan link tuan, entri mengenai BR1M" - salah seorang pengiklan.

"Mak gua kenal Hasrul Hassan." - blogger Broframestone

Dijemput Bercerita Mengenai Bisnes Online

Baru-baru ini, saya telah dijemput oleh Kelab Keusahawan UKM bercakap mengenai Perniagaan Atas Talian. Setahu sayalah, saya bukanlah orang yang benar-benar layak untuk bercerita mengenai perniagaan atas talian, kerana saya tidak anggap bahawa saya mempunyai kejayaan yang besar dalam bisnes online ini. Tetapi, mungkin disebabkan perkongsian saya mengenai cara buat duit online telah menjadi rujukan ramai, maka saya diberikan kepercayaan untuk memberikan ceramah mengenainya.
Cara Blogger Mendapat Respect Masyarakat
Cara Blogger Mendapat Respect Masyarakat
Saya bukannya ada latar belakang akademik pun dalam bidang keusahawanan, jika nak dibandingkan dengan penceramah ramai yang memang pakar dalam bidang tersebut. Serius, saya rasa kerdil bila ada seorang penceramah perkenalkan diri sebagai seorang pensyarah dari Kelantan yang sering bercerita bab keusahawan ini.

Diri Saya Sebagai Blogger Untuk Mendapat Tempat di Hati Masyarakat

Inilah cara saya selama ini untuk mendapat tempat di hati masyarakat. Walaupun tidak terkenal dan popular seperti blogger hebat yang lain, tetapi alhamdulillah, saya nampak penulisan saya memberikan sumbangan kepada masyarakat. Biar masyarakat kenal blog saya atas sebab penulisan saya yang menyelesaikan masalah mereka, bukan kerana dek populariti berada di dalam majalah atau akhbar, atau keluar di kaca TV berulang-ulang kali.

Harta fizikal tak banyak, apa yang saya ada hanyalah ilmu dan pengetahuan tentang sesuatu. Kebolehan sendiri atas sebab saya pernah menjadi pegawai penyelidik banyak membantu saya di dalam penulisan di blog. Setidak-tidaknya, saya boleh kawal diri dari menulis sesuatu yang mencemarkan fakta-fakta yang telah dipersetujui.

Ada blogger tanpa wajah yang berjuang atas kebenaran menerusi medium ini. Mereka tidak popular, mereka tak jana income ribu-ribuan dengan blog, tetapi hasil penulisan mereka mendapat respect masyarakat. Adakah anda seperti mereka?

{ 10 comments.. read them below or add one }

asraff ruslan asraff ruslan May 01, 2015
ilmu yang tuan hasrul curahkan di blog ini memang berguna utk pengunjung-pengunjung di sini...
Yumida Huda Yumida Huda May 01, 2015
sampaikan info dgn berhemah, maka pembaca akan mendpt mesej positif hasil bacaannya
klo sebarkan info berapi, maka jadi berapi jugaklah pembaca
wah tahniah bagi ceramah bisnes online. moga dpt lbh byk tawaran. melalui blog tuan hh byk suntik sy sendiri nak jana income menerusi berblog
Ayuni Rafilah Ayuni Rafilah May 01, 2015
Penulisan blog yang menyampaikan mesej positif dan pengetahuan berguna secara berhemah juga menarik perhatian pengunjung.
hazman fadzil hazman fadzil May 01, 2015
Pada masa sekarang rasanya dah ramai juga rakan blogger yang mendapat kepercayaan jadi ahli panel atau balik talk untuk sesuatu topik / bidang.Mereka dah boleh terima kredibiliti kita dan ianya suatu penghormatan memang perlu dihargai.
ruggedmom ruggedmom May 01, 2015
Bila saya buat keputusan untuk hanya bercerita bersangkutan travel di blog niat saya biarlah dapat membantu serba sedikit orang yg nak pergi ke mana-mana tempat yang saya telah pergi. Paling koman pun dapat memberi motivasi kepada mereka ke mana-mana lokasi melalui gambar yang terpapar.

Ramai yang berani pergi sendiri tapi mungkin masih ramai juga yang memerlukan service group tour leader (saya lettew..hehee..) untuk ke lokasi-lokasi tertentu. Buat baik dibalas baik. Siapa dan bila terpulang kepada Allah.
sayaiday mohd nor sayaiday mohd nor May 02, 2015
Apa yang saya suka tentang Blogger Hasrul Hassan, tak pernah serik bagi ilmu. Hehehe, banyak jugak ilmu yang saya dapat di blog ni and pratikkan dekat blog sendiri. Terima Kasih HH :)
Illya Farhana Illya Farhana May 03, 2015
Blogger bro HH memg best...memberi ilmu yg bermanfaat utk kepentingan semua pembaca. Saya suka baca blog ini
Illya Farhana Illya Farhana May 03, 2015
Blogger bro HH memg best...memberi ilmu yg bermanfaat utk kepentingan semua pembaca. Saya suka baca blog ini
temokoren temokoren May 04, 2015
Banyak dapat maklumat dari bro. Terima kasih

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.