Pengalaman Ditemuramah Untuk Rancangan Nona TV3

Pengalaman Ditemuramah oleh Nona TV3. Serius. Saya tidak pernah terfikir pun akan diberikan kesempatan sebegini. Segalanya kerana sebuah cerita yang saya tulis di dalam blog. Dek cerita tersebut, saya telah dihubungi oleh Puan Emmi, Penolong Penerbit rancangan Nona TV3. Fuh, tak biasa masuk TV lagi, macam tak percaya pada mulanya. Ketar gak la bila dapat mesej menerusi Fanpage blog ini. Bertuahnya saya serta isteri diwawancara untuk sebuah program TV yang penuh prestij lagi glamor.

Program wawancara atau temuramah itu adalah untuk satu slot dalam segmen Nona bertajuk Reunion. Ianya telah pun bersiaran pada 21 Februari 2016. Saya memang tak beritahu ramai orang kerana masih lagi tak percaya bahawa diberikan kesempatan yang jarang dapat. Saya ada berikan hint di Facebook, tetapi segan nak kabo betul-betul .. haha ... bukan apa, kang kuar sikit je ... yoyor je lebih .... haha.

Pengalaman Wawancara Bersama Nona TV3

Pengalaman Ditemuramah Untuk Rancangan Nona TV3
Entri ini saya tulis adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak krew Nona TV3, khususnya kepada Puan Emmi, selaku penolong penerbit; Nur Natasya Azmi, wartawan yang interview kami, Encik Md Roslan Baharuddin selaku jurukamera, dan Encik Rosli yang hadir sebagai pengiring dan pemandu. Kami sekeluarga sangat berbesar hati dengan kehadiran mereka.

Berkongsi Kisah Mengenai Reunion Sekolah

Uhh macam tak pecaya. Bukan mudah untuk dapat peluang sebegini. Nona TV3 telah membolehkan saya dan isteri bercerita tentang kebaikan Reunion, dan memberitahu masyarakat bahawa reunion bukan sesuatu yang perlu dipandang negatif, al maklumlah dah banyak cerita tidak best diviralkan tentang reunion ini. Jadi, saya dan isteri berkongsi sesuatu yang baik - di mana jodoh kami dipertemukan hasil reunion sekolah menengah - Semesti (6th Batch) yang pertama.

Sebenarnya, kisah saya bertemu jodoh dengan isteri pernah saya ceritakan di dalam blog ini menerusi satu segmen blogger yang saya anjurkan. Ramai juga blogger yang ambil bahagian dalam segmen tersebut. Dan kerana salah satu post menerusi segmen itu, pihak Nona TV3 telah tertarik hati dengan kisah yang diceritakan, lalu ....

"Salam… Saya Emmy dari program NONA TV3 ada terbaca dalam blog tuan mengenai 'Kisah Aku Jumpa Isteri'. Sekarang ini kami sedang menyiapkan tugasan mengenai ‘Reunion’. Jadi, kami ingin menemubual Tuan suami isteri bagi melengkapkan tugasan ini. Kami amat berbesar hati sekiranya dapat pihak Tuan berkongsi cerita serta kebaikan ‘Reunion’ ini dalam rancangan NONA."

Itu adalah sebahagian mesej daripada Puan Emmi, yang telah dihantar kepada saya.

Isteri Tak Percaya ...

Apabila saya beritahu isteri bahawa pihak Nona TV3 nak interview kami, dia bagai tak percaya kata saya, seolah saya melawak. Yelah, mana mungkin kami ini boleh dipilih untuk sebuah segmen dalam rancangan yang sebelum ini pernah dikelolakan oleh Neelofa, Farah Fauzana dan Fouziah Gous. Dah dah tu pulak .. rancangan itu rancangan untuk wanita .. err ... 

Bila dapat tahu, dan confirm ... tungkus-lumuslah kami mengemas rumah. Abis semua perabut kami susun atur balik supaya nanti bersesuaian untuk masuk dalam TV. Uhh takkan nak tunjuk sawang atau sarung sofa yang dah lusuh ... kena bagi muka la sikit weihh .. hoho.
Pengalaman Ditemuramah Untuk Rancangan Nona TV3

Memang teruja. Isteri saya siap tanya kawan-kawan lagi bagaimana nak entertain rombongan krew Nona ni. Alhamdulillah, wawancara berjalan dengan sangat baik, dan sempat juga kami bertukar cerita dengan krew Nona yang datang. Seronok. Memang terbaiklah krew Nona ni .. huhuhu...

Ok. Rombongan krew Nona telah datang pada 10 Februari 2016, iaitu lebih kurang seminggu sebelum siaran. Anak sayalah yang mula sedar akan kehadiran mereka ...

"Abah .. tu TV3 dah sampai ..." sambil menunjuk ke arah sebuah kereta berwarna putih tertulis TV3.

Uhh apalagi, kelam kabut walaupun kami semua dah bersiap seawal jam 10 pagi. Isteri saya yang memang pandai memasak sempat siapkan hidangan terbaik Nasi Ayam untuk hidangan tengahari. Menu Nasi Ayam isteri saya memang special buat kami sekeluarga.

Wartawan Nona TV3 yang Cantik Manis

Saya disapa oleh wartawan si cantik manis, Cik Nur Nastaya Azmi dan juga pengiring Encik Rosli yang kacak. Selepas sedikit briefing, dan membuat beberapa adjustment untuk temuramah ...sesi rakaman pun bermula. Hahaha ... baru tau begini rasanya apabila ditemuramah dan mengetahui ia akan disiarkan di TV.

Memang berpeluh dibuatnya. Bukan hanya kerana perlu menjawab soalan yang ditanya, tetapi disebabkan oleh suasana rumah kami yang memang panas. Kipas tak boleh dipasang, dan pintu pula perlu ditutup. Segalanya itu dibuat agar penggambaran dan rakaman dapat berjalan dengan baik.

Telefon Berbunyi ...

Dan seketika di tengah-tengah penggambaran, ada telefon bimbit yang berbunyi. Haha ... terpaksa ulang semula. Sampai sekarang tak tahu siapa punya telefon yang berbunyi, anak saya syak ... nada telefon bimbit tu datangnya dari Encik Rosli yang ketika itu berada di luar rumah ... adeh.

Penggambaran berlangsung selama hampir sejam. Ada beberapa shot yang perlu diambil untuk menunjukkan aktiviti bersama anak-anak, selain shot untuk perlihatkan zaman kami muda-muda, zaman kahwin, gambar reunion sekolah. Walaupun tak banyak gambar menarik yang dapat dikongsikan, tetapi kepakaran Cik Nur Natasya bersama jurukamera Encik Roslan menjadikan segmen untuk Nona TV3 ini nampak 'sampai' maksudnya.

Makan Nasi Ayam Air Tangan Isteri

Sebaik sahaja habis penggambaran. isteri saya jemput semua krew Nona TV3 untuk makan tengahari. Sambil makan, sambil bertukar cerita menarik .... dan saya dapati Encik Roslan memang seorang yang sangat peramah. Mana tidaknya, kisah percintaan, kisah perkahwinana dia semua diceritakan. Memang menarik kisah Encik Roslan ni ... malah ada kena mengena dengan Reunion .. haha.

Manakala Cik Nur Natasya akan pendiam sedikit, tetapi tak susah nak memulakan bicara dengannya. Dengarnya akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi ... alhamdulillah, dan tahniah. Encik Rosli pula ... heh .. orang Perak rupanya .. kampung tak jauh pun dari kampung isteri di Parit, Perak. Kalau tengok dari gayanya, Encik Rosli ni kiranya orang lama yang banyak pengalamannya.

Berselera sungguh Encik Roslan dan Encik Rosli mengadap hidangan Nasi Ayam yang isteri saya buatkan. Nasi Ayam isteri saya ni memang marvelous. Kalau ada kawan-kawan yang datang dari jauh, pasti ini antara hidangan yang akan kami sediakan. Siap ada yang request lagi apabila bercadang nak datang makan tengahari di rumah kami.

Kereta TV3 Tak Boleh Dihidupkan

Di akhir pertemuan, nak dijadikan cerita .... ntah macamana, enjin kereta TV3 tidak boleh dihidupkan. Tanpa buang masa, saya kenalpasti punca .. almaklumlah dan terbiasa dengan keadaan seperti ini. Rupanya bateri kereta sudah tersangat lemah. Encik Rosli terlupa nak padamkan lampu waktu sampai ke rumah kami.
Nasib baiklah saya ada jiran yang merupakan tauke kedai bateri. Jadi, masalah dapat diselesaikan dengan baik. Siap tanya lagi ... "TV3 apa buat datang sini ...?" dan Encik Rosli sambut .. "Ini mau interview sama ini Datuk ..." hahaa.. amin.

Pengalaman Yang Akan Diingati Selamanya

Pertemuan singkat kami sekeluarga dengan krew rancangan Nona TV3 saya sifatkan sangat baik dan mesra. Walaupun awalnya agak awkward, namun sifat mesra krew yang hadir membuatkan pengalaman ini akan diingati selamanya, in Sha Allah.
Kepada rakan-rakan, pembaca, dan juga pengunjung yang tidak sempat nak menonton, saya kongsikan sedikit klip yang telah dikongsikan oleh rakan blogger Maszull di dalam instagramnya:

Boleh tengok sini sedikit sedutan rancangan nona ttu - Bro HH dalam Nona TV3

Dan kalau anda nak tengok versi penuh, boleh layari Tonton dan cari Nona TV3 Episode Enam.

Gambar Bersama Krew Segmen Nona TV3

Sedikit gambar untuk tatapan ....

Bergambar bersama krew Nona TV3
Bergambar bersama krew Nona TV3
Bergambar bersama krew Nona TV3
Bergambar bersama krew Nona TV3
Kepada rakan blogger yang sempat kongsikan beberapa gambar dan tag saya di Facebook, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Saya sendiri tak sempat nak rakam, dan ambil gambar .. sebab masih tak percaya bahawa saya dan isteri ditemuramah untuk rancangan Nona TV3 ... huhuhu

Ini merupakan antara penghargaan di mana penulisan saya disedari, dan perkongsian cerita saya memberikan impak yang bagus untuk masyarakat. Bukan mudah untuk menulis sebuah blog tanpa ada unsur sensasi ... apatah lagi untuk memberikan sesuatu yang positif pada masyarakat.

Saya harap lebih ramai blogger Malaysia akan kongsikan lebih banyak kisah, cerita dari pengalaman sendiri untuk dimanfaatkan oleh pembaca, dan pengunjung blog.

 Sekali lagi terima kasih pada Nona TV3 dan Media Prima.

{ 34 comments.. read them below or add one }

kennymerligal kennymerligal March 20, 2016
Makin femes HH lepas nie :))..tahniah and kipidap
me me March 20, 2016
hasil penulisan HH yang mantap berjaya memikat krew Nona TV3...terbaik!
Kim Chaa Kim Chaa March 20, 2016
Waah tahniah HH . Rasa bangga pulak bila dapat tahu HH masuk Tv :D
Junaidy Jaimi Junaidy Jaimi March 20, 2016
Tahniah bro HH, satu pencapaian yang memang layak untuk di ketengahkan dalam bidang penulisan blog yang berkualiti... tahniah, tumpang gembira
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 21, 2016
Terima kasih, ada blogger yang lebih baik dan hebat daripada saya.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 21, 2016
Erkk .. apapun terima kasih kerana masih berikan sokongan kepada blog ini.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 21, 2016
Saya memang tak sangka ia berpunca dari penulisan di blog ini.
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal March 21, 2016
Assalammuaalikum... bro HH,

tahniah ... bro semoga sukses dalam penulisan..dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

mselim3
Nor Afidah Bte Che Azmi Nor Afidah Bte Che Azmi March 21, 2016
Wah...baguihnya...tahniah abg HH
Fieza Sani Fieza Sani March 21, 2016
eh..HH ke..rasa saya ada tengok Nona masa segmen Reunion ni..laaaa..HH rupanya..haha
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah March 21, 2016
Awat bro HH tak bagitahu awal. Nak tengok juga. Pandai yea tak bagitahu orang awal-awal..
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit March 21, 2016
Ada gaya macam datuk sikit-sikit tu bro. ala..dah terlepas rupanya. Ingatkan minggu depan. Kalau tak boleh nak tunggu.
OhPanduan OhPanduan March 21, 2016
Nanti akan datang kalau masuk lagi jangan lupa bagitahu awal-awal juga yea. ;-)
At-Tarmizi At-Tarmizi March 21, 2016
wah...bestnya....tahniah HH .... ni yang tambah semangat jadi blogger ni =)
tarmizi tarmizi March 21, 2016
Kalau sy mesti da nangis terharu x sangka tv3 datang..
reezluv reezluv March 21, 2016
tahniah..dah boleh tinggi lagi rate card ni..ehehe
Cik Ash Cik Ash March 21, 2016
tahniah terbaik bro....
NIfz super NIfz super March 21, 2016
Waahh.. retis gitu.. tahniah2...
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 21, 2016
Hahaha.. retis la sangat. :)
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 21, 2016
Eh eh .. janganlah buat orang takut nak letak iklan kat blog aku ni .. hahaha
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 21, 2016
Hahaha.. seganlah nak beritahu orang. Nanti orang cap nak cari glamor la pulak.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 21, 2016
Hahahaha... anak saya yang dapat tempias ni bila cerita kuar TV.
OhPanduan OhPanduan March 22, 2016
Tak ada lah. Nak tengok juga. Nanti boleh promosi sikit. Mana tahu rezeki datang lagi lepas ni. :-)
Raihanah Ahmad Raihanah Ahmad March 22, 2016
tahniah tuan, makin femes la lepas ni, feeling retis kot. hihih
azzahairi sulaiman azzahairi sulaiman March 22, 2016
Tahniah tuan HH,

Dah blh jadi retis lah pasni...tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa tau..acece..haha
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 22, 2016
Haha .. tak mo lah. Dunia tu bukan dunia untuk saya ... :)
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 22, 2016
Hahaha.... retislah sangat ... ishh idaklah, biasa-biasa je .. ramai je blogger dah masuk TV .. siap yang jadi pelakon pun.
Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah March 23, 2016
wah bestnya tuan HH..saya teringin juga nak tumpang glamer gitu..in shaa Allah akan datang kot..
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 23, 2016
Hahaha... :) sebab dia tak tulis dan sebut bahawa saya seorang blogger .. :)
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 23, 2016
Tipsnya mudah - tulis sesuatu yang boleh berikan manfaat dan inspirasi .. pastu kena pastikan entri tu berada di first page atau second page enjin carian.
izzeyda izzeyda March 29, 2016
tahniah HH.. nampaknya lepas nih HH makin glamour laa..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.