Tahniah kepada blogger KakiMakan - MahaMahu.com atau Mahadi Mohamed Arifin kerana terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah #SBB2016 #MDecSBB2016 menunaikan umrah selama 15 hari 14 malam yang ditaja oleh SimplyUmrah. Kemenangan Mahadi disambut oleh blogger ini dengan rasa syukur dan linangan air mata kegembiraan.

Sesungguhnya saya sendiri sangat seronok dan gembira kerana Mahadi dipilih untuk menerima hadiah cabutan bertuah menunaikan umrah ini. Dari banyak-banyak hadiah cabutan bertuah yang ada semasa Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2016), hadiah inilah yang pada saya paling terbaik. Memang untung dan sangat bertuah Mahadi MahaMahu menang cabutan ini.

SBB2016 - Blogger Kaki Makan Menang Tunai Umrah Dalam Cabutan Bertuah

Kata rakan saya, rezeki Allah memang tidak salah tempat. MahaMahu, blogger #KakiMakan mungkin tidak menyangka, tetapi apa yang berlaku ialah beliau telah dipilih untuk berada di tempat yang suci dan menjadi idaman setiap mereka yang hadir ke SBB2016. Ini bukan pilihan orang atau komputer yang mencabut undi, tetapi ini adalah ketentuan Allah S.W.T yang memberikan jalan dan laluan untuk seorang blogger yang pada pandangan saya cukup baik, ramah, merendah diri dan disenangi ramai rakan blogger yang lain. Setuju?

MahaMahu.com antara blog terbaik dalam kategori blog review makanan dan restoran. Itu sebab blog ini berjaya merangkul kemenangan anugerah MSMW2016 dalam kategori Best Foodie Blog.

Air Mata dan Sujud Syukur

SBB2016 - Blogger Kaki Makan Menang Tunai Umrah Dalam Cabutan Bertuah
Air mata syukur blogger Mahadi Mohamed Arifin adalah air mata berharga, dan saya serta ramai lagi rakan blogger sangat gembira kerana beliau menang dalam cabutan bertuah tersebut. Nak-nak lagi apabila secara tiba-tiba, rakan blogger saya ini melakukan Sujud Syukur di atas pentas SBB2016!

Blogger ini tidak pernah lokek dalam memberikan sesuatu kepada orang lain. Dan kerana sifat memberi inilah, Allah S.W.T kurniakan rezeki ... menjemputnya untuk pergi ke Tanah Suci. Rezeki Allah S.W.T tidak pernah silap.
Tahniah MahaMahu.com aka Mahadi, anda layak untuk menang walaupun ia hanya satu cabutan bertuah untuk mereka yang rasa bertuah .... dan nyata, anda memang sangat-sangat bertuah.
Maafkan saya kerana memaparkan gambar anda mengalirkan air mata kesyukuran di SBB2016. Anda adalah contoh seorang blogger yang patut diteladani, sentiasa positif dan berusaha dengan sehabis baik untuk dunia blog Malaysia.

Berbeza dengan saya yang kembang kuncup hidung walau hanya menang cabutan bertuah sehelai T-Shirt dari Jopana.com. Dalam hati ada terdetik - "Ini je yang aku menang?" Itulah beza antara orang yang ada rasa syukur dengan tidak ... :)

Terima Kasih SimplyUmrah

Terima kasih kepada penaja #SimplyUmrah kerana memberikan peluang ini kepada blogger. Kami sangat menghargainya. In Sha Allah, andai telah ditentukan .. saya dan ramai lagi rakan blogger akan mendoakan blogger MahaMahu.com selamat pergi dan kembali dari Tanah Suci.

Tahniah juga buat rakan-rakan blogger lain yang berjaya membawa balik sesuatu dari Majlis Sepetang Bersama Blogger walau hanya beberapa keping gambar kenangan bersama Adi Putra, Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang mungkin tidak akan dicetak untuk dibingkaikan .. huhuhu... lalalalala.


9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tahniah buat blogger mahamahu.. sudah tertulis memang rezeki beliau pada hari tersebut.. gila tak menitis air mata, bendak yg kita tak jangka kan.. seronoknya! tumpang happy utk blogger mahamahu..

    BalasPadam
  2. memang bertuah MahaMahu...rezekinya hari tu di #SBB2016...tumpang gembira... :D

    BalasPadam
  3. rezeki Maha kan ;) kami meja 1 sama-sama nangis masa Maha nangis kat atas pentas..hehehehe..

    BalasPadam
  4. abg hasrul sok2 kita dpt jpa jgn lupa pakai baju jopana tu kita wefie..iols pun dpt tshirt tu gak..hahaha even bersyukur tp cam xpuas hati bhahahaha

    tahniah mahamahu!!

    BalasPadam
  5. Memang bertuah sungguh Maha Mahu ni, banyak hadiah dia dah menang tahun ni

    BalasPadam
  6. wah seronoknya...moga dapat umrah yang mabrur.

    BalasPadam
  7. Wahhh bestnya! Tahniah buat blogger yg berjaya tu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement