Alhamdulillah, Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2016) telah selamat selesai. Saya secara jujurnya sangat berpuas-hati kali ini dengan kehadiran ramai blogger Malaysia, malah blogger dari Indonesia juga ada yang hadir. Jika anda ikuti SBB2014 sebelum ini, saya pernah meluahkan rasa sehingga mendapat beberapa maklum balas positif dari pihak penganjur.

Itu cerita lama, tak perlu nak diungkit dah. Tapi yang pasti, penganjuran SBB2016 kali ini lebih meriah, lebih happening ... dan paling bagus, ramai blogger yang mendapat 1001 manfaat yang sukar untuk dapat di tempat lain. Tahniah pada team Denaihati Network diterajui oleh sahabat, yang juga idola saya iaitu Tuan Haji Amir Hassan.

Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2016) di Astro Awani

Majlis Sepetang Bersama Blogger Astro Awani
Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada semua penaja yang sudi menaja event SBB2016. Andai tidak kerana penaja-penaja ini, majlis ini tidak akan berjalan dengan kemeriahan yang super best. Dan terima kasih juga kepada Astro Awani yang sudi buat liputan dan rakaman SBB2016 yang mengumpulkan ratusan blogger.

Terima Kasih Penaja #SBB2016 #MdecSBB2016

Terima kasih kepada ...
  1. Multimedia Development Corporation (MDEC) – Penaja Utama
  2. Amna Home
  3. Richworks Academy
  4. Jopana
  5. Oceanlife Marketing (Ephyra)
  6. Zeeta Magis Aura Mawar
  7. Simply Umrah
  8. Les Copaque Production (Upin & Ipin)
  9. Asia Herbal Biotech Sdn Bhd
  10. Yeos Malaysia
  11. eQurban
  12. Jemaah Bisnis Denaihati
  13. Hadid Travel & Tours (Adi Putra)
  14. Firdaus Azizi Training & Consultancy
  15. AE Consultancy Services
  16. PenMerah Network
  17. Sohaini Cookies
  18. Jus Bob Nanas
  19. CVS Production
  20. Kotak Lensa
  21. Jam Tawaf Denaihati
Harapnya kesemua blogger dan rakan penggiat sosial media yang telah hadir SBB2016 sudi berikan support kepada penaja-penaja ini, setidak-tidaknya untuk LIKE page mereka di Facebook atau like entri yang telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Denaihati Network.

Video Liputan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB2016) #MDecSBB2016

Sekali lagi, terima kasih juga kepada pihak Astro Awani yang sudi merakamkan kemeriahan Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2016) kali ini, apatah lagi terdapat muka saya dalam paparan tersebut .. hahaha. Kepada rakan-rakan yang belum menonton, boleh tonton video yang telah dimuatnaik di YouTube di bawah.. tengok siapa yang anda mungkin kenal.


p.s: Peserta SBB2016 kali ni sunggu awesome la .. riuhhhh weihhh .. terbaiklah.

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. woww jealousnya lahaiii tak dapat datang. jealous jugak sebab tak dapat jumpa sifu HH :) good job #SBB2016 ! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang siapa yang dapat datang akan rasa seronok, jumpa real person kan ..

      Padam
  2. hoho memang terbaik #sbb2016 kalini. walaupun saya datang awal pagi, dan terpaksa meninggalkan majlis sebelum majlis bermula, tapi datang semula pada sebelah petang. still dapat rasakan bahang sbb kalini jauh lebih baik dari sebelum ini

    jumpa lagi di sbb akan datang

    BalasPadam
  3. seronok dapat sertai #SBB2016 nih.. terima kasih kerana memberikan ilmu di majlis tersebut..

    BalasPadam
  4. Inilah masalah kita yang jauh di pedalam ini. Langsung takde peluang nak ikuti program macam tu.

    BalasPadam
  5. WoW! awesome Astro Awani pun cover

    BalasPadam
  6. wah seronoknya.. tak pernah lagi dpt undangan bersama blogger..

    BalasPadam
  7. Seronok dapat jumpa anda. Perkongsian anda pun best. Salam Kejayyan selalu.

    BalasPadam
  8. Buat masa ni dapat baca perkongsian rakan2 yang join sbb pun sudah memadai.

    BalasPadam
  9. Setiap tahun ada saja pembaharuan yang dibuat oleh pihak DH ni untuk memanjangkan silaturrahim antara blogger

    BalasPadam
  10. Tahniah buat semua yang hadir . Kalian memang bertuah .

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement