Tahniah kepada rakan blogger yang tersenarai sebagai pemenang anugerah - Malaysia Social Media Week Awards 2016. Memang terbaiklah mereka yang menang. Bukan mudah nak menang anugerah ni memandangkan ia mengambil kira jumlah undi serta pemilihan oleh pihak juri.

Blog saya yang tersenarai dalam pilihan Best Blog of The Year MSMW2016 (calonkan diri) gagal untuk berada dalam kelompok hebat blogger-blogger ini. Tambahan lagi, saingan dalam kategori ini memang dasyat-dasyat belaka. Saya pernah tampilkan antara blog yang tercalon menerusi entri - Senarai Best Blog of The Year MSMW2016

Senarai Blog - Blogger Pemenang Awards MSMW2016


Jadi, tentu anda nak tahu siapakah dan blogger/blog manakah yang telah berjaya menggondol anugerah MSMW2016 kali ini?
  • Best Blog of The Year 2016 - www.pembina.com.my
  • Best Foodie Blog - www.mahamahu.com oleh Mahadir Mohamed Arifin
  • Best Lifestyle Blog - www.ruby.my oleh Rabiatul Adawiyah Zakaria
  • Best Travel Blog - www.runawaybella oleh Aliza Manap
  • Best Content Blog - www.cikguhailmi.com oleh Norhailmi Abdul Mutalib
  • Best Video Blog - www.youtube.com/user/pojiegraphy oleh Mohd Shahril Fawzy
  • Most Engaging Blog - www.kisahemasputih.com oleh Siti Aminah Idrus
  • Most Entertaining Blog - huseinrider.blogspot.my oleh Ahmad Husaini Mohamad
  • Promising Blog of The Year - www.viramon.com oleh Vocket Media

Amacam? Ada yang anda undi menang dalam kategori mereka tak? Saya secara amnya hampir mengenali semua yang tersenarai di atas ... dan ada antaranya pernah saya ketemui. Paling menarik perhatian saya ialah kategori Promosing Blog of The Year tu ...

Kalau anda nak tahu, ia merupakan sebuah blog himpuan artikel terbaru yang patut anda join sebagai komuniti, boleh hantar artikel blog anda untuk dipaparkan. Jadi, dengan kemenangan blog ini .. pasti akan menjadi perhatian ramai, maka ... uh .. pandai-pandailah fikir sendiri .. :P Dan tengoklah siapa empunya blog tu ... nama besar kot dalam dunia blog Malaysia .. hoho.

Tahniah kepada semua rakan blogger yang telah menang anugerah dalam MSMW2016 yang telah diadakan di Glass House at Seputeh yang dikhabarkan cantik tempatnya ...

Memang terbaiklah mereka ni .. salute salute .... moga bertambah maju jaya untuk tahun mendatang, in Sha Allah memberikan satu taraf terbaik untuk blogger Malaysia.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

29 Komen

zzz haritu nak undi denaihati.com last last tertekaan pembina.

Reply

sungguh acara yang sangat dinanti-nanti :) selamat untuk para pemenang, dan semoga yang belum beruntung selalu termotivasi :) saya selalu support (y)

Reply

bukan senang juga nak dapat nama dan reputasi seperti mereka..

tabik spring buat mereka ..

Reply

Ehh boleh macam tu ehh .. hahahaha

Reply

Memang hebat .... bukan mudah nak survive dalam dunia blog skarang ni

Reply

Rasanya list tahun ini, memang layak menang. All da best.

Jangan tertiba tahun depan, tutup blog he...23x

Reply

ada sebahagiannya YB biasa jengok blog, ada juga yang tak pernah tengok dan tak pernah tahupun kewujudannya :P.
Tetapi agak terkejut juga sebab ada blog YB undi tu.. tak berjaya pula.
Tahniah jugalah kepada mereka yang berjaya.

Reply

Undi adalah rahsia.Hihi..Apapun saya memang kagum dengan semua. Yang tak berjaya pun kalau tengok senarai pencalonan, bukan calang-calang bagi saya. Mungkin bukan rezeki tahun ini.Tahniah kepada semua.

Reply

tahniah kepada semua pemenang

Reply

tahniah kepada semua pemenang.. Eyda ada undi uzu daripada kisah emas putih..

Reply

iklan kacaulah. nak bukak page pun kena klik2 iklan... tunggu iklan hilang... aishh... letih bang!

Reply

tahniah semua pemenang dan peserta....

Reply

Taniah untuk pemenang...

Yang tidak berjaya boleh cuba lagi pada masa hadapan..

Yang tak pernah mencalonkan diri seperti saya ... Apa kata kita sama - sama cuba untuk penjenamaan ....

Reply

Ohh saya sedang buat ujian pengiklanan revenuehits - alternatif untuk adsense.

Reply

Yeap .. bagi orang2 yang ada duit, ada pengaruh tahu kewujudan blog kita.

Reply

Ok. Saya dah letakkan setting conditional tag dalam script. Hanya keluar pada post2 tertentu sahaja.

Reply

Tahniah buat semua yang menang. Hebat semuanya.

Reply

Blogger hebat. Tahniah kepada semua.

Reply

Banyak lagi nak kena buat jika nak sehebat mereka. Tahniah buat blogger yang menang.

Reply

tahniah kepada semua pemenang....boleh singgah ke blog mereka yang pelajari teknik penulisan...

Reply

Yer .. betul tu .. banyak benda leh belajar dr blog yang menang ni.

Reply

tahniah kepada semua pemenang. Kebanyakan saya tak pernah dengar..

Reply

Terima kasih bro... dan tahniah kepada semua pemenang lain.. Tahun depan giliran bro lak mana kita tahu kan...

Reply

Ya, mereka semua blogger yang bekerja keras untuk berjaya

Reply

Hmm kena selalu singgah la camtu .. hehehe

Reply

Ohh malas dah .. tahun ni tahun akhir kot

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.