Percutian Bermain Air di Gold Coast Melaka

Pernah sampai ke Gold Coast Melaka atau nama lebih tepat Gold Coast Malacca International Resort? Ia merupakan resort terbaru yang ada di Melaka, dengan berkonsepkan penginapan apartment dengan taman tema air. Tidak jauh bezanya dengan apa yang ada di Gold Coast Morib, Banting Selangor; ia merupakan resort yang menjadikan taman airnya sebagai tarikan utama.

Alhamdulillah, semasa cuti penggal persekolahan 2015, saya dan keluarga dapat merasai percutian di Gold Coast Melaka ini. Walaupun sekadar menumpang bilik apartment yang diberikan kepada adik ipar, tapi percutian 2 hari 1 malam di sini memang best. Nasib baik adik ipar menjadi salah seorang AJK penganjur untuk Hari Keluarga tempatnya bekerja, jadi dapatlah sebuah apartment dengan 3 bilik untuk merasai menginap di resort yang dianggap sebagai 4 bintang ini.

Percutian di Gold Coast Malacca International Resort

Percutian Gold Coast Melaka
Serius, kalau nak menginap di Gold Coast Melaka ni, memang kena buat tabungan khusus .... apatah lagi kalau anak-anak ramai nak bermain air... hoho ... kena lihat pakej penginapan yang ada, bukan semua akan dapat akses ke taman tema air yang disediakan. Kalau ada 2-3 orang anak .. in Sha Allah, tak ada masalah sangat, tetapi kalau ada lebih ... boleh pening juga kepala. Kena bayar weihhh .... tak bayar kalu nak masuk, silap kena halau .. mau malu ooo.

Jadi, kalau teringin nak merasai apa yang ada di Gold Coast Malacca International Resort ini, cuba cari pakej yang sesuai atau rembat sahaja promosi yang disediakan, contohnya seperti pakej promosi di bawah ini yang baru sahaja tamat ...
Harga pakej penginapan Gold Coast Melaka
Huhuhu ... amacam? Kami menginap di sini di apartment 3 bilik .. tengok berapa harga promosi tu .. RM418 ... hoho .. belum campur dengan harga tiket tambahan untuk ke taman tema air - ada akses percuma diberikan tetapi terhad rasanya - 2 dewasa, 2 kanak-kanak kot .. kalau lebih, memang kena beli.

[Baca] Harga Bilik dan Promosi Gold Coast Malacca Resort untuk 2016

Cuma yang bestnya ialah .. anda boleh main air sampai jam 12 tengah malam ... fuh .. memang kecut segala bendalah kalau dari pagi sampai ke malam dok berada dalam taman tema air Gold Coast Melaka ini. Lagi-lagi kalau pekena jakuzi ... hoho.

Baru Buka 2 Bulan - Setelah Diambil-Alih Gold Coast

Ok, kalau diikutkan, tempat ni dah lama wujud di Melaka. Cumanya sebelum ini tidaklah berapa dikenali. Tetapi setelah pihak Gold Coast ambil alih dan menjadikan tasik yang ada sebagai taman tema air, barulah ramai yang datang menginap di sini. Semasa saya dan keluarga bercuti di sini, tempat ini baru sahaja kira-kira 2-3 bulan dibuka untuk orang ramai.
Tarikan utama ke Gold Coast Malacca International Resort
Masih banyak kerja penyelenggaraan, ubahsuai serta pembinaan sedang dilakukan. Malah, taman air yang ada pun baru dalam 70 peratus siap. Apa yang ada adalah sebuah kolam air berombak, kolam renang/mandi dewasa, jakuzi awam, serta sebuah lapangan kolam air untuk kanak-kanak.

Kapal Perang Laksamana Cheng-Ho

Antara tarikan utama selain taman tema air yang ada ialah replika sebuah kapal perang zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia menjadi signature atau mercu tanda kepada Gold Coast Melaka ini. Anda boleh lihat kapal ini dengan jelas ketika memasuki ruang lobi, dan pasti mengaguminya.
Percutian ke Gold Coast Malacca International Resort
Gold Coast Melaka atau Gold Coast Malacca International Resort ini menawarkan penginapan berorientasikan famili. Bilik-bilik apartment yang tersedia memang luas serta selesa. Walaupun masih banyak fasiliti yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan, tetapi keadaan bilik cukup memuaskan. Bukan sahaja boleh memuatkan dua tiga keluarga dalam satu-satu masa, malah lebih. Jadi, jika mahu bajet ... pandai-pandailah ajak ramai kaum keluarga dan kongsi menginap di resort ini.

In sha Allah, di lain post saya akan kongsikan gambar bilik apartment menunjukkan keadaan sebenar yang ada di Gold Coast Malacca Resort International ini, yang anda akan nampak sedikit berbeza kot dengan apa yang dikongsi di Facebook Gold Coast Melaka ini .. huhuhu...

Apapun enjoice beberapa gambar yang telah saya ambil semasa bercuti di sini. Oh ya, anda mungkin akan jumpa gambar saya dengan anak-anak dalam satu majalah berkaitan percutian ini ... cuma ia hanya diterbitkan untuk pelancong China sahaja .. hahahaha...

Percutian ke Gold Coast Malacca International Resort
Percutian ke Gold Coast Malacca International Resort
Percutian ke Gold Coast Malacca International Resort
Percutian ke Gold Coast Malacca International Resort
Percutian ke Gold Coast Malacca International Resort
Percutian ke Gold Coast Malacca International Resort
Percutian ke Gold Coast Malacca International Resort
Percutian ke Gold Coast Malacca International Resort



4 comments.. read them below or add one

Zulkarnai Harun Ar Rashid Zulkarnai Harun Ar Rashid March 06, 2016
Mahal tak tiket masuk sini.....
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 09, 2016
Dewasa RM20 kalau tak silap
meriani wan meriani wan March 13, 2016
Assalamualaikum, saya cek kat internet takder harga tiket dlm blog pun tiada
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 13, 2016
W'aalaikumsalam. Memang tak ade, sebb dia selalu dalam pakej promosi, boleh tgk di laman web berikut - https://www.goldcoastresort.com.my atau hubungi booking Hotline :06-2352888

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.