Pernah atau tidak anda menggunakan servis membeli tiket bas secara online? Jika anda belum ada pengalaman mengenainya, saya fikir elok anda baca apa yang bakal saya kongsikan ini. Ia berkaitan pengalaman sebenar salah seorang pengguna perkhidmatan ini.

Perkongsian ini akan membandingkan antara 3 perkhidmatan beli tiket bas secara online yang mula mendapat tempat di Malaysia. Tiga syarikat yang menyediakan servis ini ialah Easybook, CatchThatBus dan juga BusTicketOnline.

Beli Tiket Bas Online - Mana Satu Pilihan Terbaik?

Perkongsian ini adalah untuk bantu anda memilih servis terbaik bagi membeli tiket bas secara online .. Pastikan anda menjadi pengguna bijak ..
Beli Tiket Bas Online

Sebagai seorang pengguna bas tegar saya berasa sangat bersyukur kerana terdapat banyak pilihan perkhidmatan untuk membeli tiket secara online. Persaingan syarikat-syarikat seperti Easybook, Busonlineticket dan Catchthatbus sememangnya memanfaatkan pengguna seperti saya ini. Dari masa ke semasa terutamanya ketika masa dekat dengan musim perayaan, saya akan terima promosi dalam email. Ingat lagi perjalanan saya ke kampung halaman di Melaka dengan bas Plusliner diberi potongan setinggi 50%.

Saya akan memberikan review terhadap syarikat-syarikat yang pernah saya langgan. Bermula dengan Easybook.

Easybook

Easybook merupakan syarikat pertama yang saya cuba dan pembelian pertama saya seawal zaman persekolahan lagi. Kelebihan Easybook.com ialah laluan yang pelbagai dan pilihan pengusaha bas yang banyak. Ia amat membantu bagi seorang pengguna yang gemar mencuba bas yang berlainan. Namun saya berhenti melanggan Easybook kerana terdapat kejadian yang tidak diingini berlaku. Berfikir balik, saya terpaksa menaiki bas keesokan hari dan sehari cuti terkorban akibat seorang staff tersilap tempah tiket.

BusOnlineTicket

Seterusnya saya cuba BusOnlineTicket.com. Saya suka fungsi daftar dan login di laman mereka. Setiap kali cuti semester, kebiasaannya saya membeli bas tiket untuk ke kampung, dan sudah semestinya saya tidak ingin berulang untuk mengisi info-info yang melecehkan.

CatchThatBus

Kegemaran saya sebenarnya ialah CatchThatBus. Bagi saya syarikat ini mempunyai 'taste' dan standard yang tersendiri. Ia dapat dilihat dalam penyediaan customer service mereka sehingga ke larut malam. Teringat ada satu masa, kira-kira pada pukul 10 malam, saya mengalami kesulitan di TBS dan mengalami kehabisan kredit telefon bimbit untuk menelefon kepada sesiapa untuk bantuan. Mujurlah dengan wifi di TBS saya sempat bercakap dengan customer support melalui laman CatchThatBus dan masalah saya dapat diselesaikan.

Saya kerap menggunakan aplikasi IOS CatchThatBus. Ia sebuah aplikasi pantas dan sangat mesra pengguna. Dengan 4 langkah anda sudahpun boleh dapatkan salinan tiket bas dalam email, jadi masa pembelian sebenar adalah kurang daripada seminit.
Tengok review yang diberi pada laman playstore pun boleh tahu app catchthatbus betul-betul digemari ramai.

Tawaran Menarik Menerusi Aplikasi CatchThatBus

Saya sering terima tawaran diskaun melalui pemberitahuan melalui aplikasi CatchThatBus. Oleh demikian kini saya lebih gemar berjalan dengan menggunakan bas berbanding dengan kapal terbang. Bayangkan perjalanan dari KL ke Singapura ulang balik tidak lebih daripada seratus ringgit!
....
Ok, begitulah review ringkas yang diberikan oleh salah seorang pengguna yang telah mencuba ketiga-tiga laman web untuk beli tiket secara online. Daripada apa yang disampaikan, anda boleh agak mana satu perkhidmatan terbaik untuk mendapatkan tiket bas secara online ni ...

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan.



7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nampak sangat saya ni dah lama tak naik bas. Maju sekarang tak payah susah-susah gi terminal.

    ReplyDelete
  2. semua perkara online..baguslah memudahkan kita buat kerja

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak naik bas awam. Bagus juga dah ada online, tak perlu berpusu2 berebut tiket kat kaunter yang sesak dan panas...

    ReplyDelete
  4. saya dah lama beno tak naik bas, tapi aplikasi ni memang sesuatu yang bagus untuk memudahkan orang

    ReplyDelete
  5. tak tahu pulak boleh beli secara online

    ReplyDelete
  6. Feb 2016 - booked tiket bas Kajang ke Kuala Perlis melalui Easybook . perjalanan kami ke langkawi, utk menghadiri mesyuarat pibg di sekolah anak. bila tiba di Kajang, kami dmaklumkan, bas overbooked! tiada seat utk kami. masalah teknkal antara pengusaha bas & sistem online. frust!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement