Tak sangka artikel saya mengenai Rockbund Fishing Chalet telah menjadi pilihan untuk diterbitkan di dalam akhbar Utusan Malaysia. Artikel tersebut telah dikeluarkan dalam sisipan Citra Orang Muda, Utusan Malaysia pada 19 Mac 2016.

Artikel tersebut memang 100 peratus dari blog saya tanpa sedikit pun diubah. Jadi, satu kebanggaan dan pencapaian yang manis untuk diri saya sebagai blogger sepenuh masa. Dan saya difahamkan, artikel tersebut dipilih kerana muncul di halaman pertama enjin carian Google Malaysia. Tak sia-sia saya belajar mengenai SEO (Search Engine Optimization). Anda boleh tengok hasil carian tersebut di sini - Rockbund Fishing Chalet.

Artikel Diterbitkan Dalam Utusan Malaysia

Artikel Diterbitkan Dalam Utusan Malaysia
Ia bukan pertama kali berlaku, kisah saya muncul di progam Nona TV3 juga disebabkan oleh artikel saya yang muncul di enjin carian. Anda boleh baca pengalaman manis saya ditemuramah oleh wartawan Nona TV3 di sini -  Pengalaman Mengujakan Ditemuramah untuk Program Nona TV3

Alhamdulillah, perkongsian cerita saya telah mendapat tempat dan juga penghargaan. Bukan mudah untuk muncul di dalam akhbar walaupun sebenarnya ada cara untuk blog anda dipilih untuk diterbitkan dalam akhbar. Saya ada ceritakan dalam post ini - Tips Blog Dipaparkan Dalam Blog Pilihan Utusan Malaysia

Blogger sekarang sudah ada pengaruh yang besar, terutama untuk meningkatkan jenama dan juga bisnes. Itu sebab akhbar di aliran perdana pun akan minta servis dari blogger. Malah, ada beberapa orang blogger Malaysia yang telah berjaya menempatkan diri dalam arus media perdana terutama media cetak sehingga diberikan ruang terbaik mempunyai kolum sendiri.

[Baca] Rahsia Kejayaan Seorang Blogger Sebenar

Terima kasih kepada wartawan Utusan Malaysia yang sudi menerbitkan blog post saya itu di dalam ruangan Citra Orang Muda. Tetiba rasa diri sudah menjadi semakin remaja ...huhuhu
 

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

7 Komen

wah tahniah! dah lama giler saya tak beli surat khabar hehe

Reply

tahniah, lama tak baca utusan malaysia..

Reply

Semakin dikenali ramai blogger otai HH, TAHNIAH!

Reply

Ishh derang tak heran pasal blog saya .. yang derang nak tahu adalah pasal Fishing Chalet tu

Reply

Hahaha.. samalah .. terpaksa beli sbb diberitahu artikel masuk akhbar

Reply

Seronoknya.. (Apasal artikel aku "tips naikkan berat badan" tak masuk Utusan?) T__T

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.