Langkau ke kandungan utama

Tips Blog Dipaparkan Blog Pilihan Utusan Malaysia

Semakin hari semakin ramai blogger dan blog yang dipaparkan di dalam akhbar harian. Ada yang mungkin tak tahu, ruangan seperti itu sebenarnya terbuka untuk mana-mana blogger di Malaysia. Ya, ia peluang yang terbuka untuk semua blogger, asalkan kena tahu apakah kekuatan blog dan yakin bahawa blog boleh pergi jauh dalam dunia blog Malaysia.

Salah satu akhbar harian tempatan yang berikan tempat untuk blogger diketengahkan ialah akhbar Utusan Malaysia. Ramai dah blogger yang berjaya sudah dapat tempat di ruangan tersebut. Utusan Malaysia telah sediakan satu platform atau ruangan khas iaitu ruangan blog pilihan yang disiarkan setiap hari Sabtu.

Tips Blog Dipaparkan Blog Pilihan Utusan Malaysia

Tips Blog Dipaparkan Blog Pilihan Utusan Malaysia
Saya lihat kebanyakkan blog dan blogger yang dipaparkan di dalam ruangan tersebut adalah blogger remaja yang sering menjadi perhatian ramai. Jika anda seorang blogger remaja, mahu mendapat promosi percuma ini bolehlah ikuti tips yang saya sediakan ini.

Bagaimana mahu blog anda dipaparkan di dalam ruangan blog pilihan Utusan Malaysia?

Kriteria Masuk Ruangan Blog Pilihan Utusan Malaysia Dot Com

Sebenarnya tak susah mana. Namun, sebelum anda meneruskan langkah untuk menjadi popular di akhbar harian Utusan Malaysia, anda seharusnya memastikan blog anda sudah cukup syarat berikut:
  • Blog sudah berada lama di dalam dunia blog Malaysia.
  • Blog sudah punyai banyak artikel dan entri menarik.
  • Blog punyai ciri-ciri unik yang boleh diketengahkan dan dibezakan dengan blog lain.
  • Sudah ada pengikut yang cukup baik (tak perlu ramai, tetapi satu kelebihan untuk blog yang ada ramai pengikut).
  • Ada penampilan niche tertentu di dalam anda.
Tips Blog Dipaparkan Blog Pilihan Utusan Malaysia
Ok. Jika anda sudah buat semakan, bolehlah anda meneruskan niat murni anda untuk menjadi blogger yang dikenali seluruh Malaysia.

Berminat blog ditampilkan di ruangan blog pilihan Utusan Malaysia?

Jika berminat, anda hanya perlu email ke alamat email berikut: azrinmuhammad88@gmail.com dan nyatakan bahawa anda mahu blog dipaparkan di ruangan Blog Pilihan bahagian Dot Com Utusan Malaysia. In Sha Allah, ada rezeki, pihak terbabit akan hubungi anda untuk butiran lanjut.

Daripada apa yang saya tahu, mana-mana blogger yang terpilih akan dihubungi untuk satu temuramah ringkas, mungkin juga untuk sessi fotografi.

Terima kasih kepada blogger Uzu yang kongsikan tips ini kepada semua. Uzu atau Emas Putih dah beberapa kali diberikan peluang masuk dalam akhbar serta majalah. Untung dapat masuk akhbar dan majalah ni, sebab ia cara antara paling senang untuk blog diketengahkan dan jadi popular. Hoho .. untung-untung leh jadi model atau pelakon ....

Ini peluang untuk blogger terutama blogger remaja menyerlah. Apa lagi? Silalah hubungi email yang saya sertakan tadi. Semoga berjaya.



Kredit Foto: HazmanFadhil.com dan Tengkubutang.blogspot.com

p.s: Saya masih lagi belum layak untuk diketengahkan seperti ini .... lagipun dah tua-tua ni rasa dah tak sesuai untuk tampil dalam ruangan blog pilihan atau segala bagai.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. blog saya pun rasanya masih tak layak untuk diketengahkan..tapi impian untuk masuk paper tu ada la..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa tidak mencuba? Manalah tahu kan ...

      Padam
  2. Terima kasih.maklumat yang sangat berguna.

    BalasPadam
  3. saya lum layak. mgkin sebab lom ada keunikan kot.

    BalasPadam
  4. tgok kn situasi semasa tak layak lgi blog ambo nk msuk UM. Tp ruang yg dsediakan oleh UM perlu dimanfaatkn oleh blogger. :)

    BalasPadam
  5. Menarik tu. Tapi, rasanya CN belum layak nak ketengahkan blog CN dalam surat khabar. Mungkin perlu lebih masa untuk update entri-entri menarik :) In shaa Allah suatu hari nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Tak siapa tahu, tapi boleh je mencuba ...

      Padam
  6. Gua teringin blog sukan gua featured dlm suratkhabar ni... blog personal gua x nak

    BalasPadam
  7. Ni blog personal gua yg gua rasa x perlu featured kat utusan..kalau blog sukan mcm sembang sukan dot com...ok..mmg gua nak sgt. Tapi blog sukan gua tu baru sgt..

    BalasPadam
  8. Column Utusan memang menjadi penggalak motivasi untuk semua blogger untuk terus lebih berusaha

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    BalasPadam
  9. mmm...menarik. Tapi masih ingin menulis di belakang tabir.

    BalasPadam
  10. Wah..cepat-cepat la contact kepada yang berminat nak masuk Utusan tu..

    BalasPadam
  11. Siapa kata bro tak layak, dgn tip blogspot Malaysia dan Pakar SEO Malaysia membuat ramai yg gerum dan kagum.

    BalasPadam
  12. Samalah kita... Anak-anak pun dah besar cuma jiwa yang muda...

    BalasPadam
  13. walaupun saya ni dah berblog agak lama,namun tak layak rasanya untuk masuk surat khabar ~bloggerbooom~

    BalasPadam
  14. walaupun saya ni dah berblog agak lama,namun tak layak rasanya untuk masuk surat khabar ~bloggerbooom~

    BalasPadam
  15. ramai blogger dah glemer macam artis sekarang ni...kadang2 ada yang mengalahkan artis...punyalah pemes...satu perkembangan yang baik

    BalasPadam
  16. wahh kalau cuma satu kampung i glamour hahhahaa terkejut mak n mertua di kampung

    BalasPadam
  17. Saya pemalu... Kih kih kih

    BalasPadam
  18. Lepas ni, den pun nak target blog den keluar kat paper gak.

    BalasPadam
  19. boleh la masukkan blog moto busuk aku neh huhu

    BalasPadam
  20. blog hasrul hassan apa kurang nye..terbaik

    BalasPadam
  21. walaupun umur blog dah sebaya budak tadika, tapi masih rasa belum layak untuk femeskan diri dalam akhbar... bagi chance blogger2 lain dulu......

    BalasPadam
  22. HH pun boleh masuk masih remaja dan pengikut ramai

    BalasPadam
  23. Ini suatu peluang yang sangat menarik untuk mengetengahkan bakat kita dalam dunia blogging ni terutama kepada pencinta-pencinta blogging dunia maya ni...Makin popular lah blog apabila diwartakan dalam surat khabar dan yang paling penting ianya PERCUMA pulak tu...thanks admin di atas perkongsian info yang sangat menarik ni...

    BalasPadam
  24. Owh mcm tu... sangat bagus untuk blogger yg memang layak. Kita harus mencuba sifu... Cubalah sifu. Blog mereka memang hebat. Blog sifu pun apa kurangnya... Banyak sungguh sy belajar dr blog sifu ni :)

    BalasPadam
  25. Sifu HH merendah diri. Tapi saya rasa blog ni memang dah lagak sangat! Dengan pelbagai tips didalamnya.

    BalasPadam
  26. Saya dah tak remaja lagi. Teringin tapi segan. Boleh tak agaknya kalau gambar blogger tak diketengahkan?

    BalasPadam
  27. tuan tak perlu masuk paper..nama dah gah dalam carian utama google

    BalasPadam
  28. ohh..

    macam gitu rupanya ye..

    BalasPadam
  29. terima kasih sifu , perkongsian yg sangat bermanfaat. Jazakallah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…