Dilemma Pengusaha Bas Ekspress Parit Buntar

Hari tu saya berkesempatan untuk bersembang santai dengan seorang pengusaha bas ekspress di Parit Buntar. Banyak juga cerita yang saya dapat daripada seorang akak yang mengendalikan servis dan perkhidmatan bas ekspress di Stesen Bas Parit Buntar. Saya secara peribadi dapat merasakan dilemma yang ditanggung oleh pengusaha bas ekspress di pekan kecil Parit Buntar yang dikenali seMalaysia kerana Pasar Kemboja.

Saya memang menadah telinga mendengar, nak menyampuk memang tak ada pengetahuan khusus. Apa yang diceritakan kepada saya memang tak pernah saya tahu pun sebelum ini. Rata-rata yang hadapi masalah ialah pengusaha Bumiputera. Sukar nak bersaing dengan tauke-tauke cina yang ada banyak 'sumber' kewangan untuk tampung kos operasi bas ekspress yang semakin meningkat.

Dilemma Pengusaha Bas Ekspress Parit Buntar

Dilemma Pengusaha Bas Ekspress Parit Buntar
Mungkin ada yang tidak tahu, bas ekspress yang berjadual tetap bukanlah sesuatu bisnes yang menguntungkan buat masa ini, terutama di waktu nilai wang ringgit yang tidak begitu kuat. Harga banyak barangan spare-part bas ekspress sudah jauh berbeza berbanding beberapa tahun dahulu.

Bas ekspress yang berjadual tetap ini tetap beroperasi walaupun kadangkala bas tiada penumpang. Nak tak nak, ada pengusaha yang menggunakan cara dan teknik yang tidak diperakui oleh undang-undang dan peraturan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat).

Penumpang Diturunkan - Dan Dipindahkan Untuk Jimat Kos

Selalu berlaku, bas ekpress menurun dan mengambil penumpang di tempat tidak sepatutnya seperti di tol lebuhraya, hentian rehat dan perhentian bas. Pemandu akan bertukar penumpang dengan penumpang bas ekspress yang lain - jadi dengan ini menjimatkan kos untuk pergi ke laluan atau destinasi yang hanya ada satu atau dua orang penumpang bas sahaja.
Dilemma Pengusaha Bas Ekspress Parit Buntar

Berapa Keuntungan Pengusaha Bas Ekspress?

Kebanyakan pengusaha bas ekspress di Parit Buntar adalah jenis chartered atau pajak. Mereka akan pajak sebuah bas mengikut jumlah tempat duduk. Katakan sebuah bas ada 40 tempat duduk, dan setiap tempat duduk itu adalah berharga RM10 (mengikut destinasi) maka modal sebanyak RM400 perlu dikeluarkan terlebih dahulu. Pengusaha bas ekspress kemudiannya akan menjual tiket ke destinasi tertentu mengikut laluan yang telah ditentukan atau dilesenkan kepada bas ekspress yang dipajak.

Katakan bas ekspress tersebut bertolak dari Parit Buntar ke Ipoh. Harga tiket akan diletakkan dalam RM15 untuk satu perjalanan. Jadi, kalau ikut harga pajakkan tadi, andai kata semua tempat duduk dipenuhi, maka mereka akan mendapat jualan tiket sebanyak RM600. Ditolak dengan kos pajakan, maka untung kasar yang akan diterima adalah sebanyak RM200.
Dilemma Pengusaha Bas Ekspress Parit Buntar
Itu belum ditolak dengan kos minyak dan tol bas, belum lagi ditolak dengan kos sewa booth tempat jual tiket, belum ditolak dengan bil elektrik, bil telefon, atau bil internet. Gaji pekerja lagi ... dari RM200 itulah dibahagi-bahagi ...

Harga tiket pula bukan boleh ditentukan sesuka hati oleh pengusaha bas ekspress. Sekali lagi, mereka terikat dengan peraturan SPAD.

Penumpang Mengadu Pada SPAD, Pengusaha Hadapi Masalah

Apabila sesuatu berlaku, penumpang akan mengadu pada SPAD .... dan pengusaha bas ekspress ini terpaksalah menjawab. Tetapi, apabila pihak pengusaha bas ekspress ada masalah ... siapa mereka nak mengadu??

Banyak perkara yang dah masuk ke dalam kepala otak saya berkaitan masalah dan dilemma yang terpaksa ditanggung oleh pengusaha bas ekspress ini, terutama sekali di Stesen Bas Parit Buntar.

Apa yang boleh saya tolong hanyalah bercerita di dalam blog ini agar ada pihak yang akan faham akan masalah yang dihadapi, terutama sekali pengusaha bas ekspress Bumiputera.

Kita ada banyak syarikat bas ekspress bumiputera yang besar-besar, namun andai apa yang berlaku sekarang tidak ditanggani dengan sebaiknya, kemungkinan syarikat besar ini akan bungkus dan makin sukarlah untuk rakyat marhein mendapatkan perkhidmatan bas ekspress.


0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.