Segmen Bloglist Blogger Baru Sempena Maal Hijrah 1437. Saya sudah pun menukar template baru sempena kehadiran Tahun Baru (Maal Hijrah) 1437H. Dan untuk meraikan kedatangan tahun baru Hijriah ini, saya ingin mengadakan satu segmen mudah. Segmen ini dinamakan Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H.

Menerusi segmen mudah ini, saya membuka peluang untuk blogger Malaysia terutama sekali blogger baru untuk memperoleh tempat dalam bloglist yang saya sediakan di sidebar. Walaubagaimanapun, senarai blog baru yang dapat ditempatkan adalah terhad, jadi peluang ini diberikan atas dasar siapa cepat dia dapat ....

Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H

Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H
Untuk membolehkan blog anda berada di dalam bloglist, anda perlu melengkapkan syarat di bawah.
  1. Masukkan blog ini di dalam bloglist anda.
  2. Follow blog ini menerusi Google Plus (https://plus.google.com/+Hasrulhassan) dan klik +1. 
  3. Buat satu entri khas bertajuk 'Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H' dan tampal atau letakkan banner segmen ini di dalam entri tersebut. Pastikan ia link ke entri ini. Anda juga boleh salin tampal kod HTML yang disediakan di bawah dan masukkan ke dalam entri blog anda.
  4. Setelah anda publish entri penyertaan, sila tinggalkan URL/Permalink di ruangan komen entri ini. Pastikan bahawa anda telah login ke akaun Google untuk akses ruangan komen.
Segmen ini terbuka untuk blog dan blogger baru sahaja. Jika anda merasakan anda tergolong dalam kategori blog dan blogger baru, saya alu-alukan untuk menyertai segmen ini.

Kelebihan Menyertai Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H

Apa kelebihan anda sertai segmen ini?
Ok. Blog anda akan terima backlink percuma dari blog ini secara tidak langsung. Anda juga berkemungkinan dapat 'berkongsi' trafik dengan blog ini yang secara puratanya menerima lebih daripada 10,000 pageviews setiap hari. Dan ada hari-hari tertentu mendapat lebih daripada 30-40K pageviews sehari. Anda boleh lihat di Statistik Blog

Ini juga adalah satu peluang untuk anda menerima kehadiran sahabat-sahabat blogger yang menyertai segmen ini. Saya akan senaraikan blog yang menyertai segmen ini sebagai memudahkan proses blogwalking dan juga untuk membina ukhwah baru sesama blogger Malaysia.

[Baca] Kalendar dan Takwim Hijriah 1437/1438 2016

Semoga segmen ini dapat sambutan yang diinginkan. Tempat adalah terhad, saya mungkin buka untuk 30, 50 atau 100 blog sahaja. Jadi, pastikan anda ambil peluang yang jarang sekali saya berikan ini.

Tarikh akhir untuk menyertai segmen mudah ini adalah pada 16 Oktober 2015.

Saya juga ingin mewar-warkan bahawa saya sedang menjalankan Giveaway #JomBeramal menerusi Instagram saya. Follow segera untuk berpeluang menang hadiah wang tunai sehingga RM100 setiap seorang. Syarat dan terma ada dinyatakan di sini - Giveaway #JomBeramal

Selamat bersegmen.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement