Ada yang tanya saya, "Tuan ada tak menulis ebook cara buat duit dengan blog?". Nampaknya ramai lagi yang tidak tahu cara buat duit dengan blog walaupun sudah saya ceritakan berkali-kali, dan tunjukkan caranya. Mungkin sebab apa yang saya tulis tu berterabur dan tidak organize, maka mungkin mereka sukar nak faham.

Saya akui, adakala perkara yang saya nak sampaikan menerusi blog tidak tersampai pada golongan sasaran, yang benar-benar mahu tahu. Saya ni serabut sikit orangnya, lebih suka santai menulis bila idea dan mood itu datang. Ini perangai buruk saya sebenarnya .. haha.

Ebook Cara Buat Duit Dengan Blog

Ebook Cara Buat Duit Dengan Blog
Ada ke ebook yang memberitahu cara dan memberikan panduan untuk buat duit dengan blog? Hoho .. memang ada, dan saya pernah kongsikan beberapa kali di dalam artikel-artikel sebelum ini menerusi Tips Buat Duit Online.

Antara artikel yang popular ialah entri Cara Dapat Income Dari Blog. Dan entri ini, alhamdulillah berjaya berada di ranking terbaik Google sejak ia ditulis, dan pernah beberapa kali berada di kedudukan rank #1 Google Malaysia.

Gunakan Pendekatan Mailing-List Untuk 'Ajar' Blogger Buat Duit Dengan Blog

Pernah saya cuba gunakan pendekatan mailing-list untuk 'mengajar' blogger untuk buat duit dengan blog, tetapi itulah ... saya ni bukannya rajin sangat nak create satu persatu modul; walaupun saya suka menulis ... pelik? Haha .. tapi itulah saya .. saya dah cuba nak menyampaikan tetapi saya gagal dalam teknik yang mungkin berjaya pada orang lain.

Saya Bukan Penulis Ebook Yang Bagus

Saya tak tulis ebook. Sebenarnya, saya pernah tulis satu waktu dahulu (sekitar tahun 2007/2008), dan praktikkan teknik pemasaran - 'bagi benda free untuk buat sale'; dan alhamdulillah, saya berjaya ketika itu. Masa tu saya gunakan ebook untuk mendapatkan sales dan juga 'ahli' untuk satu program jana income menerusi telefon - satu bisnes MLM. Dan itu adalah kali terakhir saya tulis ebook, dan jadikan ia sebagai alat untuk saya buat duit secara online.

Sehingga entri ini ditulis, saya belum lagi hasilkan apa-apa ebook. Itulah satu-satunya ebook yang saya tulis 100% ... yang saya sendiri dah lupa nama tajuk ebook tersebut .. hahahaha...

Namun begitu, saya suka nak kongsikan bahawa memang terdapat sebuah ebook yang beritahu cara buat duit dengan blog. Ianya ditulis oleh rakan blogger yang juga merupakan pemilik kepada satu portal yang menyediakan servis pengiklanan dinamakan iLancee.com. Saya ada ceritakan mengenai iLancee.com di artikel berikut - iLancee Lubuk Buat Duit Untuk Kreativiti

Blogger yang saya maksudkan itu ialah Ahmad Faiz. Bukan calang orangnya ni, dia merupakan antara rakan blogger yang berjaya buat duit dengan blog, malah dia berjaya jana income sampingan ribuan ringgit semasa masih lagi bergelar seorang pelajar.
Ebook Cara Buat Duit Dengan Blog

Ebook yang ditulisnya bertajuk Teknik Sebenar Buat Duit Dengan Blog. Dijual secara online dengan harga RM50. Jika anda seorang blogger, samada baru mahupun lama yang nak tahu cara buat duit dengan blog, maka saya syorkan anda baca ebook ini.

Saya Tidak Tulis Ebook, Tapi Saya Rekemen Banyak Ebook Terbaik

"Saya tak tulis ebook. Saya tak ada ebook." - Ini jawapan saya seandainya ada yang masih bertanya kepada saya.Cukuplah mereka yang benar pakar buat duit berkongsi ilmu mahal mereka menerusi ebook yang telah diusahakan. Saya tak layak nak tulis ebook lagi buat masa ini - apatah lagi berkaitan cara buat duit dengan blog.

Cukuplah yang telah sedia ada, dan saya merasakan ia sudah cukup untuk membantu blogger Malaysia ketahui cara serta teknik untuk jana income dan buat duit dengan blog. Anda boleh dapatkan ebook ini selagi masih ada dijual menerusi pautan ini - Ebook Teknik Sebenar Buat Duit Dengan Blog

Saya sudah beritahu sumber ilmu untuk menjadi panduan dan pengetahuan untuk para blogger Malaysia. Terserah samada nak dapatkan ebook ini ataupun tidak.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement