Kalendar 2016 Takwim Hijriah 1437/1438H

Kalendar 2016 Takwim Hijriah 1437/1438H. Tak lama lagi akan genaplah lagi setahun tahun Hijriah 1436H. Lembaran baru kalendar Hijriah dibuka, umat Islam akan sambut ketibaan tahun Islam yang baru 1437H, pada 1 Muharram yang jatuh pada tarikh Miladiah 14 Oktober 2015.

Ada yang tidak tahu bahawa kalendar atau takwim Hijriah dikira berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi. Itulah sebabnya ia tidak sejajar dengan kalendar Miladiah atau selalu disebut sebagai kalendar Masehi kerana pengiraan hari, bulan dan tahun bersandarkan kepada pergerakkan bumi mengelilingi matahari.

Itulah sebabnya mengapa kalendar atau takwim Hijriah kekurangan 10 hari dalam pengiraan 1 tahun jika dibandingkan dengan kalendar Miladiah. 1 tahun kalendar Hijriah adalah bersamaan 355/354 hari, berbeza dengan kalendar Miladiah iaitu 365/366 hari.

Kalendar 2016 Takwim Hijriah 1437/1438H

Kalendar 2016 Takwim Hijriah 1437/1438H
Kalendar 2015/2016M yang akan saya kongsikan ini merupakan kalendar yang disertakan dengan takwim Hijriah untuk tahun 1437/1438H di Malaysia. Ia telah dikeluarkan oleh JAKIM. Kalendar atau takwim Hijriah ini juga disertakan dengan tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam 1437/1438H di Malaysia.
Kalendar 2016 Takwim Hijriah 1437/1438H
Berikut pula adalah tarikh-tarikh penting dalam kalendar takwim Islam Hijriah untuk tahun 2016. Semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya. Jangan lupa kongsikan informasi ini pada rakan-rakan Muslim yang lain ye, in Sha Allah.

Tarikh Penting Islam 2016M

Tarikh Hijriah
Tarikh Miladiah
Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab 14375 Mei 2016Israk dan Mikraj
1 Ramadan 1437 *6 Jun 2016Awal Ramadan / Permulaan Puasa
17 Ramadan 143722 Jun 2016Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1437 *6 Julai 2016Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah 14373 September 2016Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1437 *12 September 2016Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharram 14382 Oktober 2016Awal Muharram / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 143812 Disember 2016Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W)

Sumber: Jakim, *bertanda akan ditentukan dan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja