Weekend Getaway Bersama Keluarga di Golden Sands Resort, Batu Feringgi, Penang

Weekend getaway di Hotel Golden Sands Resort, Penang. Best. Seronok. Santai. Segar. Mengujakan. Itulah yang boleh saya gambarkan secara am mengenai percutian hujung minggu (weekend getaway) di Hotel Golden Sands Resort. Nyata terbaik. The Golden Sands Resort merupakan sebuah resort yang sangat sesuai untuk keluarga bercuti, bersantai sambil berseronok di hujung minggu, mahupun di minggu cuti persekolahan.

Ikuti catatan pengalaman saya bersama isteri dan tiga orang anak saya menghabiskan masa bersama selama 3 hari 2 malam di Golden Sands Resort sewaktu cuti hujung minggu baru-baru ini. Ia antara percutian bersama keluarga yang boleh saya berikan 4.5 bintang daripada 5. Anda patut baca!

Weekend Getaway Golden Sands Resort Penang

Weekend Getaway Golden Sands Resort Penang
Sebelum itu, saya nak cerita sedikit info mengenai Hotel Golden Sands Resort, yang diuruskan oleh Shangri-La, satu jenama antarabangsa perhotelan yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Hotel Golden Sands Resort ini merupakan resort family oriented yang terletak di gugusan pantai cantik Batu Feringgi. Ia menawarkan sebanyak 387 bilik serta suites yang lengkap dan selesa. Rekabentuk hotel resort ini yang melengkung memberikan impak unik, membezakan ia dengan resort yang lain, termasuklah 'kakak'nya yang terletak bersebelahan iaitu Rasa Sayang Resort & Spa, Penang yang bertaraf 5 bintang!.

Kategori Bilik Golden Sands Resort, Batu Feringgi, Penang

Bilik resort ini terbahagi kepada 4 kategori:
  1. Superior Hill View - 165 bilik
  2. Deluxe Sea Facing - 121 bilik
  3. Executive Sea View - 87 bilik
  4. Executive Sea View Suite - 14 suites
Weekend Getaway Golden Sands Resort Penang
Weekend Getaway Golden Sands Resort Penang

Kemudahan Asas Golden Sands Resort

Kemudahan yaag ada disediakan di sini adalah antara yang terbaik pernah saya dan isteri menginap. Ia mempunyai kemudahan 2 ruang lobi yang selesa, restoran dalaman dan outdoor, serta kemudahan rekrasi buat seisi keluarga. Manakala, antara kemudahan yang tersedia untuk setiap bilik para tetamu resort termasuklah:
  • 24 jam room services
  • LCD TV
  • Pemain DVD
  • Akses TV satelit
  • Panel untuk port USB, iPod serta audio-visual
  • Akses talian telefon antarabangsa
  • Ruang kopi dan teh
  • Akses percuma WiFi
  • Peti sejuk mini
  • Balkoni persendirian
  • Set dandanan diri eksklusif
  • ... dan banyak lagi.
Weekend Getaway Golden Sands Resort Penang
Ok. Itu serba sedikit info mengenai The Golden Sands Resort, anda boleh layari laman web resort ini dan mendapatkan info lebih detail di sini - http://www.shangri-la.com/penang/goldensandsresort/about/

Kisah Percutian 3 Hari 2 Malam (The Family Fun Package)

Sekarang untuk kisah percutian weekend getaway saya sekeluarga di Golden Sands Resort, Penang.

Kehadiran saya dan keluarga disambut mesra di Cool Lounge, salah satu daripada dua ruang lobi untuk para tetamu hotel. Cool Lounge merupakan lobi eksekutif untuk mereka yang mendaftar awal, dan yang check-out lewat. Ia menyediakan kemudahan terdiri dari refreshment percuma, internet station untuk kanak-kanak, WiFi percuma, buku dan majalah termasuklah board game serta 5 TV LCD untuk menonton movie di dalam keselesaan sofa yang selesa dan kenyaman hawa dingin.

Segala urusan berkaitan check-in dan check-out juga disediakan di sini oleh 2 petugas hotel yang mesra.

Executive Sea View

Alhamdulillah, kami sekeluarga telah diberikan 2 bilik yang cukup luas dan selesa dalam kategori Executive Sea View. Bilik yang tersambung (attached) dengan setiap bilik mempunyai segala kemudahan lengkap terbaik yang ada. Satu bilik dengan katil Queen yang selesa, dan sebuah lagi bilik dengan dua katil bujang.
Weekend Getaway Golden Sands Resort Penang
Weekend Getaway Golden Sands Resort Penang
Suasana bilik memang sesuai untuk sebuah keluarga beristirehat, apatah lagi bilik kami itu mengadap pantai dan laut disertakan balkoni yang luas.

Selesai setup diri di bilik, anak-anak terus sahaja ajak ke kolam renang. Memang dah lama anak-anak mengidam sejak awal check-in di ruang lobi Cool Lounge. Ada dua buah kolam renang besar berbentuk lagoon di sini, di samping beberapa mini kolam untuk anak-anak kecil.

Anak-anak telah siap dengan pakaian renang, waktu petang dihabiskan dengan bersantai di kolam renang dibuai bayu laut yang mendamaikan.
Weekend Getaway Golden Sands Resort Penang
Dan malamnya, kami anak beranak ke Pasar Malam Batu Feringgi yang terkenal menjual pelbagai barangan daripada pakaian, jam tangan, beg dan tas tangan, cenderahati termasuklah lukisan menarik mengenai Pulau Pinang.

Hanya jalan kaki dari Golden Sands Resort .... wahh mudah ...

In Sha Allah, saya akan ceritakan lagi pengalaman weekend getaway ini selanjutnya di post akan datang. Jangan lupa langgan blog ini menerusi email ...

Pakej Istimewa The Family Fun Package Golden Sands Resort

Oh ya, lupa nak beritahu, kami berada di Golden Sands Resort menerusi pakej istimewa - The Family Fun Package. Info seperti dinyatakan di bawah ini.

With starting rate of MYR660+ valid now until 30th September 2015, the Family Fun Package includes daily buffet breakfast for 2 adults, 2 children below 12 years old at Garden Cafe. A third adult occupant will be charged MYR210+ with daily breakfast. The package includes a complementary bed for one child under 12 years old and daily dinner (either buffet or set dinner) with free-flowing beverages for 2 adults and 2 children at Garden Cafe. In addition, 2 children may enjoy 4-hours complimentary access to Adventure Zone with kiddie lunches, 2 soft toys and one lunch consisting of 2 regular-sized pizzas per stay.

For each day of their stay, children aged 5 to 12 years old will receive complimentary access to Cool Zone Kid's Club.

Untuk tempahan secara online - boleh terus ke laman web Golden Sands Resort, Penang by Shangri-La di http://www.shangri-la.com/penang/goldensandsresort/