Jika ke Cameron Highlands, anda akan perasan akan lokasi Taman Rama-Rama Cameron Highlands (Butterfly Farm Cameron Highlands) ini. Ada dua Taman Rama-Rama di Cameron Highlands yang sering menjadi tumpuan pelancong. Dan dua-duanya terletak berdekatan antara satu sama lain, iaitu di Kea Farm. Ia terletak kira-kira 3 km dari Brinchang, dan 5 km dari Tanah Rata.
Taman Rama-Rama Cameron Highlands
Taman Rama-Rama Cameron Highlands ini berbayar ye. Kali terakhir saya dan famili pergi ke sini, kena bayar RM5 untuk dewasa, dan RM3 untuk kanak-kanak. Dua-dua tempat mengenakan harga tiket masuk yang sama. Cuma saya dan anak-anak lebih suka masuk Butterfly Farms yang pertama (jika dari arah Kea Farm). Ada restoran di Butterfly Farms ni, dan ada ruang letak kereta disediakan di sebelah pintu masuk.![Taman Rama-Rama Cameron Highlands Taman Rama-Rama Cameron Highlands](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDtm1uxotXi_idBcsz74KB-LKMbiEBEP88zhdsKE_83S4s2sn8kZz3nxPexni1YqQHKAAUX1b25MoFjiIu6PJpMwk7q-2eUjtWICdXX-BZWcBgj27YlqxSx35HpAdi5g02dQJV6uLFNhMf/s1600-rw/beautiful-butterfly-cameron-highlands.jpg)
![Taman Rama-Rama Cameron Highlands Taman Rama-Rama Cameron Highlands](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLxnmxTwGgrHAa_g5K-9_GQ2rvPyFRuHTEM-yYEe7_Vw4zrU77-QY6GSG188qU8Y6Uz5QNRI2i-4ByTaqi4d87ofT6gfccOZZ-jCIf0vLf9d-VlElu3Nz4Yl3ndlfcC1aVB3ovwUFQVX9y/s1600-rw/butterfly-cameron-highlands-malaysia.jpg)
Rama-Rama 'Jinak'
Anak-anak saya seronok masuk ke Butterfly Farm Cameron Highlands ini sebab rama-rama yang ada boleh dikatakan 'jinak'. Seronok bermain, siap main tangkap-tangkap dengan tangan lagi. Bagus untuk anak-anak melihat sendiri akan kehidupan dan habitat rama-rama ni.![Taman Rama-Rama Cameron Highlands Taman Rama-Rama Cameron Highlands](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvrQiUWBLo5q5Wjnlx7FoMbKwltK_w5Hn5TnQOmkq2OT_qcAubpczepP0VMcetD0rWpjyDF8u9tPi-nymhq1H1l4PAFrjKM9_OGdHn7qMqsHP4jhoM7nnmP2vjk1ERe7qGv72WSVjwW2lF/s1600-rw/kids-at-cameron-highlands-butterfly-farm.jpg)
![Taman Rama-Rama Cameron Highlands Taman Rama-Rama Cameron Highlands](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCi8kPAcOurNpcs_RlOM7VMDHlKZaC3gmT95XDDoQtFj_dtPIny__V_1uz6ovGpewd1cwyFTNkK8QLjyRFhTM9dBoBDDBSmd-PHAz8VXBu8Xx6RTvHcIChzzJ8rzXGq6mBLqf7Ea_bBiyP/s1600-rw/taman-rama-rama-cameron-highlands-1.jpg)
![Taman Rama-Rama Cameron Highlands Taman Rama-Rama Cameron Highlands](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRxJ94vrJhDReahyphenhyphenVTvoNr31NcWa4Ddgm5g577rLOYPwy-6V5SOGUyw81kNhZbxpVCUZMwh7AqIqHs0G8HpO6o2KeEMUuNM2qmzi1gou57E7OE7WvoG6Zt5gC0HaodO1fS0BgMBlfdJtRp/s1600-rw/taman-rerama-cameron-highlands-pahang-malaysia.jpg)
![Taman Rama-Rama Cameron Highlands Taman Rama-Rama Cameron Highlands](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHWhYdzj_ecOBsQfRlUWv2cqCrD0Isi-KJeGmCyfOMTmCW98pryiCKxaZxwHPLyBV4DDfg3m45EXUkF74iICo0638EPHKHV_c1Xr4gy23a7at6NXbryhG4IFLEVq8G34OcKay7Szx6Cfau/s1600-rw/butterfly-cameron-highlands.jpg)
Tempat Terbaik Untuk Photographer
Butterfly Farm Cameron Highlands juga tempat paling sesuai untuk mereka yang gemar ambil gambar flora dan serangga kecil seperti rama-rama. Ada banyak spesies rare yang hanya terdapat di Malaysia, antaranya Rajah Brooke yang bersaiz besar.![Taman Rama-Rama Cameron Highlands Taman Rama-Rama Cameron Highlands](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRFJfv33kcwIRiv8yYIXxIkga_7_4k5W5TTSi8q3ILr-JDmQ7v7INMjPZt1PwscZRsrZqWGNr_28UnKJ7ONuvkp_Vup_TEyEFGCsGGJgq8TawqPfNC3meUWT8tu4T9sJ0dVAuFHxRfDU28/s1600-rw/interesting-places-cameron-highlands-for-photographer.jpg)
![Taman Rama-Rama Cameron Highlands Taman Rama-Rama Cameron Highlands](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuIQArDRZpd9R_A39xxs3ZKthb3GVpfroHbqPdba4wMC960NuU6OINtBBla3vnZ0N4Q_IWMf0xhDHCY5mGI5948Ng-mOg3Qnz5_rw94L-wt0S0iQVX4Mt7pJl3IboPIu40SSDLO5Y-0SxG/s1600-rw/Taman-Rama-Rama-Cameron-Highlands.jpg)
![Taman Rama-Rama Cameron Highlands Taman Rama-Rama Cameron Highlands](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxgeKqEYzLOTptcC4Zc-ahuHi5QYh8rYtSVLNf2bAPxsty-Z2eCKa04zCaB69rCV-nIxjSMpDhyphenhyphenaT0n8OyXnKU9dHIJ3Ibfkv9dyoJ6EnaAnuk5FZTwfAQRiAIhZIk07gsXqRq48rJvQrl/s1600-rw/cameron-highlands-butterfly-farm-pahang-malaysia.jpg)
Tips Berada Taman Rama-Rama Cameron Highlands
- Datang pada waktu pagi hari, sewaktu matahari baru nak naik - sebaiknya sebelum tengahari. Rama-rama akan aktif waktu ni mencari makanan.
- Elakkan datang selepas hujan, sebab rama-rama akan duduk diam di tempatnya. Selalunya di tempat tinggi, susah nak ambil gambar.
- Pakai bau-bau yang wangi, in Sha Allah, akan menarik minat rama-rama untuk 'kerumun' anda.
- Basuh tangan jika pegang atau terpegang rama-rama kerana 'debu'nya dikatakan beracun.
Ok. Dah pernah pergi? Kongsikan rasa dan pengalaman anda di ruangan komen ye, dan jangan lupa baca entri seterusnya - Apa Yang Menarik di Dalam Cameron Highlands Butterfly Farm