Video Lagu Tema Hari Kebangsaan 2015 #SehatiSejiwa

Video serta lirik lagu tema Hari Kebangsaan 2015 #SehatiSejiwa. Saya tak pasti samada lagu tema Hari Kebangsaan 2015 #SehatiSejiwa sudah dipaparkan di TV Malaysia. Apapun, kalau anda belum dengar lagi lagu tema untuk Hari Kebangsaan 2015 #SehatiSejiwa, bolehlah tonton online di bawah ini.

Lagu teman Hari Kebangsaan 2015 #SehatiSejiwa telah dicipta khusus oleh Muhammad Yuri Edris dengan liriknya disumbangkan oleh Siso Kopratasa dan Yuri Edris sendiri. Dilagukan oleh Alif Satar bersama Gemersik Chorus.

Video Lagu Tema Hari Kebangsaan 2015 #SehatiSejiwa


Amacam? Sedap tak lagu dibawakan oleh Alif Satar ini? Menarik sekali lagu ini dibawakan dalam bahasa dari Sabah (Kadazan) dan Sarawak (Iban), tanda penyatuan Malaysia seperti mana logo Hari Kebangsaan 2015.

Saya kongsikan sebagai tanda patriotik kepada negara. Tak kiralah apa jua bangsa dan agama, sebagai salah seorang warga rakyat Malaysia, memang patut kita semaikan rasa cinta dan patriotisma kepada negara. Dan tidak kiralah juga anda berada di dalam penyokong mana-mana parti politik di Malaysia ini, seharusnya semangat ini harus ada.

Lirik Lagu #SehatiSejiwa Hari Kebangsaan 2015

Demi ……tanah yang bertuah
Taman….. cinta merdeka ..aaa
Kasih …di hatiku ini
Untukmu ….tanah pertiwi …iii

Dari …..utara selatan
Juga….. timur ke barat
Turut gagah ….Sabah Serawak
Se….hati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa

Bridge
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..

Chorus
Walaupun berbeza
Budaya Agama
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan
Marilah bersatu

Sehati sejiwa

Malaysia Kekal Sejahtera … Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo) kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa