Resepi Kari Daging. Salah satu menu masakan yang paling gemar saya sediakan, iaitu Daging masak Kari. Apa yang saya masak ni sempoi sahaja, sesuailah dengan cara seorang house husband. Tak boleh nak celen resepi hebat dari isteri dan emak saya. Tapi, in Sha Allah, kepada siapa yang mencuba resepi Kari Daging cara house husband ni, dipersilakan.

Menu ini boleh jadi menu yang berharga mahal kalau gunakan daging gred AA. Maksud saya daging lembu atau kerbau yang datangnya dari bahagian yang tidak berlemak, 100 peratus daging. Kalau orang tua-tua, derang suka gunakan daging Batang Pinang. Tapi, kalau saya, main belasah je daging mana-mana bahagian, tulang pun boleh. Kalau guna tulang lembu atau kerbau, maka jadilah resepi ini resepi Kari Tulang ... ye tak?

Resepi Kari Daging Seorang House Husband

Resepi Kari Daging
Ok. Jom mulakan.

Bahan-Bahan

  • Daging 600gram
  • Minyak masak dua sudu besar
  • 2 biji Bawang Besar
  • 3-4 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • Serbuk kari 2 sudu besar
  • 2 helai daun kari 
  • 3 biji buah Tomato
  • 1 batang kulit Kayu Manis
  • 1-3 biji Cengkih
  • 1-3 bunga Lawang
  • 1-2 Asam Keping (jika perlu)
  • Santan dalam RM1 atau satu cawan
  • Garam
  • Kentang (jika perlu)

Cara Memasak

Resepi Kari Daging House Husband
  1. Tumbuk atau kisar bawang, halia sehingga halus.
  2. Potong daging dalam hirisan yang sederhana kecil. Basuh sehingga bersih, hilangkan darah yang masih ada.
  3. Panaskan minyak masak.
  4. Tumis bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk dengan minyak yang dah panas dengan api sederhana. 
  5. Masukkan kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang.
  6. Masukkan buah tomato yang dipotong kecil ke dalam tumisan.
  7. Bila dah naik bau yang harum, masukkan rempah kari yang telah dicampur dengan sedikit air.
  8. Kacau sehingga sebati sehingga menggelegak, dan naik minyak.
  9. Masukkan daging dan juga kentang apabila dah menggelegak.
  10. Biarkan agak lama untuk daging empuk, masukkan sedikit air jika nampak kering.
  11. Bila dah daging empuk, masukkan santan.
  12. Kacau sehingga sebati. Untuk elakkan lemak santan pecah, anda boleh kacau sesekali sekali 
  13. Masukkan garam secukup rasa.
  14. Rasa masakan anda. Jika tidak cukup masam, bolehlah masukkan asam keping.
  15. Masukkan daun kari.
Resepi Kari Daging House Husband
Resepi Kari Daging House Husband
Dah siap.

Oh ya, untuk empukkan daging, boleh masak gunakan periuk tekanan. :) atau gunakan petua yang dikongsikan oleh rakan blogger saya ni - 6 Cara Empukkan Daging

Selamat mencuba.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement