Pengalaman Pertama Beli Air-Cond Online

Pengalaman pertama beli Air-Conditioner atau penyaman udara secara online. Serius, saya tidak pernah terfikir pun sebelum ini untuk membeli produk elektrik elektronik yang lebih besar daripada microwave. Sebelum ini, saya pernahlah beli online di Lazada untuk dapatkan sebuah microwave untuk hadiah cabutan bertuah hari keluarga. Tapi kali ini, rasa gugup lak nak beli sebuah penyaman udara secara online. Bukan murah tu ... hoho ..

Baru-baru ini, saya tertarik dengan satu tawaran daripada Acson Malaysia. Segalanya bermula gara-gara terpengaruh dengan iklan Sejuk Raya Bersama Acson yang disiarkan di radio Hot FM. Asyik dok dengar iklan tu berulang-kali, maka saya pun termakanlah umpan yang diberikan. Triknya ialah beli penyaman udara secara online dengan tawaran diskaun beserta hadiah, penghantaran dan pemasangan percuma.

Lagipun, memang sudah ada niat nak tukar penyaman udara jenama Samsung yang dah 2-3 kali rosak. Setiap kali nak repair, kena keluarkan beberapa ratus ringgit. Jadi, daripada 'bela biawak hidup' baiklah saya gantikan dengan penyaman udara yang memang diketahui jenamanya adalah antara terbaik iaitu Acson.

Pengalaman Pertama Beli Air-Cond Online

Promosi Acson Malaysia
Akibat daripada 'termakan' pujuk rayu iklan Sejuk Raya Acson, saya pun pergilah ke Acson Online Store. Saya telah pilih penyaman udara yang paling murah dengan diskaun 15% yang diberikan yang saya boleh dapat, dan dengan persetujuan isteri; kami telah memilih penyaman udara Acson Wall Mounted Signature ECOCool 1.0HP, yang diberikan sekali hadiah percuma set periuk Neoflam Midas berharga RM1199 dan juga bekas makanan kedap udara Pioneer. Termasuk sekali dalam tawaran ialah Changeable Skin, servis penghantaran dan pemasangan percuma.

Proses Pembelian Secara Online

Pembelian dan pembayaran online menggunakan kad kredit, tanpa caj tambahan. Proses pembayaran ini menggunakan sistem disediakan oleh MOLPay.

Selesai membayar, dapat email pengesahan daripada pihak MOLPay seperti di bawah ini. Dan seketika kemudian, pengesahan bayaran diterima dari pihak Acson Malaysia.
Pengalaman Pertama Beli Air-Cond Online
Pengalaman Pertama Beli Air-Cond Online
Maka, saya pun tunggulah penghantaran produk ni ke rumah. Agak risau pada mulanya sebab tak ada sebarang makluman penghantaran itu dibuat pada waktu bila ...  huhuhu .. sedikit resah, al maklumlah benda dibayar guna kad kredit, pastu harga dia bukan murah, makan ribu gak tu .. siap dikenakan GST 6%!

Hanya Tunggu 3 Hari Untuk Penghantaran Percuma Ke Rumah

Alhamdulillah, setelah 3 hari tunggu, penyaman udara Acson yang dibeli secara online pun sampai. Lori besar sampai depan rumah. Lepas saya tandatangan penerimaan unit-unit penyaman udara (indoor dan outdoor), saya pun tanyalah pada si penghantar barang.
Pengalaman Pertama Beli Air-Cond Online

"Ni sekali dengan pemasangan kan?" tanya saya.
"Ehh tak lah, saya hantar barang ni je bang, pasal pemasangan saya tak tahu .. " kata si penghantar barang.
"Tapi saya beli online ni .. kata pemasangan percuma ... bukan encik yang pasangkan ke?" tanya saya dengan nada sedikit risau.
"Saya tak tahu bang, kena cari agen yang pasang ni bang ... abang kena tanya agen, nanti mereka akan telefon  ..." kata dia.

Rasa Kena Tipu!

Ahhh sudah. Tetiba kepala saya jadi panas. Takkan saya kena cari orang nak pasang pula? Walhal, dalam promosi, dekat web dah beritahu pemasangan percuma dan diuruskan.

Tanpa buang banyak masa, saya pun terus ke Facebook Acson Malaysia. Tanpa segan silu, saya tinggalkan komen dalam salah satu post di situ. Saya tanyalah tentang promosi Sejuk Raya Bersama Acson... kenapa barang dihantar tidak terus dipasang....?? Selang beberapa minit selepas saya tulis komen di Facebook Acson Malaysia, saya dapat panggilan telefon.

Pihak Customer Servis Acson Memang Cekap

Perghh, cekap sungguh. Acson Malaysia telefon. Dia pun terangkan butiran promosi Sejuk Raya Bersama Acson.

"Jangan risau encik, pemasangan adalah percuma. Nanti akan ada agen pemasangan kami hubungi encik Hasrul." dengan nada lembut walaupun dari suara seorang lelaki.
"Berapa lama ye saya kena tunggu?" tanya saya.
"Dalam seminggu, akan ada agen pemasangan hubungi encik" tambah suara lelaki di dalam telefon.

Fuh. Lega rasa.

Seminggu tunggu. Saya dapat panggilan telefon dari agen pemasangan yang dimaksudkan.

Jauh datangnya, dua kali telefon. Kali pertama janji temu untuk pasang tak dapat ditunaikan sebab saya dan keluarga tiada di rumah. Jadi, kena tunggu beberapa hari lagi.

Alhamdulillah, akhirnya agen pemasangan Acson datang dan terus buat kerja yang sepatutnya.

"Err ekon lama ni, nak buat macamana ya?" tanya saya pada agen tersebut yang datang dari Prai.
"Encik simpan jelah" kata dia.
"Hmmm .. tak maulah, sebab dah rosak" kata saya.
"Encik nak kami tolong buangkan ke?" kata dia.
"Boleh juga ... " kata saya sambil tersenyum sebab merasakan selesai masalah kedua dengan jayanya.
Penyaman Udara Acson
Memang best penyaman udara Acson yang dibeli. Model yang dibeli memang cepat sejuk di dalam ruang bilik utama. Dan model penyaman udara ini lebih senyap dibandingkan dengan jenama lama yang saya gunakan. Produk-produk percuma yang diberikan juga amat puas hati. Tersenyum lebar isteri saya dapat set periuk memasak yang baru, lagi-lagi dari jenama yang berkualiti. Saya sendiri guna pun memang puas hati.

Alamak, Rugi RM100!

Selang beberapa hari selepas pemasangan.

"Abang, ekon Samsung lama tu abang jual ke kat dia?" tanya isteri saya.
"Jual?" sediki mahu kepastian.
"Yelah, ekon tu leh jual, busuk-busuk pun leh dapat RM100" kata isteri saya.

Alamak. Rugi RM100. Adohai. Rupanya set ekon yang rosak tu boleh dijual, paling tidak kat peniaga besi buruk.

Haha. Akibat buat keputusan melulu, tanpa tahu bahawa set penyaman udara yang rosak boleh dijual, apatah lagi set outdoor yang ada nilainya tersendiri.

Tips Membeli Penyaman Udara Secara Online

Jadi, buat anda semua yang mungkin nak tukar penyaman udara baru secara online, ketahui tips berikut:
  • Kenalpasti model yang ingin dibeli, dan buat perbandingan secara rawak dengan tawaran lain.
  • Kenalpasti model penyaman udara samada ia jenis yang menjimatkan elektrik atau tidak - lihat pada bintang energy compliance.
  • Lihat pada spesifikasi model penyaman udara samada sesuai dengan ruang.
  • Lihat tawaran online yang diberikan - berkaitan penghantaran dan pemasangan.
  • Kenalpasti tempoh berkaitan penghantaran dan pemasangan.
  • Harga sebelum dan selepas GST dikenakan.
  • Tanyakan pada agen pemasangan samada dikenakan sebarang caj tambahan untuk pasang (semasa dihubungi).
Jika anda beli penyaman udara secara online untuk gantikan set yang rosak, fikir perkara berikut:
  • Jika anda menggantikan set penyaman udara yang rosak, dapatkan pembeli untuk set rosak tersebut - kedai-kedai elektrik.
  • Tanyalah pada agen pemasangan samada boleh jual kepadanya set penyaman udara yang rosak.

Selesai saya ceritakan pengalaman saya beli penyaman udara secara online kepada anda. Mungkin lepas ni, seandainya anda terfikir untuk shopping online produk seperti penyaman udara Acson, bolehlah jadikan kisah saya ini sebagai panduan.

Ok ye. :)