Perghhhh. Dianggap sebagai muzik video terbaik dijayakan oleh peminat-peminat Foo Fighters, video muzik yang dimuat-naik di halaman YouTube pada 30 Julai 2015 kini viral dengan lebih 19 juta tontonan. Seramai 1000 pemuzik rock di Itali telah berkumpul di Cesena, membawakan lagu Learn To Fly secara harmoni. Projek tersebut dinamakan Rockin1000 dan dijayakan semata-mata untuk 'memaksa' kumpulan Foo Fighters membuat konsert di Cesena, Itali.

Video Rockin1000 Learn To Fly Foo Fighters Viral. 19 Juta Views Dalam Masa 5 Hari!

Rakaman video muzik Learn To Fly berdurasi 7 minit itu menunjukkan 1,000 pemuzik memainkan beratus dram, gitar dan beratus lagi menyanyikan lagu rock popular Foo Fughters di sebuah kawasan padang yang luas di Itali. Menurut CNN, penganjur Rockin1000, Fabio Zaffagnini juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua rockers yang menjayakan rakaman berkenaan.

Awesome project. Ia dijayakan lebih 1000 pemuzik dan penyanyi dari sekitar Itali dengan bajet sendiri tanpa penaja, dan dijayakan oleh penganjur, Fabio Zaffagnini yang memikirkannya hampir setahun untuk merealisasikannya.

Best. Memang best. Video muzik Learn To Fly dalam Rockin1000 memang awesome. Memang layan, patutlah boleh capai jutaan views dalam masa tak sampai seminggu dimuat-naik ke YouTube. Kerjasama 1000 pemuzik sekitar negara Itali itu memberikan inspirasi bahawa dengan kerjasama dan kesepakatan, apa sahaja boleh ditunaikan .... yeap, kumpulan Foo Fighters berikan respon dan berjanji akan adakan konsert di Cesena, Itali.

Meh layan video Rockin1000 membawakan lagu popular Foo Fighters - Learn To Fly yang kini semakin menghampiri 20 juta views di YouTube (setakat post ini ditulis).

Learn to Fly - Foo Fighters Rockin1000 Official Video


Video Muzik Learn to Fly Foo Fighters (Original Official Learn to Fly Video Music)


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement