Tips SEO - Bagaimana nak menjadikan gambar di dalam entri untuk mesra SEO? Ok. Kalau mereka yang sudah sekian lama mengikuti blog saya ini mencari mengenai tips blogging dan tips SEO Blogspot, dah tentu tahu cara menjadikan gambar dalam entri untuk lebih mesra SEO. Namun, buat yang tak tahu, atau sudah lupakan teknik asas ini, maka izinkan saya sekali lagi mengulang teknik ini untuk pengetahuan semua blogger agar ia boleh menjana trafik ke blog.

Gambar boleh menjadi antara kekuatan sesebuah blog untuk menerima trafik tinggi. Bukan hanya memikat para pengunjung dan pembaca, malah ia boleh dijadikan alat sangat mujarab untuk membolehkan blog anda menerima trafik sehingga ribuan hits atau pageviews sehari.

Tips Menjadikan Gambar Dalam Entri Mesra SEO

Cuba anda lihat carian Google di bawah ini:
Tips Menjadikan Gambar Mesra SEO
Anda nampak tak bagaimana saya mendapat dua sumber trafik untuk blog dari Google. Satu menerusi entri blog, dan keduanya menerusi imej atau gambar. Mereka yang tidak mahu membaca entri blog, tentu akan klik pada gambar-gambar tersebut, yang langsung membawa mereka ke entri yang sama .. :)

Mungkin pengunjung yang sama, akan klik pada kedua-duanya, lalu memberikan blog saya double traffic hanya menerusi satu entri bergambar yang telah dimuatkan dengan ciri-ciri SEO.

3 Langkah Menjadikan Gambar, Imej serta Foto Dalam Entri Mesra SEO

Jadi, bagaimana nak menjadikan gambar dalam entri untuk mesra SEO dan berjaya berada di page utama enjin carian Google?
  1. Menamakan gambar dengan kata kunci yang sama dengan tajuk entri, iaitu tajuk yang akan dicari oleh pengguna Google. Contohnya: Foto-Fatin-Liyana-Nikah.jpg atau Gambar-Nikah-Fatin-Liyana.png
  2. Meletakkan tag 'alt img' dan juga 'title description' pada gambar dengan kata kunci sama dengan tajuk entri. Caranya ialah masuk bahagian editor blogspot - klik pada gambar yang telah dimasukkan ke dalam entri blog, klik properties seperti ditunjukan di bawah ini.
  3. Tips Menjadikan Gambar Mesra SEO
  4. Letakkan gambar tersebut selepas perenggan pertama atau 100 patah perkataan pertama dalam entri blog anda.


Dah siap. Mudah je kan? Lagi satu, untuk memastikan gambar tersebut senang berada di top rank #1 enjin carian Google, saiznya perlu tidak terlalu besar. Jika terlalu besar, ia susah sedikit untuk berada di dalam paparan images carian Google terawal.

Semoga bermanfaat.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

14 Komen

tips menarik lagi... mesti cuba sekarang juga

Reply

terima kasih dengan tips ini. akan cuba untuk tarik pembaca utk dtg ke blog picisan nanie

Reply

wow cara ni bley tambah viwer sampingan yoo

Reply

- gambar juga boleh dinamakan menjadi ex: Foto.Fatin.Liyana.Nikah.jpg :)
- dan utk pic level dslr better optimize kan saiz, plg bgus tanpa jejas kualiti pic should be <150kb
- dan elakkan spam alt image dgn kata kunci yg lebih kurang sama, better bg satu/dua description yg menjelaskan pic tersebut.

Reply

Ya betul tu Khalid Kyle ... :) teknik titik tu lejen tu .. main semua keyword. :)

Reply

Ya betul. Teknik ini digunakan di laman jual beli seperti Lelong, Mudah .. supaya berada dalam enjin carian.

Reply

wajib buat ni pada setiap gambar

Reply

dulu aku pandang sebelah mata je image ni..tapi sekarang memang wajib buat..ehehe

Reply

tip yang sangat baik..memang selalu buat...

Reply

Tuan HH, nk tanya. Adakah tanda "-" dalam "Foto-Fatin-Liyana-Nikah.jpg" tidak mempengaruhi nama foto/gambar tersebut?

Kalau letak nama foto/gambar seperti ni iaitu tanpa "-" contohnya "Foto Fatin Liyana Nikah.jpg" boleh ker tuan?

Reply

salam..mcm mana nak buat image msk dlm pinterest ek?

Reply

Ohh boleh je letak nama terus macam tu .. tak de masalah. :)

Reply

Kena pinned sendiri Shamiera ... :)
Masukkan script pinterest dalam blog supaya keluar P pada gambar, klik P tu dan masukkan ke dalam Pinterest secara manual

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.