Fakta daripada kajian ini juga dimuatkan dalam laman web The Forbes - 20 Laziest Country in The World. Dalam kajian tersebut, ia menunjukkan bahawa peratus populasi dewasa yang tidak aktif di Malaysia ialah sebanyak 61.4%, berada pada kedudukan kesepuloh selepas UK dan juga Emiriah Arab Bersatu.
Rakyat Malaysia Adalah Antara Paling Pemalas di Dunia
Jadi, bagaimana? Adakah anda mengakui sebagai salah seorang warga Malaysia bahawa anda salah satu daripada penyumbang angka peratusan orang paling malas di Malaysia? Hoho ....
Rakyat Malaysia Paling Malas Bersenam
Dan kalau ikutkan daripada apa yang dinyatakan oleh kajian The Lancet, rakyat Malaysia adalah orang antara paling malas di dunia untuk bersenam. Separuh daripada rakyat Malaysia tidak aktif untuk bersenam sekurang-kurangnya dua setengah jam seminggu. Uhh... dan ini menyokong kajian lain yang turut menyatakan rakyat Malaysia paling ramai hadapi masalah obesiti di dunia ...Hmm ... apakata anda? Mengiyakan? Atau menafikannya?
Update:
Setelah melakukan sedikit carian, saya mendapati bahawa fakta kajian ini telah diterbitkan pada sekitar Ogos tahun 2012. Dan apa yang dipaparkan baru-baru ini di dalam laman web The Forbes mungkin merupakan data yang serupa. Ianya bukan data terbaru. Tapi adakah ia dapat menyangkal bahawa rakyat Malaysia itu bukan pemalas terkini?
harap2 tahun depan kedudukan malaysia akan berubah... tahun ni saya rasa makin ramai yang bergiat aktif dalam sukan...
BalasPadamkalau hanya dibezakan 1.2 % dengan Jepun, ini sesuatu yang sangat baik.
BalasPadamtahniah Malaysia.
Nak baca pun dah rasa malas nih. Hahahaha.
BalasPadamTapi rajin lak komen ehhh .. hahahahaa
Padamsepatutnya Malaysia jadi yang nombor satu.Sebab rakyat Malaysia ni,memang malas.Sekali pandang aje kita sudah boleh lihat di tanah dan serata tempat penuh sampah.Itulah tanda penyakit malas yang paling gawat di kalangan rakyat Malaysia.
BalasPadamTapi...yang lagi best, semua bendapun dia boleh jawab malas.Kadang-kadang , diajak makan pun dia jawab "Aku rasa malas lah nak makan....kau makanlah sorang-sorang..."Tapi jangan malas solat dan malas puasa sudahlah...
All the best...
Adeh... tetiba rasa terkena batang idung sendiri. Yeap, memang benar sekali .. semuanya alasan MALAS .. bukan takat orang dewasa, kanak-kanak pun dah pandai guna alasan tu ...
PadamMacam anak sayalah .. adeh. Tak nak gi sekolah sebab ... MALAS.
hurmm segelintir , saya rajin huhuhu
BalasPadamaih... Jepun yang maju pun termasuk dalam kategori pemalas juga? hmmm pelik jugak nie
BalasPadamZaman sekarang, Jepun Zaman Dulu rajin la ...
PadamAda benarnya juga..sebab tgk aje la time solat jumaat... Snggup double atau tripple parking sbb mls nk jalan kaki ke masjid... Sama juga dgn parking kat shopping compleks.. Parking kosong tapi jauh...snggup aje parking tepi pintu...dah sempit org nak jalan... Dan sama juga situasinya sampah... Tong sampah sebelah je.. Tapi tinggalkan bekas air di kerusi yg duduk tu... Tu beberapa contoh la.. Bnyk lagi... Mmg tak semua macam tu... Tapi majoriti macam tu... Hmm.. Renungkanlah.. Moga kita tak tergolong dlm golongan yang MALAS!
BalasPadamKalau MALAS apa kerja pun tak jalan ...
Padammalaysia pn ada? aku lah pnyumbang tu hahaha
BalasPadamhebat la rakyat Malaysia
BalasPadamMALAS terbalikkan SALAM
BalasPadamIsunya bukan pemalas.Bebanan kerja + pulang lewat petang + traffic jem = sampai rumah sudah malam.Itu belum termasuk lakukan part time job seperti saranan menteri..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.