Tips SEO - Bagaimana nak menjadikan gambar di dalam entri untuk mesra SEO? Ok. Kalau mereka yang sudah sekian lama mengikuti blog saya ini mencari mengenai tips blogging dan tips SEO Blogspot, dah tentu tahu cara menjadikan gambar dalam entri untuk lebih mesra SEO. Namun, buat yang tak tahu, atau sudah lupakan teknik asas ini, maka izinkan saya sekali lagi mengulang teknik ini untuk pengetahuan semua blogger agar ia boleh menjana trafik ke blog.

Gambar boleh menjadi antara kekuatan sesebuah blog untuk menerima trafik tinggi. Bukan hanya memikat para pengunjung dan pembaca, malah ia boleh dijadikan alat sangat mujarab untuk membolehkan blog anda menerima trafik sehingga ribuan hits atau pageviews sehari.

Tips Menjadikan Gambar Dalam Entri Mesra SEO

Cuba anda lihat carian Google di bawah ini:
Tips Menjadikan Gambar Mesra SEO
Anda nampak tak bagaimana saya mendapat dua sumber trafik untuk blog dari Google. Satu menerusi entri blog, dan keduanya menerusi imej atau gambar. Mereka yang tidak mahu membaca entri blog, tentu akan klik pada gambar-gambar tersebut, yang langsung membawa mereka ke entri yang sama .. :)

Mungkin pengunjung yang sama, akan klik pada kedua-duanya, lalu memberikan blog saya double traffic hanya menerusi satu entri bergambar yang telah dimuatkan dengan ciri-ciri SEO.

3 Langkah Menjadikan Gambar, Imej serta Foto Dalam Entri Mesra SEO

Jadi, bagaimana nak menjadikan gambar dalam entri untuk mesra SEO dan berjaya berada di page utama enjin carian Google?
  1. Menamakan gambar dengan kata kunci yang sama dengan tajuk entri, iaitu tajuk yang akan dicari oleh pengguna Google. Contohnya: Foto-Fatin-Liyana-Nikah.jpg atau Gambar-Nikah-Fatin-Liyana.png
  2. Meletakkan tag 'alt img' dan juga 'title description' pada gambar dengan kata kunci sama dengan tajuk entri. Caranya ialah masuk bahagian editor blogspot - klik pada gambar yang telah dimasukkan ke dalam entri blog, klik properties seperti ditunjukan di bawah ini.
  3. Tips Menjadikan Gambar Mesra SEO
  4. Letakkan gambar tersebut selepas perenggan pertama atau 100 patah perkataan pertama dalam entri blog anda.


Dah siap. Mudah je kan? Lagi satu, untuk memastikan gambar tersebut senang berada di top rank #1 enjin carian Google, saiznya perlu tidak terlalu besar. Jika terlalu besar, ia susah sedikit untuk berada di dalam paparan images carian Google terawal.

Semoga bermanfaat.

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tips menarik lagi... mesti cuba sekarang juga

    BalasPadam
  2. terima kasih dengan tips ini. akan cuba untuk tarik pembaca utk dtg ke blog picisan nanie

    BalasPadam
  3. wow cara ni bley tambah viwer sampingan yoo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Teknik ini digunakan di laman jual beli seperti Lelong, Mudah .. supaya berada dalam enjin carian.

      Padam
  4. - gambar juga boleh dinamakan menjadi ex: Foto.Fatin.Liyana.Nikah.jpg :)
    - dan utk pic level dslr better optimize kan saiz, plg bgus tanpa jejas kualiti pic should be <150kb
    - dan elakkan spam alt image dgn kata kunci yg lebih kurang sama, better bg satu/dua description yg menjelaskan pic tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu Khalid Kyle ... :) teknik titik tu lejen tu .. main semua keyword. :)

      Padam
  5. dulu aku pandang sebelah mata je image ni..tapi sekarang memang wajib buat..ehehe

    BalasPadam
  6. tip yang sangat baik..memang selalu buat...

    BalasPadam
  7. Tuan HH, nk tanya. Adakah tanda "-" dalam "Foto-Fatin-Liyana-Nikah.jpg" tidak mempengaruhi nama foto/gambar tersebut?

    Kalau letak nama foto/gambar seperti ni iaitu tanpa "-" contohnya "Foto Fatin Liyana Nikah.jpg" boleh ker tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh boleh je letak nama terus macam tu .. tak de masalah. :)

      Padam
  8. salam..mcm mana nak buat image msk dlm pinterest ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena pinned sendiri Shamiera ... :)
      Masukkan script pinterest dalam blog supaya keluar P pada gambar, klik P tu dan masukkan ke dalam Pinterest secara manual

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement