Tahniah Raisyyah Rania (Felixia Yeap) Sah Bergelar Isteri

Tahniah diucapkan kepada rakan blogger Raisyyah Rania atau lebih dikenali sebagai Felexia Yeap kerana telah sah menjadi isteri kepada Dr. Rezal Khairi. Raisyyah Rania Yeap telah selamat diijabkabulkan dengan Dr. Rezal Khairi Ahmad pada 6 Jun 2015, jam 10:30 pagi.

Alhamdulillah. Saya difahamkan perkenalan selama hampir 10 tahun telah membuatkan pasangan ini mengenali hati budi masing-masing. Pasangan Raisyyah Rania iaitu Dr. Rezal Khairi dikatakan merupakan seorang Pegawai Eksekutif di NanoMalaysia Berhad iaitu sebuah agensi di bawah MOSTI.

Raisyyah Rania (Felixia Yeap) Sah Bergelar Isteri Kepada Dr. Rezal Khairi

Berita mengenai pernikahan Raissyah Rania atau Felixia Yeap hanya diketahui apabila tersebarnya gambar-gambar pernikahan kedua pasangan ini menerusi laman sosial Facebook milik Raissyah Rania. Ramai yang memberikan ucapan tahniah atas pernikahan gadis ini yang baru memeluk Islam sekitar Julai 2014.

Saya kongsikan beberapa gambar pernikahan Raisyyah Rania Yeap yang diperoleh dari Facebook rasminya.

Gambar dan Foto Pernikahan Raissyah Rania Yeap

Tahniah Raisyyah Rania (Felixia Yeap) Sah Bergelar Isteri
Tahniah Raisyyah Rania (Felixia Yeap) Sah Bergelar Isteri
Tahniah Raisyyah Rania (Felixia Yeap) Sah Bergelar Isteri
Tahniah Raisyyah Rania (Felixia Yeap) Sah Bergelar Isteri
Nama Felixia Yeap menjadi bualan hangat di media sosial - apabila tampil sebagai model muslimah bertudung dan memeluk agama Islam atas hidayah yang diterimanya - boleh baca Kisah Felixia Yeap Mendapat Hidayah Memeluk Islam. Felixia Yeap sebelum ini pernah menjadi model dalam sebuah majalah dewasa terkenal antarabangsa dan namanya merupakan antara carian paling popular Google pada tahun 2014.

Sebelum hari pernikahan tersebut, Raisyyah Rania ada memuat-naik satu puisi bertajuk Bayi Muslimah. Satu sajak yang mendalam maksudnya, memberikan satu ungkapan untuk mereka yang sering menjemuh dirinya.

Bayi Muslimah

Aku insan yang penuh dosa,
penuh dengan silap masa lalu,
namun ku tetap usaha,
untuk istiqamah selalu.

Aku bukan bidadari,
bukan muslimah yang sempurna,
namun ku tetap mencari,
jalan pulang kearah-Nya.

Aku masih sesat kadang-kadang,
masih ada kebinggungan,
namun niat ku tak pernah hilang,
untuk terus pulang ke pangkal jalan.

Aku tak meminta untuk diterima,
tak layak untuk disayangi,
namun jangan hukum dan hina,
salah silap seorang bayi.

Aku masih merangkak,
masih terumbang-ambing dalam iman,
namun usah buat nafas ku sesak,
berikan bayi ini masa untuk berjalan.

- RaRa Yeap (5/6/2015, 3.23am) -

Sekali lagi, saya mebgucapkan tahniah kepada Raissyah Rania Yeap a.k.a Felicia Yeap atas pernikahan dengan Dr. Rezal Khairi. Semoga kebahagiaan yang dikecapi kekal hingga akhir hayat dan dirahmati Allah S.W.T hendaknya.

p.s: Ramai juga rakan blogger popular yang kahwin dalam bulan Jun sebelum Ramadhan 2015 ini, termasuklah Fatin Liyana, Hanis Zalikha dan juga ........

{ 7 comments.. read them below or add one }

titan titan June 08, 2015
tahniah.

awak dah kahwin dah.

hehe..
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz June 09, 2015
Tahniah ..alhamdulillah jodoh dah sampai ..jodoh itu rahsia Allah,,
Pakar Merawat Sihir Pakar Merawat Sihir June 09, 2015
Hidayah kerja Allah.Siapa yang diberikan petunjuk, tiada yang dapat menyesatkannya.
AnonymousAnonymous June 09, 2015
mencari trafik murahan...spam komen felixia yeap
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN June 09, 2015
Huhu .. ada backlink mahal tu diberikan ... takpe .... janji RY senyum sahaja. :)
Farrah Hasan Farrah Hasan June 09, 2015
Alhamdulilah..Tahniah..suke follow kisah awak..laind ari yang lain..:)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.