Langkau ke kandungan utama

Kisah Raisyyah Rania Yeap Mendapat Hidayah

Peragawati cantik jelita Felixia Yeap telah menjadi topik bualan hangat di mana-mana. Bukan disebabkan model jelita ini pernah tampil dalam majalah Playboy edisi Filipina, dengan baju renang yang menghairahkan tetapi kerana Felixia Yeap tampil di khalayak dengan pakaian muslimah bertudung, walhal dia sendiri ketika itu masih lagi seorang free thinker (tanpa agama). Kontra dengan apa yang difikir dan dilabel oleh orang ramai sebelum ini.

Kisahnya menjadi cerita sensasi di mana-mana, baik di media arus perdana, malah di dunia blog Malaysia.Segalanya bermula di awal Januari tahun 2014, ketika model cantik ini tampil dengan gaya muslimah yang memikat dan memukau. Ramai yang seolah terpikat dengan penampilan terbaru Felixia Yeap, sehingga mendatangkan cemburu pula pada sesetengahnya. Dek kerana penampilan serba kontra dengan sebelum ini yang lebih berimej seksi, ghairah dan mendedahkan, ada yang mencemuhnya dan memberikan komen-komen yang kurang manis kepadanya.
Dari apa yang saya baca, Felixia Yeap, model berbangsa cina ini sebelumnya adalah seorang guru tadika. Kemunculannya di dalam pentas peragaan dan dunia modeling bermula apabila berjaya menjadi peserta akhir Dewi Remaja, yang ketika itu dimenangi oleh Scha Al-Yahya, yang kini seorang pelakon, model dan pengacara TV. Jika tidak silap saya, ia berlaku sekitar tahun 2005.

Kemudian, nama Felixia Yeap semakin dikenali apabila muncul dan menang dalam beberapa pertandingan ratu cantik.
  • Miss Chinese World Malaysia (2006)
  • Miss Malaysia Tourism (2007)
  • Miss Malaysia World (2009)
  • Miss Universe Malaysia (2010)
Felixia Yeap seorang blogger. Dia menulis mengenai kisahnya di blog. Dan kisah mengenai dia memakai hijab juga diceritakan kepada semua pembaca dan pengunjung blognya. Ramai yang terkejut dan ada yang mencemuh bekas ratu cantik ini apabila mengenakan tudung dan berpakaian lebih sopan daripada wanita muslim yang lain. Walhal niat untuk bertudung telah lama ada sejak dari tahun 2013 lagi.
It was a blue hijab and I fell in love with it. Then, I had another chance to wear the hijab again when I was hired as a model for a Muslim boutique in a fashion show during the Hari Raya season - Felixia Yeap

Hidayah dan Magis Sehelai Tudung

Saya difahamkan, Felixia Yeap semakin selesa untuk bertudung dan berhijab apabila diberikan peluang menjadi model untuk pakaian muslimah. Dan dari situ, bermulalah satu episod haru biru dalam hidupnya. Ada yang suka, ada yang tidak suka. Ada yang cebik bibir, ada yang tersenyum sinis tetapi ramai juga yang menyokong pendirian tegar dan berani Felixia Yeap dari berani berbukaan kepada berani menutup seluruh badan.
"Sebaik menyarung hijab, hati saya tiba-tiba terusik. Satu perasaan yang sukar saya ungkap menyelinap dalam hati. Betapa besarnya kuasa sehelai kain nipis yang menutup kepala saya mampu merubah kehidupan saya kini. Sungguh luar biasa." - Felixia Yeap
Felixia Yeap - Bekas model playboy peluk Islam
Gambar Felixia Yeap Bertudung Hijab - Foto: Blog Felixia Yeap
"Secara peribadi, untuk diri saya, saya melihat mengapa saya boleh mendedahkan tubuh, berbikini dan buka sana sini tetapi tidak untuk tutup-tutup dan berhijab?" kata Felixia Yeap dalam satu temuramah.
Allah Maha Besar.

Dari bertudung dan berhijab, Felixia Yeap, gadis berbangsa Cina tanpa pegangan agama, memutuskan untuk membuat satu perubahan besar dalam hidupnya. Felixia Yeap ambil keputusan memeluk agama Islam pada hari kelima Ramadhan iaitu pada 3 Julai 2014.

Tarikh 3 Julai 2014 dipilih kerana ia simbolik dengan kelahiran dirinya sebagai seorang yang insan yang baru. Ia juga merupakan tarikh sambutan hari lahirnya yang ke 28 tahun.
“I want to be a better person, a better woman. The year 2014 will be the beginning of something beautiful”.

Felixia Yeap Peluk Agama Islam 3 Julai 2014

Hebat dan magisnya apabila seorang gadis tanpa pegangan agama mengenakan hijab. Inilah yang dikatakan hidayah Allah S.W.T.
Saya akan memeluk Islam pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis),” kata model pakaian Muslimah, Felixia Yeap, ketika menjadi panel jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam - Harian Metro
Semenjak Felexia Yeap memakai hijab, dirinya kerap dihambur beberapa isu yang panas. Namun, apa yang diaturkan oleh Allah S.W.T itu lebih hebat daripada kecaman manusia. Dari memakai hijab untuk satu iklan, dan diberikan ujian oleh Allah S.W.T, Felixia Yeap yang juga seorang blogger ini dibukakan hati mendalami Islam dan nekad untuk mengucap kalimah suci "Tiada Tuhan Berhak Disembah selain Allah, dan Nabi Muhammad itu Pesuruh (Rasul) Allah".
Siapa kita untuk menilai apa niat di hati.

Raisyyah Rania Yeap - Kisah Sebaliknya

Raisyyah Rania Yeap, itulah nama Islam yang bakal dibawakan oleh Felixia Yeap. Nama itu bukan nama sebarang letak, ada kisah di sebalik pemilihan nama itu.
"Suatu malam, selepas beberapa bulan memakai hijab saya bermimpi. Dalam mimpi itu, saya melihat sepotong nama daripada cahaya yang cukup bersinar-sinar.

"Peliknya, sebagai seorang yang jarang mengingati mimpi, saya bangun tidur dan boleh merakam semula momen mimpi saya.

"Paling ketara ialah tentang nama yang tertulis di dada langit dengan cahaya bersinar-sinar itu buat saya. Apabila saya mencari maksudnya, ia cukup indah," ceritanya bersungguh-sungguh.

Ditebak adakah itu nama yang bakal digunakan sebaik dia memeluk Islam, pantas dalam senyum yang begitu manis Felixia mengangguk.

"Ya, itulah nama Islam saya sebaik saya mengucap dua kalimah syahadah pada Julai ini. Saya percaya semua ini aturan olehNya yang terbaik buat saya. Saya amat bersyukur," ujarnya. - Kosmo Online
Itulah hidayah yang diberikan kepada Felixia Yeap, seorang model yang dulunya beraksi dedah tubuh tanpa segan kini bertudung litup cantik manis tanpa perlihatkan bentuk tubuh. Itulah perancangan hebat Allah S.W.T ke atas hambaNya yang dikehendaki di bulan Ramadhan tahun 1435 Hijriah ini.
gambar cun Felixia Yeap
Kisah blogger dan model jelita Felixia Yeap adalah antara kisah menarik Ramadhan tahun 2014, samalah juga dengan kisah penghijrahan Neelofa yang kini sudah nekad untuk tampil bertudung dan berhijab.

Buat semua kalian pembaca budiman, moga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan sesuatu yang baik untuk kita renungi, khususnya tentang amalan dan kewajipan kita sebagai muslimin dan muslimat.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Maka sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk mendapat hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk menyesatkannya nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah ALLAH menimpa azab kepada orang-orang yang tidak beriman" - ayat 125 Surah Al Anaam.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Seronok tengok Felixia Yeap ni pakai jubah je setiapmasa.... longgar je pakaiannya... semoga Sha jugak mampu camni..... ameen ~

    Semoga Felixia @ Rania terus istiqomah...

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaJulai 03, 2014

    alamak blog ni dah jadi beautiful nara lah plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan sebab nak jadi BeautifulNara bang Tanpa Nama, tapi sebab Felixia Yeap ni seorang blogger .. hoho .. kan blog ini tentang dunia blog Malaysia ...

      Padam
  3. Hari ini Felixia yeap memeluk islam,moga dipermudahkan segala urusan...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..bertambah seorang lagi ummat Nabi Muhammad hari ini.

    BalasPadam
  5. smoga hidayah berkekalan hingga ke syurga

    BalasPadam
  6. suka tengok felixia nih.. bermula dgn tdung singkat, skrang dah mampu cover dan longgarkan baju.. Allah, cantik versi dya..:)

    BalasPadam
  7. panjangkanlah umur dia dgn berjihad djalan Allah!!

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah. Saya tersentuh juga bila baca blog beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak juga dikongsikan kisah suka duka dia bila bertudung dan berhijab ni ..

      Padam
  9. selalu ikuti perkembangan beliau.. sangat bertuah emndapat hidayah Allah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…