Saya terpanggil untuk berkongsi satu informasi ini. Ia berhubung kait dengan saudara baru Islam saya, saudari Raisyyah Rania yang baru sahaja memeluk agama Islam pada 3 Julai 2014, jam 6:30 petang di sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail. Lupakan kisah lampau Felixia Yeap, tetapi kita lihat lembaran dan sejarah baru untuk si cantik berhijab Raisyyah Rania Yeap.

Allah Maha Besar.

Inilah sebaik perancangan yang telah diaturkan oleh Allah S.W.T ke atas hambaNYA. Dalam ujian yang telah diberikan, Allah mantapkan keimanan dan berikan laluan untuk Raisyyah menghadapi situasi dan keadaan yang baru. Jika kita ikhlas jujur dan tekad, in Sha Allah; Allah S.W.T akan bantu kita sehingga diberikan ilham serta cara untuk atasinya.

Raisyyah Rania Yeap Blogger Cantik Jelita

Foto cun Raisyyah Rania bertudung - model muslimah bangsa cina
Dan inilah yang telah insan bernama Felixia Yeap dapat sehingga membolehkan si cantik ini memeluk agama Islam dan menukar nama kepada Raisyyah Rania Yeap yang mempunyai makna dan maksud yang sungguh indah - Pemimpin Yang Mempersona.

"Nama Cina saya (Chin Yee) bermaksud ketenangan dan keanggunan. Saya yang sudah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan dua kalimah syahadah di depan keluarga dan kenalan yang sering memberi galakan supaya terus istiqamah. Tidak ada media yang akan hadir" - Blog Felixia Yeap

Facebook baru Raisyyah Rania Yeap, wujud kerana ilham yang Allah berikan kepada peragawati muslimah jelita ini. Satu lembaran baru supaya yang lama tidak lagi dikenang, dan masa hadapan yang lebih baik bakal dihampar. Ia juga salah satu cara untuk beliau elak fitnah yang semakin menguji.

Vlog (Video Log) Raisyyah Rania Yeap

Raisyyah juga umumkan akaun baru Instagram menerusi vlog yang telah disediakan di bawah. Vlog yang tampilkan salam pertama dari Raisyyah Rania setelah bergelar seorang muslimah. Dan in Sha Allah akan kekal begitu sehingga akhirnya.
Ntah kenapa, hati saya rasa macam best je bila si Raisyyah berikan salam. Walaupun ada lagi kesan pelat wanita berbangsa cina, tetapi ia jelas dan lancar; seolah seperti telah lama menjadi seorang Islam.

Video di atas adalah video pertama dari Raisyyah setelah memeluk Islam. Ia juga video bagi menjelaskan mengenai dakwaan yang mengatakan bahawa dia memeluk Islam dek kerana seorang lelaki Muslim.
Foto cun Raisyyah Rania bertudung - model muslimah bangsa cina
Saya doakan yang terbaik untuk Raisyyah sebagai seorang saudara baru seagama Islam. Saya percaya kisahnya mendapat hidayah dan magis sehelai tudung adalah yang menguis hatinya untuk memeluk agama Islam dan bukan dek kerana seorang lelaki dan juga cinta manusia.

Facebook Baru Raisyyah Rania Yeap

Bantu Raisyyah Rania Yeap elak fitnah dan sebarkan akaun-akaun baru miliknya ini. Doakan dia terus istiqomah untuk menutup aurat, istiqomah menjalani kehidupan sebagai muslimah sejati. Dan doakan Raisyyah mendapat jodoh yang baik bagi agamanya dan masa depannya.
Untuk info, Raisyyah handle sendiri akaun-akaun media sosial tanpa dibantu oleh orang lain atau pengurus. :) Jadi, hoho .. kalau ada yang rasa nak handle tu .. mungkin boleh contact Raisyyah sendiri.
Bekas model playboy peluk agama islam
Kredit Gambar: Neng Geulis

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

13 Komen

raisyyah... sedap.. rania.. pun sedap je nak sebut. :)
dan memang bila dia ucap salam mmg sejuk hati ni..

Reply

Alhamdulillah, semoga dia sentiasa istiqamah!

Reply

assalamualaikum HH...alhamdullilah ...;)

Reply

semuanya dimulakan baru...hidup baru...alhamdulillah...

Reply

Dia bahasakan dirinya sebagai Raissyah .. :)

Reply

Alhamdulilah. Kita juga patut mulakan dengan yang baru.

Reply

Bagus. Semuanya bermula dengan yang baru.

Reply

Rania, sedap nama tu..sama macam nama permaisuri jordan

Reply

nama cantik..orang pun lagi cantik maa..

Reply

alhamdulillah ...namanya seindah penampilannya .

Reply

Semakin cantik :) alhamdulillah....

Reply

Macam ada kerja kosong....heee
Maksud nama dan orangnya memang sepadan.

Reply

uisssshh..
xleh tgk lama2 muka rania nie.
bikin jantung gugur :)

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.