Carian Google Paling Popular 2014

Carian Google paling popular tahun 2014. Jika anda telah membaca entri mengenai cara mudah nak tahu trending keyword Google Search, tentu sudah manfaatkan ia untuk mendapatkan trafik ke blog menerusi enjin carian Google. Google antara penyumbang trafik organik paling berpengaruh di dunia, jika nak dibandingkan dengan Yahoo mahupun Bing.

Banyak peranti mudah alih menggunakan platform Google untuk pencarian maklumat dan informasi. Ia juga merupakan satu sumber buat duit untuk blogger jika tahu memanfaatkan kata kunci carian dan memanipulasi enjin carian Google untuk membolehkan blogger buat duit lebih masyuk. Apa yang perlu dilakukan ialah memastikan blog anda responsif, dan blog lulus mobile-friendly test.

Kesan blog yang responsif bukan sahaja membolehkan blogger buat duit online, tetapi memastikan trafik blog dijana dari segenap sumber. Ia juga untuk membolehkan ruangan pengiklanan di blog dioptimasi sepenuhnya. In Sha Allah, 4 cara buat duit online di tahun 2015 akan lebih baik hasilnya.
Carian Google Paling Popular 2014

Carian Google Paling Popular 2014

Carian Google paling popular 2014 akan dikeluarkan setiap tahun menerusi Google Zeitgeist. Dan tahun 2014 memperlihatkan beberapa carian paling popular Google di Malaysia yang sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Berbeza kerana ada dua keyword paling popular yang memperlihatkan tragedi atas Malaysia iaitu MH370 dan MH17.
Google juga menyenaraikan beberapa keyword lain berdasarkan kategori tertentu - Carian mudah alih paling popular 2014, carian individu (orang) paling popular, carian model kereta paling popular, carian selebriti Malaysia paling popular, carian filem Malaysia paling popular dan beberapa lagi.

Saya kongsikan kepada anda beberapa carian popular Google sepanjang 2014 mengikut kategori yang telah dikeluarkan oleh Google Zeitgeist.
Carian Google Paling Popular 2014

Carian Individu Paling Popular 2014

  1. Karpal Singh
  2. Robin Williams
  3. Jennifer Lawrance
  4. Felixia Yeap
  5. Hanez Suraya

Carian Menerusi Peranti Mudah Alih Paling Popular 2014

  1. World Cup 2014
  2. MH370
  3. MH17
  4. iPhone 6
  5. Dorothy Hodgkin
Carian Google Paling Popular 2014

Carian Model Kereta Paling Popular 2014

  1. Perodua Axia
  2. Proton Iriz
  3. Honda City
  4. Honda Jazz
  5. Proton Zaara

Carian Selebriti Malaysia Paling Popular 2014

  1. Felixia Yeap
  2. Hanez Suraya
  3. Keith Foo
  4. Sharifah Aini
  5. Erra Fazira

Carian Filem Malaysia Paling Popular 2014

  1. The Journey
  2. Abang Long Fadil
  3. Balistik
  4. Pengantin Malam
  5. Kami Histeria

Carian Filem Paling Popular 2014

  1. Annabelle
  2. Frozen
  3. Interstellar
  4. Maleficent
  5. Godzilla

Carian Laman Berita Paling Popular 2014

  1. Malaysiakini
  2. Berita Harian
  3. Kosmo
  4. Sinar Harian
  5. Harian Metro

Carian Laman Online Shopping Paling Popular 2014

  1. Lazada
  2. Mudah
  3. Lelong
  4. Groupon
  5. Zalora

Carian Siri TV Paling Popular 2014

  1. Rindu Awak 200%
  2. Ariana Rose
  3. Projek Memikat Suami
  4. Line Walker
  5. Temptation of Wife

Alhamdulillah, trafik dari Google adalah penyumbang terbesar kepada trafik blog ini sepanjang tahun 2014. Trafik terhasil untuk tahun 2014 untuk blog ini mencapai lebih 1 juta pageviews dan 789,065 hits (>50% ) terhasil daripada enjin carian Google. Ia juga merekodkan seramai 641,269 trafik terhasil daripada pengunjung unik (UV).

Mungkin anda nak tahu apakah keyword paling popular yang memberikan trafik ke blog hasrulhassan.com ini. Berikut adalah 10 kata kunci paling popular 2014 menerusi Google.
  1. Jadual SPM 2014
  2. Rumah Mesra Rakyat
  3. Jadual Piala Dunia 2014
  4. Puding Jagung
  5. Fatin Liyana
  6. Resepi Jeruk Mangga Asam Boi
  7. Pepero Halal
  8. Pasar Kemboja Parit Buntar
  9. Resepi Puding Jagung
  10. Beautifulnara
Apa pula kata kunci popular untuk blog anda? Anda boleh tahu kata kunci popular blog anda menerusi Google Analytics. Cuba tengok kata kunci rakan blogger Denaihati yang telah buat entri serupa Carian Google Paling Popular 2014... hoho .. nampak ada beberapa persamaan la pulak.

{ 21 comments.. read them below or add one }

Sentiasa Panas Sentiasa Panas December 29, 2014
Carian blog paling popular 2014 takde ke HH?
Mrs Yatie Mrs Yatie December 29, 2014
hebat kan carian untuk tahun 2014 ni :)
Ismail Ahmad Ismail Ahmad December 29, 2014
memang hebat-hebat belake
Aretikz Aretikz December 29, 2014
Trending yang tak boleh dinafikan.. hehe
tarmizi tarmizi December 29, 2014
Mohon buat carian blog popular 2014
amirwaffi amirwaffi December 30, 2014
saya dapat page view 778,194
(7.05 Pages/Visit) dari ogos...huhu
kucha lana kucha lana December 30, 2014
isu MH370 tu memang memberi impak yang besar dan sehingga kini masih menjadi misteri
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 30, 2014
Nampaknya blogger tidak sepopular di tahun 2013.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 30, 2014
Hmm banyak benda tak berapa bagus yang dicari ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 30, 2014
Hmm siapa2 yang pandai manipulasi tu mungkin trafik blog mereka lebih kencang lagi ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 30, 2014
Wow .. hebat tu .. memang tak terlawanlah blog ini ... banyak blog hebat2 yang guna pendekatan SEO dapat impak trafik positif.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 30, 2014
Ya. Misteri kehilangan MH370 sehingga ini masih menjadi perhatian dunia ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 30, 2014
Hoho .. kena hantar email ke Google la nampaknya .. haha
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com December 30, 2014
abg HH, gambar awek tu lawo btul heheh - kedaionlinemy.com
MyLife Ria MyLife Ria December 30, 2014
Bila sebuat jer pasal kapal terbang yang hilang, mesti orang nak kaitkan dengan MH370
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 30, 2014
Haa kalau dah berkenan, pergilah merisik .. hoho
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 30, 2014
Ia akan menjadi arkib di dalam sejarah negara ... esok2 nanti pelajar akan ketahui sejarah nahas ni dalam buku teks berkaitan sejarah aviasi negara.
Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah January 01, 2015
wah ! kalau cn banyak tentang pbs jer..hehe

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.