14 Jun 2015

Gambar Pernikahan Fatin Liyana - Anwar Fazal

Gambar dan foto pernikahan Doktor Fatin Liyana - Dr Anwar Fazal. Tahniah saya ucapkan kepada rakan blogger yang juga seorang doktor, Fatin Liyana Asri yang telah selamat diijabkabulkan dan menjadi isteri yang sah kepada jejaka kacak yang juga seorang doktor, Anwar Fazal. Dr Anwar Fazal merupakan sepupu kepada pengarah muda terkenal Malaysia - Syamsul Yusof.

Fatin Liyana dan Anwar Fazal telah selamat dinikahkan pada kira-kira jam 12 tenghari 13 Jun 2015. Saya difahamkan majlis pernikahan diadakan serba sederhana. Fatin Liyana bernikah dengan Anwar Fazal setelah mengikat tali pertunangan pada akhir tahun 2014. Mereka berdua merupakan antara penulis novel kedoktoran Diagnosis 2.

Selamat Pengantin Baru Fatin Liyana - Anwar Fazal

Ehemmm .... jika anda seorang blogger Malaysia, tentu kenal dengan Dr Fatin Liyana. Blogger cantik ini bukan sahaja bijak, malah merupakan antara blogger popular di Malaysia. Beliau juga adalah blogger yang berjaya menjadi antara carian individu paling popular dalam Google pada tahun 2011.

Majlis persandingan atau resepsi kedua pasangan ini akan diadakan pada 14 Jun 2015 di Putrajaya. Saya antara rakan blogger yang menerima undangan ini walaubagaimanapun, tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu. Hoho .. jauh ooo nak datang dari Penang ni untuk ke majlis ni.
Kad Undangan Perkahwinan Anwar Fazal - Fatin Liyana
Apapun, terima kasih kepada Dr. Fatin Liyana dan Dr. Anwar Fazal yang sudi menjemput saya dan keluarga untuk ke majlis resepsi tersebut. Terharu saya menerima undangan ini. Mungkin lain kali kot kita boleh berjumpa .... in Sha Allah.

Untuk lihat gambar majlis resepsi Fatin Liyana - Gambar dan Foto Majlis Resepsi Perkahwinan Fatin Liyana - Anwar Fazal

Tahniah, dan selamat pengantin baru kepada Fatin Liyana dan Anwar Fazal. Saya doakan semoga anda berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat, dan menjadi antara doktor terbaik di Malaysia, in Sha Allah.

Gambar Pernikahan Fatin Liyana - Anwar Fazal

Meh lihat beberapa gambar majlis pernikahan Fatin Liyana dengan Anwar Fazal yang telah dikongsikan oleh Maroon Production.

Sedikit pesanan khidmat masyarakat. Mari menyumbang untuk Projek Iqra' bagi membantu anak-anak asnaf, yatim dan kurang berkemampuan merasai kemeriahan Aidil Fitri 2015. Projek tahunan anjuran  Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia ini mengajak anda untuk menaja seorang penerima manfaat dengan nilai sumbangan RM200/seorang.
Projek Iqra 2015 - Shopping Raya
Terdapat 600 penerima manfaat untuk ditaja untuk tahun 2015.

Untuk salurkan tajaan anda, sila lakukan transaksi menerusi pautan berikut - http://bitly.com/shoppingraya2015
Atau 
Akaun Maybank - 564810504003
Nama : Persatuan Kebajikan Projek IQRA' SeMalaysia
Emailkan : info@projekiqra.com
Letakan nota : Shopping Raya 2015

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

15 Komen Gambar Pernikahan Fatin Liyana - Anwar Fazal

Cantik FL...tahniah kepada Dr.fatin liyana n Dr Anwar Fazal...semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah

sweet je kan? Untunglah dapat jemputan

Kawin juga akhir nya.. Tahniah

Tahniah..Selamat Pengantin baru FL :)

fuhyooo! seri pengantin yang cun habis :D

berseri sangat tak perlu makeup tebal-tebal kan?

beautiful wedding dgn kisah kisah mereka yang sgt best!

Simple dan sangat cantik...less is beautifull :)

Hmm memang rasa bertuah dapat undangan tapi malangnya tak dapat nak hadir ke perkahwinan Fatin Liyana dan Anwar Fazal

Doakan kebaikan buat kedua pasangan sama cantik, sama padan ni ye .. in Sha Allah.

Sejuk mata memandang ye tak?


EmoticonEmoticon