Novel Diagnosis 2 Dr Fatin Liyana Laris

Novel Diagnosis 2, hasil karya 7 doktor tempatan termasuklah Dr Fatin Liyana dikhabarkan laris dalam pasaran online. Selain Dr Fatin Liyana Asri, penulis Diagnosis 2 juga melibatkan Dr Anwar Fazal, Dr Aizzat, Dr Azah, Dr Beni, Dr Mafeitz and Dr Mahyuddin.

Tahniah buat Dr Fatin Liyana dan rakan-rakannya yang lain. Hebat. Saya mengakui bahawa penulisan Dr Fatin Liyana dari keanakkan telah menjadi semakin matang, dan ini dibuktikan dengan penulisan terbaik di dalam bentuk novel Diagnosis 2.

Diagnosis 2 Dr Fatin Liyana Laris

Novel Diagnosis 2 Fatin Liyana Anwar Fazal
Siapa kata blogger hanya tahu menulis hanya di alam maya sahaja? Ramai je blogger hebat lain yang membentuk corak dan penulisan unik mereka sehingga diiktiraf di luar dunia online Malaysia. Saya boleh berikan beberapa nama besar, contohnya blogger Cik Epal, blogger Abang Ensem dan ramai lagi.

Novel Diagnosis Terjual 15,000 Naskah

Dikhabarkan bahawa novel Diagnosis 2 laris dan terjual 15,000 nashkah dalam masa 3 bulan berada dalam pasaran online. Wow ... memang terbaik dan patut dibanggakan. Saya pasti ada di antara anda yang membaca blog post ini telahpun membeli dan membaca novel Diagnosis 2 karya 7 doktor Malaysia ini. Kalau tidak masakan aura buku tersebut menjemput anda untuk melihat artikel ini. Atau setidak-tidaknya ada rasa ingin tahu mengenai novel karya blogger cantik bernama Fatin Liyana.
Foto pertunangan Dr Fatin Liyana - Dr Anwar Fazal

Nama Dr Fatin Liyana bukan asing lagi. Kesahnya sering mendapat perhatian dunia blogger Malaysia. Apatah lagi apabila gadis cantik lagi bergelar doktor ini telahpun melangsungkan pertunangannya dengan Dr Anwar Fazal, yang juga merupakan sepupu kepada pelakon dan pengarah muda terkenal Malaysia - Syamsul Yusof.dan Syafiq Yusof.
Novel Diagnosis 2 nampaknya satu yang istimewa kerana ia merupakan catatan yang bersandarkan kepada pengalaman doktor-doktor yang menjadi tabir penerbitan novel ini. Paling menarik, novel ini adalah sebuah novel menekankan soal motivasi diri dan juga ketuhanan, yang disebut oleh Fatin Liyana - kembali kepada yang Maha Esa.
Prelude Diagnosis 2

Prelude Novel Diagnosis 2

Sedikit prelude novel Diagnosis 2

Kerjaya ini memaksa kamu untuk melihat nilai nyawa dari pelbagai dimensi.Ia menjadikan kamu penonton setia drama tragis dan gembira yang berselang seli saban hari. Kamu menjadi watak pada transisi hidup mati. Protagonis atau antagonis,bergantung pada mata penilai manusia tetapi hakikatnya hanya Penilai Mutlak lebih tahu semua yang bersarang di hati. Kerjaya ini,jika benar untuk Ilahi,pasti akan menundukkan hati dan buat rasa rendah diri.

Ada tikanya bila kamu berjaya menyelamatkan nyawa dengan izinNya, bila pesakit mula membuka mata dan melakarkan senyuman manisnya,bila ahli keluarganya merangkul atau menjabat erat tangan kamu dengan mata berkaca,saat itu kamu tahu inilah kerjaya yang paling ‘kaya' dan kamu rela bersengkang mata,mengerah tenaga hingga ke sisa-sisa akhir yang ada kerana kamu tahu ‘rasa itu’ rasa yang tak mampu dibeli biar dengan segunung harta materi di dunia Ya, ini kerjaya kami selamanya

Moga sekual Diagnosis ini mampu membuka mata semua yang hidup ini hanya persinggahan sementara dan tujuan kita bernyawa tidak lain tidak bukan ialah untuk menjadi hamba. Bacalah dengan hati dan minda yang terbuka.

Ini buku untuk semua.

Bacalah dengan namaNYA.

Siapa dah baca novel ini? Mungkin boleh tinggalkan sedikit komen untuk tatapan yang lain, in Sha Allah. Difahamkan novel ini dijual secara online berharga RM30 dengan paparan 356 muka surat. Dan sedikit masa lagi akan mula dijual di kedai-kedai buku rangkaian MPH.

Tahniah kepada Diagnosis 2.

3 comments.. read them below or add one

nadiah hanum nadiah hanum March 14, 2015
Saya belum miliki novel ni lagi...insyaallah akan cuba dapatkan...pasti menarik, pengalaman sebenar para doktor.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 14, 2015
Hmm belum ada review terkini dari blogger Malaysia. Tetapi dah diwar-warkan oleh FL dalam blognya.
Kisahati Wanie Kisahati Wanie March 18, 2015
ada baca juga mengenai buku ni dalam blog FL...insyaAllah akan mendapatkannya nanti...HH, blog saya ceritanorniwanie@blogspot.com macam ada something wrong,macam kena virus ke apa pun saya tak tahu..boleh mohon tuan HH tenggokkan?kenapa ye?terima kasih.. ^^

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.