Buffet Buka Puasa Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House

Buffet berbuka puasa Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House. Wah, sana sini ada promosi buffet Ramadhan. Bukan hanya di ibukota Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar sahaja ada promosi buffet buka puasa Ramadhan ini, malah tempat seperti Bukit Merah Laketown Club House juga ada menyediakan buffet Ramadhan 2015 yang tersendiri.

Mungkin ramai yang belum lagi mengenali mengenai Bukit Merah Laketown Club House ini. Jika anda pengikut setia blog saya, tentu sudah lihat perkongsian sebelum ini mengenai ABC (Ais Batu Campur) Gunung, ABC Bukit, dan paling terbaru ABC Talam yang menjadi antara trademark tarikan ke Bukit Merah Laketown Club House ini.

Malah, ABC Bukit di Bukit Merah Laketown Club House pernah menjadi viral di media sosial satu ketika dahulu kerana keunikannya yang tersendiri.

Buffet Buka Puasa Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House

Buffet Buka Puasa Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House
Untuk Ramadhan 1436H/2015, Bukit Merah Laketown Club House telah menyediakan menu istimewa untuk kunjungan ramai berbuka puasa di situ. Sebagai menghargai sokongan ramai terutama pelanggan-pelanggan setia, Bukit Merah Laketown Club House telah menyediakan menu menarik buffet berbuka puasa bertemakan resepi Sesedap Air Tangan Bonda, sempena Ramadhan 1436H/2015.

Menu Biasa-Biasa Tetapi Istimewa

Saya sendiri telah berkesempatan untuk berbuka puasa di Bukit Merah Laketown Club House. Dengan harga buffet yang sangat berpatutan, apatah lagi disertakan dengan mandi kolam/pool percuma; ia memang satu pakej buffet Ramadhan antara paling best dan menarik tahun ini. Bukan sekadar menarik perhatian ibu bapa seperti saya, malah anak-anak sendiri turut teruja untuk berbuka puasa di Bukit Merah Laketown Club House.
Buffet Buka Puasa Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House

Harga Buffet Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House

  • Harga Dewasa : RM22/seorang
  • Harga Kanak-Kanak : RM16/seorang
  • Percuma : Mandi malam di kolam renang

Promosi ini telah bermula sejak 25 Jun 2015 yang lalu, dan saya serta keluarga telah berkesempatan untuk mencuba menu berbuka puasa yang bertemakan Sesedap Air Tangan Bonda ini. Dalam sessi ini, saya telah mencuba beberapa menu sedap lagi menyelerakan yang disediakan oleh 4 orang Chef, antaranya:
  • Nasi Hujan Panas
  • Sambal Udang Petai
  • Ayam Masak Merah
  • Jelatah
  • Dalca
  • Aneka Kuih Muih Tradisional
  • Puding Jagung
  • Aneka Mee termasuklah Laksa
  • ABC istimewa termasuklah Cendol
  • Buah-buahan tempatan
Buffet Buka Puasa Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House
Memang kenalah dengan konsep Sesedap Air Tangan Bonda. Walaupun menu nampak biasa-biasa, tapi percayalah, semua menu ini sedap-sedap belaka. Antara paling saya suka ialah Nasi Hujan Panas dan Ayam Masak Merah. Dan tidak melepaskan peluang, saya mencuba Mee Kari dan juga ABC sendiri buat .... fuhhh memang puas hati.
Buffet Buka Puasa Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House
Buffet Buka Puasa Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House
Buffet Buka Puasa Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House

Anak-Anak Buat ABC Sendiri

Bukan hanya saya dan isteri suka akan menu yang disediakan, malah anak-anak saya juga suka. Jadi, memang berbaloilah dengan harga yang dibayar. Paling menyeronokkan anak-anak saya ialah mereka dapat mencuba untuk membuat ABC dan Cendol sendiri di kiosk yang disediakan. It's not just delicious but also fun for the kids. Terbaiklah.

Terjun Kolam Renang Bukit Merah Laketown Club House

Selesai sahaja anak-anak menjamu selera berbuka puasa, dan saya serta isteri selesai menunaikan sholat Maghrib di surau yang disediakan, maka tibalah masa anak-anak berendam dan bermain di kolam renang yang ada di Bukit Merah Laketown Club House ini.
Anak-anak berseronok di kolam renang, saya pula ulang-alik mencuba hidangan buffet yang tersedia..... hahaha .... ini yang saya katakan apa yang dibayar berbaloi-baloi.

Peta Lokasi Bukit Merah Laketown Club House

Ok. Kepada yang mungkin nak mencuba hidangan dan menu buffet buka puasa Ramadhan di Bukit Merah Laketown Club House ini, bolehlah merujuk kepada peta di bawah ini untuk lokasi. Secara amnya, lokasi Bukit Merah Laketown Club House tidaklah sesukar mana.

Cara-Cara Untuk ke Bukit Merah Laketown Club House

Apa yang perlu anda buat ialah melalui lebuhraya Utara Selatan (PLUS) anda ambil susur keluar (exit) tol Bukit Merah. Pada simpang lampu isyarat sebaik sahaja keluar tol, sila ambil kanan. Kemudian anda nampak signboard Bukit Merah Laketown Resort, anda masuk sehinggalah anda jumpa resort yang dimaksudkan. Di bulatan pertama, anda ambil terus (jam 12) dan terus sampai ke hujung jalan anda akan nampak Bukit Merha Laketown Club House ini di sebelah kanan.

Tempahan dan Info Lanjut

Untuk tempahan dan info lanjut mengenai Buffet Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House ini, anda boleh hubungi:

Puan Norsham
  • 012-5844991
  • 013-2587974
Facebook: Bukit Merah Laketown Club House

Update terbaru:

Datuk Jamal Abdillah pun memilih tempat ini untuk berbuka puasa. Datuk Jamal Abdillah telah hadir merasai menu berbuka puasa Buffet Ramadhan Bukit Merah Laketown Club House pada 29 Jun 2015. Meriah sungguh nampaknya - boleh lihat di page Bukit Merah Laketown Club House.
Jadi, kalau senyap-senyap Datuk Jamal Abdillah secara peribadi pilih tempat ini untuk berbuka puasa, pastilah ia sesuatu yang istimewa ... tak gitu?

Cubalah ye. Saya pasti anda tidak akan kecewa, in Sha Allah.

Selamat menjalani ibadah puasa.

4 comments.. read them below or add one

Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal June 30, 2015
Assalammualaikum... bro HH,

selamat berbuka puasa bro HH... nampak sedap dan menyelerakan..

mselim3
Ahmad Zaki Ahmad Zaki June 30, 2015
Agak murah juga dalam kategori buffet. Rasa nak pergi tapi belum kesampaian jauh ke sana.

ZH Blogger
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol June 30, 2015
murahnya buffet dia... wow !

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.