ABC Talam Bukit Merah Laketown Clubhouse

ABC Talam sudah semakin dikenali dan menjadi tarikan menu istimewa di Bukit Merah Laketown Clubhouse. Saya dan famili berkesempatan untuk singgah di situ, dan merasai akan keistimewaan yang ada pada ABC Talam. Sebelum ini, kami pernah singgah untuk mencuba ABC Gunung yang unik.

ABC Talam di Bukit Merah Laketown Clubhouse ada tiga jenis. Ia dikenali sebagai ABC Talam Kaseh, ABC Talam Bukit dan ABC Talam Gunung. Cukup mudah nak membezakannya. ABC Talam Kaseh ada bentuk hati, manakala ABC Talam Bukit dan Gunung adalah merupakan Ais Batu Campur kesinambungan ABC Gunung dan ABC Bukit yang sebelum ini diperkenalkan.

ABC Talam Bukit Merah Laketown Clubhouse

Hebat betul idea pemilik Bukit Merah Laketown Clubhouse ni yang memperkenalkan sesuatu yang unik daripada sesuatu yang biasa.
Kalau anda nak mencuba merasa ABC Talam ini bolehlah singgah ke Bukit Merah Laketown Clubhouse. Untuk ke sana, anda hanya perlu keluar di tol Bukit Merah berdekatan dengan RNR Gunung Semanggol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Sebaik sahaja keluar tol plaza, anda perlu belok ke kanan dan masuki ke Bukit Merah Laketown. Apabila masuk ke Bukit Merah Laketown Resort, di bulatan pertama, ambil terus (jam 12) dan terus sehingga bertemu satu lagi bulatan. Anda akan jumpa lokasi ini di penghujung jalan, betul di depan deretan kedai runcit di situ.
Dengarnya di bulan Ramadhan, ada buffet istimewa bermula minggu kedua...hoho .. nanti saya tulis lagi jika ada ...tapi in Sha Allah, menu ABC Talam dan ABC Gunung masih lagi menjadi hidangan dan menu istimewa di sini.

0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.