Langkau ke kandungan utama

Rahsia Sebenar SEO Jana Income

Saya seringkali cakap mengenai SEO atau Search Engine Optimization. Dan acapkali saya sebut, SEO adalah cara mudah nak dapatkan trafik tinggi dan berterusan untuk blog. Tetapi, SEO lebih daripada itu. SEO adalah teknik lubuk duit online yang hebat. Entri ini saya akan kongsikan rahsia sebenar SEO menjana income. Iya sudah terbukti dan anda jika mahu serius buat duit online dengan blog, maka perlu tahu mengenai SEO ini.

Ramai blogger Malaysia anggap saya sebagai Pakar SEO. Top blogger Denaihati juga pernah menulis mengenai diri saya - Hasrul Hassan Pakar SEO Malaysia. Tapi hakikatnya, saya bukanlah pakar SEO sebenar. Pakar SEO sebenar adalah mereka yang sedang berkerja di Google. Merekalah yang mencipta algorithma enjin carian Google yang membolehkan blog-blog mesra SEO berada di top rank halaman carian Google.

Rahsia Sebenar SEO Jana Income

Rahsia Sebenar SEO Jana Income

Berada di top rank enjin carian Google bukanlah nasib. Ia sebenarnya melibatkan teknik-teknik SEO yang blogger dan pengendali laman web harus tahu. Dengan memahami teknik SEO, anda bukan sahaja membolehkan entri berada di top enjin carian, tetapi dalam masa yang sama membolehkan blog anda menjana income yang anda tidak sangka-sangka.

Malah dengan teknik SEO, anda boleh join kontest SEO dan menang hadiah-hadiah menarik. Saya sendiri berjaya menang beberapa contest SEO pada tahun 2014, hanya kerana saya berhabis masa dan wang untuk mengetahui mengenainya. Pelaburan awal, alhamdulillah berbaloi buat diri saya. Anda juga boleh menjadi seperti saya, tak percaya? Anda takkan percaya setelah mencubanya.
Ramai blogger yang telah aplikasikan SEO untuk tujuan buat duit menerusi affiliate. Rakan blogger Encik Titan sendiri menggunakan teknik SEO Merah Jambu untuk jana komisen ribuan ringgit. Saya sendiri berguru secara diam dengan pakar affiliate Malaysia ini.
Teknik SEO jana income blog

Blogger Prof Hariz yang pernah saya ceritakan sebelum ini, yang jana income lumayan dari blog menerusi affiliate juga menggunakan teknik SEO untuk jana income 4 angka dalam masa 5 hari. Malah, blogger muda Khairul Asrol juga pernah menjana RM7K dalam masa 7 hari, dan praktikkan teknik SEO dalam blognya.

Rahsia sebenar SEO jana income lumayan ini adalah kerana ia membolehkan anda menulis sesuatu untuk targeted audience. Ini bermakna hanya mereka yang berminat dengan tajuk tersebut yang akan baca. Cuba lihat contoh-contoh di bawah ini.
SEO bantu lariskan buat duit dengan instagram
SEO bantu jana income panduan kerjaya
SEO bantu lariskan produk
Anda nampak tak? Hanya mereka yang benar-benar mahu ketahui dan cari maklumat tersebut akan nampak entri-entri anda dalam enjin carian.

Contoh pertama, di dalam entri tersebut ada pautan ke link untuk dapatkan panduan buat duit dengan instagram. Tahukah anda, jika ia satu link affiliate, dan produk tersebut terjual, anda akan dapat komisen antara 40-70 peratus?

Contoh kedua, entri anda berada di top enjin carian untuk golongan yang tersangat ingin lulus peperiksaan online sebab mahu dapatkan kerja impian mereka. Dengan blog niche kerjaya kerajaan yang sama, blog tersebut bukan sahaja akan membuatkan mereka beli satu produk affiliate, tetapi ada kemungkinan dapatkan produk lain yang ada kaitan dengan kerjaya mereka.

Contoh ketiga, entri anda berada di top enjin carian. Pengiklan di blog anda seronok kerana tiba-tiba dapat banyak panggilan telefon, sms, whatsApp malah pertanyaan di Facebook, hanya kerana satu review pendek yang anda buat di blog. Pengiklan sanggup bayar anda sehingga RM500 satu post untuk anda tulis review yang boleh berada di halaman utama enjin carian, inilah rahsia SEO yang menjana income untuk blog.

Dari satu teknik, iaitu teknik SEO ... anda bakal dapat banyak cabang buat duit online.

Tahukah anda pada 13 Disember 2014, pakar buat duit affiliate iaitu Encik Titan dan juga Prof Hariz akan berkongsi pengalaman mereka buat duit di blog? Daftarlah sekarang untuk dapatkan ilmu tersebut. Kepada yang berminat, boleh daftar di sini - http://www.denaihati.com/seminar/hasrulhassan

SEO bukan sahaja mengenai trafik ke blog, tetapi ia merupakan mekanisma penting untuk blog menjana pendapatan. Jika anda tidak tahu, maka belajarlah.

Komen

  1. terima kasih di atas perkongsian ini abang HH...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Farah Waheda ... :) dgr sudah ada perkembangan baru dalam kerjaya ..

      Padam
  2. Terbaiklah....Kalau letak link affiliate untuk artikel tu mmg terjerat ni...hoho

    BalasPadam
  3. Info yang menarik. yang penting kena cari ilmu dulu baru boleh amalkan teknik SEO

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    BalasPadam
  4. Ilmu SEO sememangnya tak kan pernah berhenti... terima kasih untuk perkongsian yang menarik ini.

    BalasPadam
  5. Ye betul...tuan dan mereka yang kerja di Google tu pun sama pakar...mereka cipta algorithma enjin pencarian dan tuan HH gunakannya aplikasi SEO terbaik..

    BalasPadam
  6. organik trafik dari google yang menjana 80% daripada trafik blog saya.. tapi saya masih tak berapa nak fasih pasal SEO ni..

    BalasPadam
  7. memang sangat mengujakan semuanya..hoho..selamat berseminar le kepada mereka yang join tu :D

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum HH,

    Saya bukanlah pakar dalam SEO hingga saya dapat kongsikan strategi-strategi yang hebat dalam SEO. Cuma saya nak kongsikan apa yang biasa saya lakukan, mungkin nampak biasa, tetapi memang memberikan kesan.

    Dan saya yakin semua orang mampu lakukannya. Yang penting usaha. Apa yang saya lakukan hanyalah sentiasa update blog secara konsisten. Pastikan blog adalah blog yang niche (khusus).

    Kemudian sebelum nak tulis artikel, saya akan kaji apakah keyword yang mempunyai carian yang tinggi dan paling relevan dengan artikel yang akan saya tulis. Tujuannya supaya saya boleh masukkan keyword tersebut dalam artikel nanti.

    Selepas saya publish artikel tu, saya akan ping ke laman ping, saya selalu gunakan pingomatic.com dan pingler.com.

    Kemudian saya akan submit juga url artikel saya di laman web google dan yahoo. Saya konsisten dengan cara ini, dan saya lihat perkembangannya menggunakan google analytic, memang membantu.

    Cuma kelemahannya ialah mengambil masa sedikit, tetapi bagus untuk jangka masa panjang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Saya guna autoping dan feedshark paling tidak seminggu sekali untuk bolehkan entri berada top di enjin carian.

      Cuma saya tak buat kajian keyword memandangkan blog ini adalah blog personal, lebhih kepada prinsip perkongsian buat semua; bagi membolehkan ramai pengunjung baca apa yang mereka mahu.

      Submiting ke enjin carian selalunya saya buat sebulan sekali. Yang ini pun saya ada ceritakan di dalam blog ini.

      Terima kasih atas kesudian berkongsi tips.

      Padam
  9. tu dia sifu dah buka rahsia...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah..x buat keyword research pun trafik masuk macam air.. perkongsian yg hebat..

      Padam
  10. Sangat menarik... nice sharing HH

    BalasPadam
  11. perkara ini jika kita aplikasikan maka kejayaan itu boleh kita raih sama seperti mereka..

    BalasPadam
  12. Banyak lagi nak kena belajar ni..

    BalasPadam
  13. sifu saya 50 k sebulan jualan produk kesihatan guna seo..saya baru belajar dengan dia pun dh dpt 3k sebulan tanpa iklan..sifu saya ada dekat 50 laman web jualan online..sale saja 50k tak termasuk dia buat laman web untuk orang lain

    BalasPadam
  14. saya belajar dengan sifu saya setengah jam je untuk dia terangkan seo ni ingat susah sangat.alhamdulillah ada laman web saya dah dapat 1500 pengunjung sehari setelah tiga bulan beroperasi..tak payah iklan dptla sales 4 ribu sebulan..kepada semua belajarla seo tak rugi pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow .. lumayan tu RM4K sebulan ... :)

      Padam
  15. Balasan
    1. Cepat2 nanti tersedak .. perut memulas .. kena cari ENO

      Padam
  16. Masih banyak lahi kene beljar bab seo ni hamaknya..

    BalasPadam
  17. seo ni umpama nyawa jugak ye. dulu tak kisah sangat dengan seo ni tapi bila sekrang ramai dah orang bukak mata dengan seo maka nak kena belajar lebih nmpknya ni...

    BalasPadam
  18. Tuan memang pakar SEO dan tuan sngt bermurah hati berkongsi rahsia SEO dengan kengkawan semua..kalau buat buku pun dah blh dah...pasti kaya raya.

    BalasPadam
  19. Apakah teknik SEO yang asas yang boleh saya praktikkan sebagai blogger beginner? Boleh share? Atau ada mane2 link yg boleh saya rujuk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh baca entri2 dalam carian berikut:

      http://www.hasrulhassan.com/search?q=asas+seo

      Copy paste je url ni ke ruangan pelayar internet.

      Padam
  20. dalam wordpress sebenarya dah ada auto ping...selaintu kena linkkan artikel ke laman laman yang laju trafik...yang googlr banyak masuk baru dia jumpa dan index kita punya artikel

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Jualan Big Baby Fair - Diskaun 80% Pelbagai Jenama Terkemuka

Jualan Big Baby Fair - Diskaun sehingga 80% pelbagai jenama terkemuka. Wow .. tawaran cukup menarik yang sememangnya mendapat perhatian saya. Dengan penantian kelahiran baby baru, saya anggap kempen jualan Big Baby Fair ini bagai 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Saya juga pasti, para ibu bapa yang mempunyai anak kecil akan tertarik dengan pelbagai tawaran menarik dan diskaun yang diberikan oleh Lazada - salah satu gedung beli-belah online yang popular dan terbesar di rantau ini.
Big Baby Fair oleh Lazada Malaysia - Peluang Jimat Banyak Untuk Produk Bayi Sebagai seorang bapa yang setuju dengan gaya hidup yang mementingkan penjimatan dan perbelanjaan secara berhemah, saya sangat mengalu-alukan kempen ini. Anda bagaimana? Takkan tak teruja kot?

Dengan peningkatan kos sara hidup, anda sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Saya dapat lihat matlamat ini cuba dijayakan oleh Lazada menerusi kempen ini. Ia satu kempen menarik dari Lazada khas buat ibu b…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Tukar Password Streamyx dan TM WiFi Secara Online

Cara tukar password Streamyx dan Wifi secara online. Saya sebenarnya dah lama nak kongsikan mengenai tatacara untuk tukar kata laluan (password) streamyx serta TM Wifi secara online. Sebelum ini, saya tercari juga tutorial mengenai cara nak gantikan password lama servis internet Streamyx ini, tapi susah nak jumpa. Jadi, untuk memudahkan saya di kemudian hari, maka saya sediakan panduan ringkas ini. In Sha Allah, ia mungkin berguna untuk panduan rakan-rakan pengunjung dan pembaca budiman yang lain.

Mengapa perlu tukar? Selalunya saya akan tukar password Streamyx dan TM Wifi apabila saya merasakan ada seseorang sudah tahu kata laluan yang saya gunakan untuk akses internet menerusi akaun Streamyx, sama juga dengan TM Wifi. Ia juga adalah langkah saya untuk had capaian internet untuk anak-anak saya apabila nampak lambang TM Wifi yang disediakan di sesetengah lokasi. Al maklumlah, anak-anak sekarang dah pandai guna gajet sendiri. Bila tahu ada lokasi akses TM Wifi, mulalah mereka berdampin…