Menang Contest SEO Kali Keempat 2014

Alhamdulillah. Saya menang Contest SEO Buat Duit di iLancee.com tempat pertama. Ini merupakan kemenangan saya kali keempat tahun 2014 untuk kontest yang bersifat SEO. Dan ini merupakan kali kedua saya menang tempat pertama kontest SEO yang dianjurkan oleh blogger lain.

Menang contest SEO buat kali keempat tahun 2014 boleh saya anggap satu pencapaian yang baik untuk diri saya yang berjinak-jinak dengan teknik SEO di dalam blog. Saya bukanlah pakar SEO Malaysia, tapi saya cuba aplikasikan teknik-teknik yang telah dipraktikkan ramai pakar SEO sedunia. Saya dapatkan ilmu samada secara percuma mahupun berbayar.

Ada yang nak tahu, apakah teknik yang saya gunakan untuk menang kontest SEO kali ini?

Sebenarnya, teknik yang saya gunakan hampir sama dengan teknik SEO yang memungkinkan saya menang tempat pertama kontest SEO Buffet Ramadhan Casa Ombak, anjuran AkmaOmar.com. Saya gunakan rujukan 90 peratus dari entri yang menang kontest SEO tersebut. Saya dah ceritakan teknik-teknik itu di dalam entri Rahsia Teknik Menang Contest SEO Duit Raya Casa Ombak

Namun, saya sangat ingin tekankan, untuk menang anda perlu ada sebuah blog yang menggunakan template mesra SEO, dan teknik menulis juga perlu mesra SEO.

Lagi satu, ialah teknik anda mendapatkan backlinks untuk entri tersebut. Cuba dapatkan backlinks berkualiti dari blog-blog yang ada PR tinggi kerana disitulah rahsia sebenar yang akan membuatkan entri anda berada di top enjin carian terutama sekali Google.

Kontest SEO pertama saya menang tahun ini ialah kontest SEO Car Sticker menang hadiah untuk review terbaik dan kreatif. Kemudian menang kontest SEO untuk Muslim Niaga. Alhamdulillah, menang pula tempat pertama kontest SEO oleh AkmaOmar.com semasa bulan Ramadhan tahun 2014. Berbaloi rasanya habiskan masa berjam-jam study dan menelaah teknik-teknik SEO yang pakar SEO Malaysia kongsikan.

Antara pakar SEO Malaysia yang sering jadi rujukan saya ialah Kak Kujie, AriffShah, Encik Titan, termasuk juga Eizil dari Denaihati Network. Saya juga menelaah teknik-teknik SEO dari rakan blogger dari Indonesia seperti Kang Mousir dan ramai lagi.

Seorang lagi pakar SEO yang menjadi rujukan saya ialah pemilik dan pereka template mesra SEO Thesis Blogspot iaitu Bukhari Malek.

Baca juga ni - Rahsia Blogger Terkenal Menang Kontest SEO

Alhamdulillah, menang tempat pertama contest SEO Buat Duit di iLancee.com. Bolehlah saya bajet percutian keluarga tahun hadapan. Untuk senarai penuh pemenang kontest SEO ini, dan lihat siapa lagi yang ada kebolehan mantap dalam teknik SEO bolehlah rujuk Senarai Pemenang Contest iLancee.com

Dan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada blog ini. Syukran.

{ 26 comments.. read them below or add one }

blogger lelaki blogger lelaki December 01, 2014
tahniah bro..gua cuba bertahan namum ternyata pengalaman dan skill itu yang penting..masih banyak perlu belajar lagi
BM BM December 01, 2014
Tahniah saudara HH, memang tidak disangkal lagi, anda adalah pakar SEO! Hadiah adalah ganjaran...tetapi kepuasan adalah ganjaran sebenar yg tidak ternilai harganya!
kakipromo kakipromo December 01, 2014
tahniah bro, memang hebat!
mselim3 mselim3 December 01, 2014
Assalammualaikum... bro HH,

semoga sentiasa sukses dengan blog berjaya dalam apa jua contest yang diceburi...

mselim3
cik belbel cik belbel December 01, 2014
Tahniah ! Teringin nak jadi macam HH ni.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 01, 2014
Banyak aspek yang pengaruhi .. saya dulu pun camni gak .. semua kontest SEO masuk .. cuba dan cuba .. kaji dan kaji .... hasilnya ini. Alhamdulillah.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 01, 2014
Meletakkan diri sebaris dengan pakar SEO Malaysia agak buat diri saya kerdil. Saya bukan pakar, saya hanya penulis blog yang belajar dan buat.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 01, 2014
Sama-sama, alhamdulillah saya menang kali ini.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 01, 2014
W'salam ... in Sha Allah. Selagi ada kemampuan, saya mencuba ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 01, 2014
Terima kasih Norhana ... terima kasih kerana sudi support.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 01, 2014
terima kasih. Allah Maha Hebat.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 01, 2014
Cik belbel .. satu hari nanti, dengan usaha dan azam, cik juga boleh lebih berjaya daripada saya. Saya sudah lewat kecapi kejayaan yang ada. Bukan masa sedikit telah saya habiskan. Ada pengorbanan perlu dilakukan.
Bin Muhammad Bin Muhammad December 01, 2014
Sejuta kali anda menafikan...berjuta kali pula orang akan mengiyakan.
Walaupun anda tunduk tetapi anda terbang! Terbang tunduk... sikap terpuji. :)
kamil salleh kamil salleh December 01, 2014
Salam tuan pakar SE dan tahniah sekali lagi menang contest SEO. Mungkin hujung tahun dapat pula contest SEO vitamin shaklee bagus untuk kesihatan. he..he... Saya cuma dpt nombor 8, pelbagai cara dah buat tapi tak naik2 jugak. Moga rezeki bro bertambah. Amin.....
Servis Murah dan Terbaik! Servis Murah dan Terbaik! December 02, 2014
Tahniah HH!....Lain kali nak buat contest lagi..Tapi kategori lain la pulak... :D
salmiah awang salmiah awang December 02, 2014
Blog HH memang mesra giler SEO.hahaha
Mak Jemah Jual Vitamin Mak Jemah Jual Vitamin December 02, 2014
hebatnya en hasrul, tahniah pada saudara!
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 02, 2014
Terima kasih Mak Jemah ..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 02, 2014
Terima kasih Faiz .. uikss hehehe.. in Sha Allah, jika ada kelapangan nak join juga nanti.
encikarman encikarman December 02, 2014
pergh, sblm ni saya meragui kehebatan bro HH dalam seo, tapi kini, termaktub kehebatan bro HH dalam seo setelah saya melihat senarai peserta lain yang tak kurang hebatnya. Tahniah bro HH!
Zie Fauzi Zie Fauzi December 03, 2014
Tahniah HH.. Kemahiran SEO HH mmg tak dapat ditandingi. Dalam diam sebenarnya saya jadikan entry HH sebagai rujukan saya.. Sekadar silent reader, sesekali je munculkan diri untuk tinggalkan komen. Btw,tahniah sekali lagi..
calrase patrick calrase patrick December 06, 2014
Tahniah brother HH, saya mula tahu sedikit demi sedikit teknik-teknik SEO nhe dari brother juga.. Terima kasih dan thniah brother HH

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.