Pengalaman Menginap Holiday Villa Kota Bharu

Saya nak kongsi sedikit pengalaman menginap di Hotel Holiday Villa Kota Bharu, Kelantan. Saya telah berpeluang untuk menginap di situ semasa trip tanpa rancang ke Kelantan tempoh hari. Trip yang memang tak ada bajet, hanya sandarkan apa yang ada dalam dompet duit saya serta isteri. Alhamdulillah, ia satu trip percutian singkat yang seronok bagi kami sekeluarga.

Hotel Holiday Villa yang saya maksudkan ini adalah bertentangan dengan lokasi shopping antara yang paling popular di Pantai Timur Semenangjung, iaitu di Wakaf Che Yeh. Hotel yang sangat mudah untuk anda cam memandangkan ia antara bangunan tinggi di kawasan sekitar Wakaf Che Yeh.
Pengalaman Menginap Holiday Villa Kota Bharu

Penginapan saya dan keluarga di Holiday Villa Kota Bharu hanyalah sehari semalam. Al-maklumlah ia percutian singkat tanpa dirancang. Bajet yang ada tanpa buat selidikan telah membawa kami sekeluarga menginap di hotel yang secara amnya selesa untuk bermalam.

Apa Seronoknya Menginap di Holiday Villa Hotel

Kelebihan menginap di Hotel Holiday Villa ini adalah kerana ia bertentangan dengan Wakaf Che Yeh. Ia mempunyai tempat letak kereta persendirian, dan mempunyai kemudahan yang baik untuk mereka yang mungkin mahu mencari penginapan yang ada kolam renang (pool). Kemudahan Wifi juga ada disediakan.
Pengalaman Menginap Holiday Villa Kota Bharu
Ruang legar hotel holiday villa kota bharu
Kemudahan wifi holiday villa kota bharu
Ada beberapa pilihan bilik di Holiday Villa iaitu Superior, Deluxe Room dan Family serta Studio Suite. Kami memilih yang sesuai dengan bajet yang ada, dan ketika itu kami memilih bilik yang ada satu katil besar. Tak silap kami, harga semalam dalam RM150.

Kurang Berkenan?

Cuma ada satu yang kurang berkenan ... hehehe...

Bilik yang kami ambil agak kecil saiznya. Bila kecil, untuk keluarga seperti saya yang ada 3 anak ini ... rasa macam sendat dan padat je. Nak bentang sejadah pun tak ada ruang. Walaupun pemandangan cukup cantik menggambarkan Wakaf Che Yeh namun bila dah ruang terhad, keselesaan itu sedikit terganggu. Biasalah anak-anak ni ... tak boleh duduk diam.

Saya sukakan suasana hotel ini. Para staff hotel yang saya jumpa juga manis senyuman dan mesra.

Seandainya saya ke Wakaf Che Yeh, saya mungkin akan fikir dua kali untuk menempah penginapan di Hotel Holiday Villa. Jika tidak kerana kolam renang (pool) mungkin kami akan pilih penginapan yang lebih bajet di Wakaf Che Yeh, yang mana dengarnya boleh dapat hanya RM50 semalam sahaja.