Cari penginapan di Wakaf Che Yeh tak susah buat mereka yang dah biasa ke lokasi popular di Kelantan ini. Bagi yang baru bercadang nak pergi, mungkin perlu mencari tempat penginapan yang sesuai di Wakaf Che Yeh. Penginapan bajet di Wakaf Che Yeh adalah yang terbaik kerana ramai yang datang ke sini hanyalah untuk shopping semata-mata di situ.

Tempoh hari, saya dan famili telah membuat satu perkara tanpa dirancang, iaitu pergi bercuti ke Kelantan. Tanpa perancangan, saya ambil keputusan untuk bawa famili berjalan-jalan ke Kota Bahru. Antara destinasi yang dituju adalah Wakaf Che Yeh. Wakaf Che Yeh terkenal sebagai salah satu tempat beli belah di Kelantan, terutama andai nak beli pakaian atau barangan dengan harga yang murah dan berpatutan.

Penginapan Wakaf Che Yeh

Penginapan Wakaf Che Yeh

Tujuan saya bukan nak shopping sangat pun, tetapi saya sekadar nak buat perbandingan dengan Pasar Kemboja yang terkenal di Parit Buntar. Saya mahu mengetahui serba sedikit mengenai Wakaf Che Yeh ini yang sokmo diperkatakan orang yang pergi bercuti ke Kelantan.

Salah satu aspek penting bila mahu ke Wakaf Che Yeh ini ialah tempat penginapan yang sesuai. Al maklumlah, saya dan famili datang dari jauh, maka tempat penginapan yang selesa sangat diperlukan untuk hilang penat dan lelah.

Penginapan Bajet di Wakaf Che Yeh

Ramai yang berikan tips kepada saya, jika nak beli belah di Wakaf Che Yeh, kena cari tempat penginapan. Memandangkan percutian saya ke Kelantan tanpa dirancang rapi, maka sangat penting mencari tempat penginapan bajet di Wakaf Che Yeh.
Tempat parking Wakaf Che Yeh

Antara aspek penting cari penginapan di Wakaf Che Yeh ialah lokasi dan juga harga sewa bilik. Dua perkara ini penting kalau mahu persinggahan di Wakaf Che Yeh berbaloi.

Tips Cari Penginapan di Wakaf Che Yeh

Lokasi tempat penginapan yang berdekatan dengan Wakaf Che Yeh penting memandangkan anda mahu bershopping. Ia akan memudahkan aktiviti bershopping anda, dan akan menjimatkan masa. Ada banyak tempat penginapan bajet di Wakaf Che Yeh. Malah, dalam kawasan Wakaf Che Yeh itu ada banyak hotel-hotel dan tempat penginapan bajet yang boleh dipilih.

Harga sewaan bilik tempat penginapan Wakaf Che Yeh, antara RM200 - RM50 sebilik untuk satu malam. Ia bergantung dengan fasiliti atau kemudahan yang diberikan. Kebanyakkan tempat penginapan ini selalunya berikan kemudahan seperti breakfast percuma, kemudahan WiFi dan juga ruang tempat letak kenderaan.

Semasa saya ke sana, saya telah memilih Hotel Holiday Villa yang letaknya bertentangan dengan Wakaf Che Yeh. Hotel bajet yang ada kemudahan kolam renang dan persekitaran dalam hotel yang selesa. Cumanya saya agak kecewa dengan keluasan bilik yang kecil. Bagi saya ia tidak sesuai untuk mereka yang datang dengan famili. Namun begitu, alhamdulillah, keluarga saya tidaklah begitu cerewet.
Penginapan Wakaf Che Yeh - Holiday Villa Hotel

Tips penting untuk cari penginapan di Wakaf Che Yeh ialah membuat survey tempat penginapan yang ada di situ. Dalam kawasan perniagaan Wakaf Che Yeh itu sendiri ada hotel bajet yang boleh anda dapatkan dengan sewa sebilik serendah RM50 semalam.

Masalah ketara di Wakaf Che Yeh ialah tempat untuk meletakkan kenderaan. Jika anda menginap di sini, ia mungkin satu kelebihan kerana anda akan disediakan dengan tempat parking kenderaan yang tersendiri (private).

Bagi mereka yang nak shopping sakan di Wakaf Che Yeh, salah seorang kenalan beritahu saya, nak beli dapat harga murah ialah buat tawar-menawar tak masuk akal, dan kalau ada kelapangan, shopping di dinihari iaitu selepas jam 12 tengah malam.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement