Watermark Gambar Dan Kepentingannya

Ramai juga bertanya pada saya bagaimana nak meletakkan watermark pada gambar. Sebelum ini, saya ada ceritakan teknik mudah zaman kuno yang pernah saya buat untuk buat watermark pada gambar-gambar anak saya jika nak kongsi dalam blog. Saya akan kongsikan teknik dan cara-cara nak letak watermark pada gambar, tapi sebelum tu, saya nak ceritakan dulu apa itu watermark gambar dan kepentingannya, khas untuk blogger Malaysia yang suka letak gambar milik sendiri dalam blog.

Tahukah anda, gambar yang anda kongsi di blog boleh jana income untuk anda tanpa anda sedari? Dan tahukah anda, gambar-gambar cantik yang anda kongsikan di blog boleh melariskan blog anda, dan dapatkan trafik yang anda mahukan sepanjang masa?

Jadi penting untuk anda tahu apakah itu watermark, cara nak guna, cara nak buat watermark sendiri, dan bagaimana nak letak watermark dengan betul pada gambar.
Watermark Gambar Dan Kepentingannya

Watermark Gambar Dan Kepentingannya

Watermark ialah salah satu teknik pemilikan yang digunakan ke atas sesuatu objek. Dalam kes ini, watermark digunakan untuk menunjukkan milikan pada gambar yang dikongsia secara online. Watermark selalunya bersifat transparent atau nampak bila hanya ianya diteliti. Ada dua cara pemilikan watermark ini digunapakai - menerusi logo dan menerusi teks.

Mengapa watermark ini penting? Ok. Pertama sekali, jika anda seorang blogger yang banyak menggunakan gambar dalam entri, dan gambar itu adalah milikan anda secara peribadi atau milik syarikat anda, maka penggunaan watermark boleh digunapakai untuk menunjukkan milikan atau hak milik pada gambar tersebut.

Ada segelintir orang suka mengambil gambar tanpa kebenaran dan menggunkannya untuk tujuan komersil atau tanpa persetujuan pemilik. Inilah kes yang berlaku kepada blogger Fatin Liyana, apabila gambar Fatin Liyana dijadikan cover ebook 18sx.

Ramai dah blogger yang terkena kes begini, gambar kena ambil tanpa persetujuan, kemudian digunakan untuk melariskan sesuatu produk. Gambar masakan, gambar makanan, gambar percutian, gambar bunga cantik Cameron Highlands, gambar lokasi kejadian.. ish macam-macamlah, antara gambar popular dicari dan dijadikan bahan pelaris sesuatu produk dan perniagaan.

Guna Gambar Tapi Tiada Situasi Menang-Menang

Bagi saya, jika gambar tu tempek biasa-biasa, ada url sumber, kredit ke .. ok lagi ... dan tanpa tujuan komersil yang mendatangkan untung sebelah pihak, saya fikir boleh dimaafkan. Ada situasi menang-menang di situ. Ni, letak gambar blogger tu, pastu gambar mee udang Kuala Sepetang ... tempek kat menu makanan kat restoran ... hoh ... makanan restoran tu laris, blogger atau pemilik gambar tu dapat apa? URL blog pun tak letak ...
Gambar mee udang kuala sepetang

Ada dua cara untuk letakkan watermark pada gambar, mengikut sumber gambar itu.

Gambar Milikan Sendiri

Jika gambar itu milik anda, diambil guna kamera sendiri maka anda boleh letakkan watermark berbentuk logo blog, logo syarikat mahupun nama blog - serta URL blog anda.

Gambar Milikan Orang Lain

Jika gambar itu milikan orang lain, atau dikongsikan secara terbuka dan umum, anda boleh gunakan ia dan letak watermark sendiri dengan syarat, anda letakkan sumber asal gambar. Selalunya gambar milikan orang lain akan terlebih dahulu mendapat persetujuan pemilik - samada dibayar atau sekadar  persetujuan mutual.

Tengok contoh entri ni - Teknik Memikat Pengunjung Blog Pertama Kali, saya gunakan gambar seorang model yang juga blogger, tapi saya mohon dan minta secara personal untuk gunakan, walaupun entri itu bukan bersifat menjual atau berkeuntungan. Gambar milikan Mat Gebu juga saya gunakan, dan berikan backlinks kepada blog masakan terbaik Malaysia itu.

Watermark pula perlu ada syarat berikut: "Hosted by ________" atau "Originally by _________" dan di akhir atau di bawah gambar ada link sumber gambar tersebut.

Jangan Buang Watermark Milik Orang Lain

Gambar bersifat umum ni selalunya diambil dari portal berita, atau laman-laman web bergambar. Jika sudah ada watermark pada gambar itu, anda seharusnya dengan bertanggungjawab tidak edit atau melakukan potongan yang hilangkan sumber asal gambar.

Saya pernah kongsikan gambar dari satu sumber, dan tidak meletakkan kredit sepatutnya. Akibatnya, pemilik gambar itu hubungi saya menerusi email dan memohon saya untuk memadamkan entri dimaksudkan. Ada juga yang minta saya ubah gambar yang digunakan dalam entri blog saya. Malah, dalam satu kes, saya pernah diberikan amaran untuk tidak papar gambar sesuatu 'tempat' kerana dianggap mengancam keselamatan.

Nak guna gambar dalam blog kena ikuti terma dan syarat guna gambar dalam blog tertentu, bukan main boleh rembat je. Jangan sampai jadi macam saya ... silap2 nanti, kerana gambar .. blog anda kena saman!

Saya harap entri ini jelas untuk berikan gambaran kepentingan watermark pada gambar.

Semoga bermanfaat.

5 comments.. read them below or add one

HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 17, 2014
Terima kasih banyak banyak .. moga bermanfaat
Engku Muzahadin Engku Muzahadin November 17, 2014
Bagus info ni, sllau ambik gambar dekat google image ja utk penghias entry, tak tau pon sapa pemilik asal gambar tu, dlm kes mcm ni nak buat mcm mana?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 17, 2014
Jika saya, saya cari sumber asal dia walaupun dalam Google. Klik pada source gambar tu, in Sha Allah akan dapat .. tapi, jika tak dapat ... letakkan sumber Google tapi saya tidak galakkan cara ni.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.