Ibaratkan Anda Mahu Mengayat Seorang Awek Jelita

Ini adalah seni. Dalam blog pun ada seni. Seni untuk memikat pengunjung dan pembaca. Anda harus tahu cara halus mahupun cara kasar untuk membolehkan anda mendapat klik kepada setiap tajuk entri yang ada di dalam blog anda. Ibaratkan anda mahu mengayat seorang awek jelita, apakah ayat yang perlu anda susun sebelum anda menghamburkan kata? Oh ... anda seorang perempuan? Jika begitu, fikirkan ayat pujuk atau merajuk paling lentuk boleh anda gunakan .... semacam anda mahu ambil perhatian jejaka kacak.

Dah kawin? Ohh itu lain punya ayat. Itu ayat untuk pembaca sedia ada. Itu cara lain.

Ibaratkan Anda Mahu Mengayat Seorang Awek Jelita


Yang ingin saya ceritakan ialah bagaimana anda mahu pikat pengunjung pertama kali ke blog anda. Maka, ayat-ayat untuk mengayat seorang awek jelita perlulah anda praktikkan. Anda perlu gunakan segala kreativiti anda untuk umpan pengunjung. Dan anda perlu menggunakannya kesemuanya (jika ada). Jangan simpan ayat-ayat hebat anda kerana pengunjung dan pembaca ini adalah pelbagai.

Anda boleh umpan ayat seperti ini:

Blogger Malaysia Kaki Kencing - Kalau tengok daripada tajuk, ia macam mengundang satu kontroversi, tetapi sebenarnya ia merupakan sebuah entri mengenai kesihatan yang perlu blogger Malaysia ambil peduli. Ia mungkin jadi lain seandainya ditulis begini - Blogger Malaysia 'Kaki Kencing' - menunjukkan bahawa kaki kencing yang dimaksudkan itu merujuk kepada satu sifat yang tidak elok.

FARAHiskandar - 'Kesayangan' Baru Farah Lee dan Ally Iskandar - Ayat ini kalau dibaca sekali imbas, nampak seperti pasangan Ally Iskandar dengan Farah Lee telah menimang cahayamata, tetapi sebenarnya entri ini berkaitan dengan butik online yang telah pasangan ini usahakan.

Dua contoh di atas merupakan antara contoh entri yang telah saya guna, dan boleh saya katakan seperti mengayat seorang awek jelita. Cara ini juga boleh anda gunakan untuk umpan pembaca blog anda membeli satu produk atau paling tidak klik pada iklan yang ada.

Cuba anda tengok entri dalam blog ini - http://www.tiffinbiru.com

Apa yang anda nampak? Saya nampak seni ayat perut paling sedappp di dunia .... walaupun tajuk tak beritahu pun mengenai resepi, tapi orang akan klik nak baca mengetahui apa resepi yang berkait dengan tajuk tersebut. Maksud saya, walaupun tajuk entrinya ... "Aduh Pening Kepala" tapi bila klik, anda akan nampak resepi Kari Kepala Ikan  .... seni itu abstrak. Kan kan?

Kredit Foto - Rakan Blogger Siti Sab

p.s: Awek cantik dalam entri ini sudah berpunya ya .. 


4 comments.. read them below or add one

Lynn Munir Lynn Munir November 07, 2013
Ayat mau power...hehe. Betul tu sifu.
ctfand ctfand November 07, 2013
Saya suka ayat ni "jangan simpan ayat2 hebat". Kat pejabat pun sy suka "mengayat" dalam paper, report dsb. Bos pun suka ayat sy (apa sy merepek ni? xD). Saya akan cuba implement dlm blog. Tq so much abang HH!
tarmizi tarmizi November 08, 2013
Dapat awek mcm ni best nyer huhu...
nurul harnani nurul harnani November 08, 2013
kena byk menggali ilmu utk lebik kreatif ni. wiwiw

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.