Teknik Mudah Buat 'Watermark' Pada Gambar

Salah satu cara nak lindungi 'hak' kita dari dicuri dalam blog ialah dengan menggunakan teknik pemilikan. Saya nak kongsi satu teknik mudah untuk elakkan gambar kita dari dicuri dan digunakan tanpa izin sah. Atau setidak-tidaknya gambar kita itu tidak disalahguna dan kita boleh claim ia merupakan hak kita. Jika gambar, adalah sebaiknya kita letakkan watermark padanya untuk tunjukkan bahawa gambar itu milik kita, hasil kreatif kita.

Ramai blogger yang hadapi masalah gambar disalahguna, dan dicuri. Blogger masakan terkenal, Mat Gebu (Dapur Tanpa Sempadan) sering jadi mangsa gambar kena ambil tanpa kebenaran dan diletakkan dalam majalah. Nasib baik ada watermark, paling tidak jika ada rakan yang nampak gambar itu disalah guna atau digunakan tanpa sah, bolehlah report pada pemilik asalnya.

Namun, ada juga isu bahawa watermark pada gambar dan foto akan cacatkan kecantikan gambar tersebut. Ia sebenarnya bergantung dengan cara kita atau teknik kita letakkan watermark tersebut. Ada suka letakkan tanda watermark itu di tengah gambar, ada letak di tepi, di bawah dan sebagainya.

Guna Software Seperti Paint dan Photoshop

Untuk letakkan watermark pada gambar, anda boleh gunakan software seperti Paint dalam Microsoft, boleh guna Photoshop, Photoscape dan juga Picasa. Kena mahirkan sikit nak edit, tapi tak susah sebenarnya. Tak perlu yang susah payah nak letak logo ke apa ke, cara simple letak je URL blog dan nama kita pada gambar tersebut.

Sekarang ni, akhbar online pun dah gunakan teknik watermark ini untuk paparan di laman web berita mereka. Semua gambar yang ada, ada letak nama akhbar tersebut. Jangan memain ooo, ada stgh gambar ada harganya. Rugi kalau gambar cun anda ambik kena curi oleh majalah atau mana-mana penerbitan. Mereka dapat duit, anda dapat apa? Trafik blog pun haram tak ada....

Teknik Mudah Buat 'Watermark' Pada Gambar

Ok. Tak tahu teknik untuk letakkan watermark pada gambar dalam blog?

Hehhee.. saya pun dulu tak pandai gak. Walaupun ada software Paint dan CS3 Photoshop, tapi otak lambat sikit nak berfikir, almaklumlah tak minum susu mahal yang bolehkan sel-sel otak berhubung .. hoho .. jadi saya buat cara di bawah ini ..
Amacam? Ok kan .. hehehe...

Jangan risau, ada blogger yang buat servis reka cipta logo dan watermark untuk gambar. Anda boleh guna servis mereka, tapi sekali lagi, anda perlukan kemahiran dan software seperti CS3 untuk guna pakai watermarks pada gambar yang anda ada.

{ 39 comments.. read them below or add one }

Hamidi SP Hamidi SP November 14, 2014
SP guna prkhdmtn lunapic online. Mudah dan percuma..:)
Umi Nazrah Umi Nazrah November 14, 2014
saya guna photoscape. boleh letak watermark kat banyak gambar guna batch editor
salmiah awang salmiah awang November 14, 2014
Hmm...kena usaha lebih ni,
myRojak myRojak November 14, 2014
Cuba pakai uMark, siap boleh buat kod QR sebagai watermark.
MNH SASTERA MELAYU MNH SASTERA MELAYU November 14, 2014
saya guna photogrid kat hp je. hihi
Nadia Johari Nadia Johari November 14, 2014
hahahha..leh letak macam tu..kesiann dak tu..hehe..nad tulis biasa je..
blogger lelaki blogger lelaki November 14, 2014
sapa nak order watermark boleh contact saya..hahaha..setuju tu bro watermark ni penting kalau tak nak bagi gambar kena cilok
Zamani Abe Zamani Abe November 14, 2014
suka guna picmonkey.com, tp susah nk buat watermark yg da bomb
BM BM November 14, 2014
Sedih juga kalau gambar hak sendiri kena cilok kan... huhu. Teknik pd gambar last tu memang terbaik! Memang cukup berhubung dah sel-sel otak tu... :)
Denaihati Denaihati November 14, 2014
ini terbaik punya watermark, tak boleh nak buang...heee
Kak T Kak T November 14, 2014
thnks HH..sangat berguna..akak pun dah buat..x tahu lah betul ke x teknik ni
siti hazreen siti hazreen November 14, 2014
saya tak letak watermark pun, macam leceh je
Sabrina SA Sabrina SA November 14, 2014
ina tak de watermark hm
JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA November 14, 2014
Teknik yang sangat berkesan lagi mudah untuk kita dan payah utk org menciplak..thanks tuan HH.
reezluv reezluv November 15, 2014
macam-macam cara ada..cara ko ni..ahahaa..ok lawak
Norhana Marsom Norhana Marsom November 15, 2014
Klu hp, blh guna apps picsart..klu laptop, saya guna photoscape. Senang sgt..
Legasi Piston Pecah Legasi Piston Pecah November 15, 2014
memang perlu watermark ni, lebih-lebih lagi gambar yg kita ambil sendiri. Bukan download dari internet.
Kucing Hitam Kucing Hitam November 15, 2014
hahaa kesian budak tu kena gam
Nurizan Ahmad Nurizan Ahmad November 15, 2014
bagus letak watermark ni, tapi ada je orang curi gambar buang watermark kita letak watermark dia..
Sally Yatiey Sally Yatiey November 15, 2014
Bagus kalau letak watermark ni..
Vee Sandi Vee Sandi November 15, 2014
watermark mmg ptg . syg gamabr cun kita klu kena curi nanti ... heh heh
Etuza Etuza Etuza Etuza November 15, 2014
asalam HH inilah yang merisaukan ..semoga terhindar dar macam tu, dimanfaatkan pula tu. HH ini memang panduan tuk blogger macam kita semua terbaik..
Anmas Healthcare Anmas Healthcare November 15, 2014
This comment has been removed by the author.
Anmas Healthcare Anmas Healthcare November 15, 2014
cadangan lokasi watermark yang terbaik :D

saya biasa juga photogrid @paint je
Bro Framestone Bro Framestone November 15, 2014
Gambar gua guna watermark gua buat sendiri.. Tak pakai photoshop sebab xde installer atau apps untuk edit gambar...

Gua guna...... xpe la, biar rahsia gua. Nanti orang gelak pula
ainun m ainun m November 16, 2014
kesian adik tu..muka tak bersalah pun. hehe
Hero Borneo Hero Borneo November 16, 2014
guna sahaja aplikasi paint..pun ok gak!
Firdaus Azizi Firdaus Azizi November 16, 2014
Terima kasih atas tips bro HH. Saya suka gunakan PowerPoint ataupun Photoscape untuk letak watermark. Alhamdulillah, mudah jugak :)
Cik Siti Cik Siti November 16, 2014
Sy guna paint ja..huhu
sabree hussin sabree hussin November 16, 2014
Ni watermark kat gambar ke watermark kat subjek ni :D
Nys Anis Nys Anis November 16, 2014
haha , ingat ada betul cara mudah nak letak watermark tadi , hhehe . guna je photoscape , cepat dan mudah
kamil salleh kamil salleh November 16, 2014
Malas kadang-kadang nak letak watermark ini. Apapun lepas ni kena letak watermark jugaklah... kadang-kadang letak dan kadang2 tidak letak.
vitamin de royale vitamin de royale November 16, 2014
powerpoint pun boleh, just adjust transparency or contrast or birghtness word tu..tak gitu?..hehe
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 17, 2014
Gambar budak tu.... gambar anak saya ... :) ketika umur kecil lagi .. masa tu tak reti lagi nak guna Photoshop untuk buat watermarks.. hoho
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 17, 2014
Hahaha... adehhh ... :) cara malas dan mudah ... kalau nak tahu ... ini juga teknik yang banyak pakai utk promosi sesuatu .. guna kad board dan ambil gambar...
Cik Ash Cik Ash November 17, 2014
Bro Hasrul kalau guna sofware lain tak bleh ke... cth photoscape... photoshop ada problem dlm lappy kita ni... dah install tapi xleh nak buka... bila buka dia hilang...
Nik Khazami Nik Aziz Nik Khazami Nik Aziz November 17, 2014
biasa guna photoshop je. sebab logo tu dah lama buat, tinggal nak masukkan je
Sobri Mansor Sobri Mansor November 17, 2014
hahaha.... watermark dekat dahi paling mahal dalam sejarah watermark kat blog. Mesti akhbar online tempatan tiru lepas nih
mOoN IzzaN mOoN IzzaN November 17, 2014
ahahaha..comel je watermark tu.. biasa guna photogrid je.. hehe

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.